Persatuan Silat Chekak Silat Kedah Malaysia

Persatuan Silat Chekak Silat Kedah Malaysia Beradab dengan Jatidiri
Berdiri dengan akhlak yang tinggi

21/04/2026

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PSCSKM 1447H | 2026M & Majlis Tamat Lembah Klang

“Syukur tanda terima kaseh kepada Allah... Tuhan Nabi Muhammad S.A.W.. Solat tanda Syukur, dapat bergerak juga kene bersyukur dengan Allah Pemberi Gerak. Silaturahim sesama manusia juga tanda Syukur dengan Allah dan Rasul.” 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 - Pak Su Bahri 🌙✨


Majlis Sambutan Hari Raya PSCSKM 1447H | 2026M
08/04/2026

Majlis Sambutan Hari Raya PSCSKM 1447H | 2026M


Selamat Hari Raya Eid Ul Fitri1 Syawal 1447 | Hari Besar Hari Berbahagiaاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْ...
19/03/2026

Selamat Hari Raya Eid Ul Fitri
1 Syawal 1447 | Hari Besar Hari Berbahagia

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ،
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ،
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ،
وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allah humma solli 'ala saiyidina wanabiyina wahabibina wasyafi' ina wazukhrina wamaulana Muhammad (sollalla hu 'alaihi wasallam)

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-A' raf 7 : Ayat 172

وَاِذْ اَخَذَ رَبُّكَ مِنْۢ بَنِيْٓ اٰدَمَ مِنْ ظُهُوْرِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَاَشْهَدَهُمْ عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْۚ اَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۗ قَالُوْا بَلٰىۛ شَهِدْنَا ۛاَنْ تَقُوْلُوْا يَوْمَ الْقِيٰمَةِ اِنَّا كُنَّا عَنْ هٰذَا غٰفِلِيْنَۙ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari Kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini."

Ingatlah janji - penyaksian ini dan hendaklah ditunaikan di alam dunia ini, moga bila sampai masanya kita TIDAK TAKUT. Jika kita lupa, sebaliknya berlaku.
Didik diri jadi BERANI, nak BERANI kene bersih. Puasa - menahan diri (sabar dan sabar lagi) l menyucikan diri. BERANI bermaksud tidak takut mati bila sampai masanya@ajal untuk orang yang beriman dan beramal Soleh.

Tauhid l Iman l Islam
Islam l Iman l Tauhid

Hari berbahagia Hari Besar? Bagi orang - orang yang menunaikan puasa fardu dibulan Ramadhan.....
Hari bersuka ria? Bagi orang yang gagal menunaikan puasa dibulan Ramadhan.....

Fitrah (Fitri) ertinya kembali suci bersih pulang pulih sedia kala seperti keluar dari perut ibu. Sesungguhnya dicipta manusia itu sebaik - baiknya, kemudian dikembalikan serendah orang yang rendah(Hina) kecuali orang - orang beriman dan beramal Soleh.

Setiap manusia pasti akan mati. Jika ada rasa takut bermaksud bersih l suci belum sepenuhnya bersih zahir batin hati sepertimana jernihnya air mutlak. Belajar lagi untuk bersihkan....dan semestinya bersih ini diamal hingga nafas yang terakhir.. Moga diperkenankan..

Moga Allah kurniakan kita hati yang bersih

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ،
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ،
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ،
وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada ahli PSCSKM, warga Chekak, warga Silat dan seluruh umat Islam sedunia.

Semoga Allah menerima amal kami dan amal tuan puan. Insyaa Allah.

Maaf Zahir Dan Batin

Pak Su Bahri
Guru Utama dan Presiden
Persatuan Silat Chekak Silat Kedah Malaysia
1 Syawal 1446


12/03/2026

Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Raya PSCSKM | 1447H

Berkumpul kita dengan adab, jati diri dan akhlak yang tinggi meneruskan kesinambungan jalan, didikan dan panduan Guru-Guru terdahulu.

Berdiri lurus adalah berdiri paling rapat.
Tetap pendirian.
Tetap pendirian dengan kebenaran Allah dan Rasul.
Gantunglah hatimu dengan Allah.

Moga dapat menjaga niat, setiap masa, dan dalam setiap langkah kita.

“Terima kaseh semua kerana menjayakan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis sumbangan asnaf.
Moga dengan kaseh sayangNya, dengan Rahmat Allah, semua di kurniakan oleh Allah hati yang baik”. 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 - Pak Su Bahri 🌙✨





https://youtu.be/vzVm9VXezM0?si=KhwiyaEshD8sCBcQ

07/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran (Asbabun Nuzul) | 17 Ramadhan 1447H 🏜️

Majlis Sumbangan Asnaf dan Majlis Berbuka Puasa PSCSKM | 1447H 🕌
06/03/2026

Majlis Sumbangan Asnaf dan Majlis Berbuka Puasa PSCSKM | 1447H 🕌


Marhaban Ya Ramadhan!!!Marhaban Ya Ramadhan!!!Marhaban Ya Ramadhan!!!Ramadhan maksudnya panas. Puasa adalah menahan diri...
17/02/2026

Marhaban Ya Ramadhan!!!
Marhaban Ya Ramadhan!!!
Marhaban Ya Ramadhan!!!

Ramadhan maksudnya panas. Puasa adalah menahan diri. Dengan berpuasa perut lapar dan dahaga, berpuasa panca indera ber - 5 dan berpuasa hati serta seluruh anggota hati - ia dapat meningkatkan nafsu ke maqam yang lebih mulia.

Seperti mana ilmu mempertahankan diri menjaga amanah Tuhan Rabbi, puasa juga menahan diri daripada melakukan larangan Allah, ia antara perbuatan untuk memahami seni hati untuk kebal hati selainNya dan hamba KekasihNya.

Bersihkan hati sepertimana jernihnya air mutlak.
Hati - Cari yang baik disebalik yang buruk.

Tegakkan pada akal, nafsu dan hati....

Tauhid l Iman l Islam
Islam l Iman l Tauhid
.... rahsia...???


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيمٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِTidak ada Tuhan selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik...
14/02/2026

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ

Tidak ada Tuhan selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Yang menghidupkan dan mematikan. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.”

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Presiden dan seluruh ahli Persatuan Silat Chekak Silat Kedah Malaysia mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli kerluarga atas kembalinya kerahmatullah, Allahyarham Tuan Taufiq bin Hashim @ Pak Lang pada hari ini 14hb Februari 2026

Semoga roh almarhum dicucuri rahmat Allah bersama jasad serta makamnya

InsyaaAllah

14/02/2026

🌺 Sambutan Hari Tenaga Pengajar Ke-1 & Majlis Petua 2026 🌺

Umpama sekuntum bunga yang sedang mekar indah, begitulah terserlahnya dedikasi dan pengorbanan para tenaga pengajar dalam memartabatkan warisan bangsa.

Majlis Hari Tenaga Pengajar Kali Ke-1 & Majlis Petua Tahun 2026 | 1447H anjuran Persatuan Silat Chekak Silat Kedah Malaysia menjadi lambang penghargaan buat insan-insan yang setia menyemai ilmu, membentuk jati diri serta memperkukuh semangat persaudaraan dalam seni mempertahankan diri.

Semoga terus mekar berbakti, terus teguh memimpin, dan terus menyinar demi kelangsungan perjuangan silat warisan kita.

“Di Selat Kedah Berlayar bahtera,
Berpandu bintang di langit tinggi;
Silat Chekak warisan