Surau Bertam Eco Residence

Call Directions

Surau Bertam Eco Residence SURAU BERTAM ECO RESIDENCE

Pada 8 Ogos 2026, pihak Surau Bertam ECO Residence (SBER) telah menganjurkan Program Terapi Solat - Siri 1 untuk anak-an...
09/08/2026

Pada 8 Ogos 2026, pihak Surau Bertam ECO Residence (SBER) telah menganjurkan Program Terapi Solat - Siri 1 untuk anak-anak berumur 7-12 tahun. Program Terapi Solat ini di bimbing oleh Al-Fadhil Ustaz Hanif Azmir Hassim Al-Hafiz (Mantan Imam Utama Masjid Negeri Pulau Pinang).

Seramai 62 orang anak-anak penduduk ECO Residence telah menyertai program ini yang turut di selia oleh AJK SBER serta dari kalangan penduduk.

Objektif program adalah untuk mendidik, membimbing dan memperkemaskan solat di kalangan peserta mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu dalam penganjuran majlis ini. Semoga tiap butir jasa yang dihulurkan meliputi tenaga, masa, dana, peralatan dan sebagainya akan dilimpahi ganjaran pahala yang sebesarnya dari Allah SWT.

Semoga kita semua menjadi hamba yang soleh & solehah serta sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

Program Terapi Solat - Siri 2 akan menyusul selepas ini.

Terima kasih.

BIRO AGAMA & PENGIMARAHAN SBER.

IFTAR surau eco residence …
15/03/2026

IFTAR surau eco residence …

ALHAMDULILLAH… IFTAR  SURAU BERTAM ECO RESIDENSE
14/03/2026

ALHAMDULILLAH…
IFTAR SURAU BERTAM ECO RESIDENSE

Marhaban Ya Ramadhan.Selamat datang bulan Ramadhan!Semoga bulan suci ini membawa berkah, kedamaian, dan kebahagiaan untu...
18/02/2026

Marhaban Ya Ramadhan.

Selamat datang bulan Ramadhan!

Semoga bulan suci ini membawa berkah, kedamaian, dan kebahagiaan untuk kita semua. Mari kita manfaatkan setiap masa untuk beribadat, berdoa, berbuat baik, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Selamat berpuasa!”

Alhamdulillah. Pada pagi ini Surau Bertam ECO Residence telah menganjurkan Program Gotong Royong membersihkan surau semp...
15/02/2026

Alhamdulillah.
Pada pagi ini Surau Bertam ECO Residence telah menganjurkan Program Gotong Royong membersihkan surau sempena menyambut Ramadhan 1447H.
Terima kasih buat anak-anak kariah yang hadir menyertai program ini.
Semoga tiap amal kita diterima Allah SWT.

Selamat Menyambut Ramadhan 1447H buat semua.

BIRO REKREASI & KECERIAAN
SURAU BERTAM ECO RESIDENCE (ASBER)

Pihak Surau Bertam ECO Residence turut berduka dengan berita kematian Ustaz Salehuddin Bin Sulaiman pada pagi ini. Arwah...
09/02/2026

Pihak Surau Bertam ECO Residence turut berduka dengan berita kematian Ustaz Salehuddin Bin Sulaiman pada pagi ini. Arwah adalah pengajar tetap di surau ini dan kematian ini merupakan satu kehilangan besar buat anak-anak kariah ECO Residence amnya.

Pihak surau merakamkan ucapan takziah buat keluarga dan anak-anak murid arwah. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadat arwah, mengampuni segala dosa-dosa dan menempatkan arwah bersama golongan orang-orang beriman.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Allahumma firlahu warhamhu waafihi wafu`anhu
(Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia).

Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga arwah berbahagia di sana.

-Fatihah.

Alhamdulillah.Sekitar Majlis Ceramah Agama: Mendalami Ibrah Israk & Mikraj pada 26 Jan 2026 di Surau Bertam ECO Residenc...
27/01/2026

Alhamdulillah.
Sekitar Majlis Ceramah Agama: Mendalami Ibrah Israk & Mikraj pada 26 Jan 2026 di Surau Bertam ECO Residence.

Terima kasih pada semua yang hadir dan semoga mendapat keberkatan dalam menghadiri majlis ilmu ini.

Sekitar suasana di Surau Bertam ECO Residence semasa berlangsung Majlis Forum Agama: Artificial Intelligence (AI) pada 7...
09/12/2025

Sekitar suasana di Surau Bertam ECO Residence semasa berlangsung Majlis Forum Agama: Artificial Intelligence (AI) pada 7 Disember 2025.
Terima kasih buat ahli panel, moderator atas perkongsian ilmu dan jemaah yang hadir mencari ilmu. Semoga rahmat Allah bersama kita semua.

Surau Bertam Eco Residence
04/12/2025

Surau Bertam Eco Residence

Fatwa dari Artificial Intelligence (AI)?Assalamualaikum, Artificial Intelligence (AI) merupakan satu nikmat dan peluang ...
29/11/2025

Fatwa dari Artificial Intelligence (AI)?

Assalamualaikum,
Artificial Intelligence (AI) merupakan satu nikmat dan peluang besar jika digunakan dengan sebaiknya dan tidak dinafikan AI boleh digunakan untuk pelbagai bidang, termasuk kajian agama selagi tidak melanggar syariat.
Tanda tanya jika AI dijadikan rujukan utama dalam pelbagai persoalan, termasuk isu agama.

📍Adakah wajar bagi seorang Muslim untuk bertanya kepada AI mengenai hukum-hakam agama? atau

📍 AI mengantikan peranan M***i? atau

📍Melahirkan masyarakat yang hanya menerima tanpa menyaring?

📍Imej atau video palsu AI seseorang yang digunakan untuk mengganggu atau memfitnah.

Berdasarkan isu-isu yang diutarakan dan pelbagai lagi, pihak Surau Bertam ECO Residence akan menganjurkan forum agama bertajuk Artificial Intelligence (AI): Dari Perspektif Mendepani Cabaran Baru pada 7hb Disember 2025 (AHAD) bersama ahli-ahli panel yang dijemput khas.

Di jemput muslimin & muslimat menghadiri Forum Agama ini.

BIRO AGAMA & PENGIMARAHAN
Surau ECO Residence

Address

NO. 7, LORONG BERTAM BESTARI 1, BERTAM ECO RESIDENCE, BERTAM PERDANA 5
Kepala Batas
13200

Telephone

+60174705074

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Bertam Eco Residence posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share