Inapan Kasih Sayang

Inapan Kasih Sayang Inapan Kasih Sayang MAINPP merupakan sebuah asrama khusus untuk anak-anak asnaf di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

21/08/2026
21/08/2026

POV: SEORANG AYAH SEDANG MENCARI TEMPAT TERBAIK UNTUK ANAKNYA MEMBESAR

Inapan Kasih Sayang MAINPP adalah sebuah persekitaran yang membantu anak-anak belajar, membina disiplin, meningkatkan keyakinan diri dan melangkah menuju masa depan dengan lebih berdikari.

PENGAMBILAN PELAJAR INAPAN KASIH SAYANG MAINPP SESI 2027

Terbuka kepada pelajar *Darjah 4 hingga Darjah 6*. Pengambilan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

*Tempoh permohonan:*
15 Ogos hingga 15 September 2026

Semak syarat kelayakan dan tatacara permohonan seperti yang tertera pada poster.

Mungkin di sinilah bermulanya langkah baharu mereka untuk membesar, belajar dan membina masa depan yang lebih baik.

Maklumat lanjut : https://zakat.mainpp.gov.my/inapan-kasih-sayang/




Kita

ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π πŠπ„πŒπ€π’π”πŠπ€π πŠπ„ π€π’π‘π€πŒπ€ πˆππ€ππ€π πŠπ€π’πˆπ‡ π’π€π˜π€ππ† πŒπ€πˆπππ π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ• 𝐊𝐈𝐍𝐈 πƒπˆππ”πŠπ€Adakah anda mempunyai anak yang layak dan...
13/08/2026

ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π πŠπ„πŒπ€π’π”πŠπ€π πŠπ„ π€π’π‘π€πŒπ€ πˆππ€ππ€π πŠπ€π’πˆπ‡ π’π€π˜π€ππ† πŒπ€πˆπππ π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ• 𝐊𝐈𝐍𝐈 πƒπˆππ”πŠπ€

Adakah anda mempunyai anak yang layak dan sedang mencari peluang pendidikan serta tempat tinggal yang kondusif?

Inapan Kasih Sayang MAINPP kini membuka permohonan kemasukan bagi sesi 2027 kepada anak-anak asnaf fakir dan miskin di seluruh Pulau Pinang.

Tempoh Permohonan:
- Tarikh buka: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
- Tarikh tutup: 15 September 2026 (Selasa)

Kelayakan utama:
- Anak asnaf fakir/miskin di Pulau Pinang.
- Pelajar Tahun 3 & Tahun 4 (Sesi Persekolahan 2026).
- Pendapatan isi rumah RM1,800 ke bawah.
- Memenuhi syarat akademik dan kelayakan lain seperti yang dinyatakan dalam poster.

Borang permohonan boleh didapati di Inapan Kasih Sayang MAINPP, kaunter Zakat MAINPP berhampiran atau dimuat turun melalui laman sesawang Zakat MAINPP.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
- Pejabat: 04-575 0490
- WhatsApp: 011-4091 9549

Ayuh, kongsikan hebahan ini kepada ahli keluarga, jiran dan kenalan yang layak di seluruh Pulau Pinang. Semoga lebih ramai anak-anak asnaf berpeluang mendapatkan pendidikan yang lebih baik.





27/07/2026

✨ IKRAR KEPIMPINAN PELAJAR INAPAN KASIH SAYANG MAINPP ✨

Kepimpinan bukan sekadar satu jawatan, tetapi satu amanah yang akan dipersoalkan.

Dengan lafaz ikrar ini, kami berjanji untuk memimpin dengan penuh amanah, integriti, keikhlasan dan tanggungjawab, menjadi contoh yang baik serta berkhidmat demi kemajuan organisasi dan kesejahteraan semua.

"Setiap pemimpin adalah penjaga, dan setiap penjaga akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya."🀝

Semoga Allah SWT mempermudahkan setiap langkah kami dalam memikul amanah ini dan menjadikan kepimpinan ini sebagai satu ibadah yang diberkati.



https://vt.tiktok.com/ZSXoLHeHA/

08/07/2026

π’πŠπˆπŒ 𝐀𝐖𝐀𝐋 ππ„π‘π’π„πŠπŽπ‹π€π‡π€π πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ† ππ€π†πˆ π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ•

Skim Awal Persekolahan merupakan salah satu inisiatif tahunan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang disediakan khusus bagi membantu golongan asnaf fakir dan miskin yang mempunyai anak-anak yang sedang mengikuti persekolahan di peringkat rendah dan menengah.

Objektif utama skim ini adalah untuk memastikan anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran, sekali gus membantu meningkatkan taraf sosial keluarga.

Dapatkan borang permohonan di kaunter-kaunter perkhidmatan Zakat MAINPP yang berhampiran anda bermula πŸ– π‰π”π‹π€πˆ πŸπŸŽπŸπŸ” (Rabu).

Tarikh tutup permohonan: πŸ• πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ” (Jumaat).

Orang ramai digalakkan untuk menyebarkan maklumat ini agar lebih ramai pelajar yang layak dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan.

Sebarang pertanyaan:
Bahagian Akademik dan Pendidikan
Unit Pendidikan & Dermasiswa, MAINPP

Telefon: 04-549 8088 (Samb: 125 / 129 / 155 / 168)
WhatsApp: 019-527 2276 / 019-431 9199
Emel: [email protected]

Transformasi Asnaf Melalui Zakat




π™π€πŠπ€π“ πŒπ€πˆπππ π’π€ππ“π”ππˆ π€π‹π”πŒππˆ πˆππ€ππ€π πŠπ€π’πˆπ‡ π’π€π˜π€ππ† π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† πŸ—π€ πƒπ€π‹π€πŒ π’ππŒMuhammad Allif Muhammad Niza, Alumni Inapan Kasih ...
01/04/2026

π™π€πŠπ€π“ πŒπ€πˆπππ π’π€ππ“π”ππˆ π€π‹π”πŒππˆ πˆππ€ππ€π πŠπ€π’πˆπ‡ π’π€π˜π€ππ† π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† πŸ—π€ πƒπ€π‹π€πŒ π’ππŒ

Muhammad Allif Muhammad Niza, Alumni Inapan Kasih Sayang MAINPP telah mencatat kejayaan membanggakan apabila memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau merupakan anak asnaf yang pernah menghuni Inapan Kasih Sayang MAINPP ketika Darjah 5 dan 6. Allif merupakan anak daripada 7 beradik, di mana 3 daripadanya juga merupakan alumni Inapan Kasih Sayang MAINPP. Keluarga beliau menerima bantuan zakat bulanan, dengan ayah merupakan seorang OKU yang kehilangan kaki kiri akibat kemalangan serta mengalami strok sejak 12 tahun lalu.

Walaupun berdepan cabaran kehidupan, keluarga beliau terus berusaha menjana pendapatan melalui tempahan kuih dan jualan makanan ringan. Kini, kejayaan yang diraih membuktikan bahawa sokongan zakat mampu memberi peluang dan harapan kepada golongan asnaf untuk mengubah masa depan.

Kejayaan Muhammad Allif ini mencerminkan aspirasi Agenda Pembangunan Agama Islam 2030 (APAI2030) yang menekankan pembangunan anak muda untuk melahirkan generasi anak muda islam yang kompeten.

Zakat MAINPP melalui Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Mohamad Khairi Ghazalli telah berkesempatan menyantuni beliau serta menyampaikan kata-kata semangat atas kejayaan yang dicapai. Allif turut menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada anak-anak asnaf lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.



πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆπ…π“π€π‘ π‰π€πŒπ€πˆπ„ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πˆππ€ππ€π πŠπ€π’πˆπ‡ π’π€π˜π€ππ† πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒMajlis Iftar Jamaie anjuran Zakat Majlis Agama Islam ...
18/03/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆπ…π“π€π‘ π‰π€πŒπ€πˆπ„ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πˆππ€ππ€π πŠπ€π’πˆπ‡ π’π€π˜π€ππ† πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ
Majlis Iftar Jamaie anjuran Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) bersama penghuni Darul Hanan dan pelajar Inapan Kasih Sayang telah diadakan bagi menyemarakkan keberkatan bulan Ramadan di samping memperkukuh ukhuwah antara muzakki, asnaf dan warga kerja institusi zakat.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Mohamad Kairi Ghazalli, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP yang turut menyampaikan Saguhati Raya kepada penghuni Darul Hanan dan pelajar Inapan Kasih Sayang. Turut hadir adalah Pengurus Besar Jabatan Kelestarian dan Pemerkasaan Asnaf, Encik Ruslan Harun, Pengurus-Pengurus Besar Zakat MAINPP, Pengurus Darul Hanan MAINPP, Encik Maudi Azizan dan Pengurus Inapan Kasih Sayang, Muhamad Shahril Mohd Nasir.
Program ini menghimpunkan kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada kakitangan Zakat MAINPP, penghuni Darul Hanan serta pelajar Inapan Kasih Sayang. Sebelum majlis berbuka puasa, program turut diisi dengan alunan nasyid daripada pelajar Inapan Kasih Sayang serta bacaan doa.
Inapan Kasih Sayang (IKS) merupakan asrama kelolaan Zakat MAINPP yang menyediakan kemudahan penempatan dan pendidikan percuma sepenuhnya kepada anak-anak asnaf khususnya di Pulau Pinang. Penubuhan asrama ini bertujuan memastikan kebajikan serta keperluan pendidikan mereka terpelihara dalam persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, selesa dan teratur.
Darul Hanan MAINPP p**a merupakan pusat jagaan warga emas Islam yang menyediakan penempatan dan penjagaan kepada golongan tersebut dengan kapasiti maksimum seramai 150 penghuni. Kompleks ini mula beroperasi pada 1 Februari 2010 dan memberi penekanan bukan sahaja kepada aspek penjagaan fizikal dan keselamatan, malah turut memelihara maruah serta harga diri setiap penghuni melalui layanan penuh hormat dan kasih sayang.
Selaras dengan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) yang berteraskan lima tonggak utama iaitu Pembangunan Sosioekonomi, Pembangunan Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Pembangunan Anak Muda serta Pembangunan Dakwah dan Tarbiah, pelaksanaan Darul Hanan dan Inapan Kasih Sayang mencerminkan iltizam Kerajaan Negeri dalam mengurus hal ehwal Islam secara menyeluruh, berstruktur dan berteraskan nilai kemanusiaan serta kesejahteraan sosial.
Penganjuran majlis ini bukan sahaja menyemarakkan penghayatan Ramadan, malah menjadi wadah memperkukuh silaturahim serta meraikan warga Darul Hanan dan pelajar Inapan Kasih Sayang dalam suasana penuh kebersamaan dan kasih sayang.



17/03/2026

Alhamdulillah Majlis Khatam Al Quran dan Iftar Jamaie bersama anak-anak IKS berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua kerana menjayakan program ini.

#

17/03/2026

27 Ramadan 1447H sebelum mereka p**ang ke kampung halaman

Address

INAPAN KASIH SAYANG MAINPP, LOT 4188, MUKIM 8, PONGSU SERIBU
Kepala Batas
13200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Inapan Kasih Sayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share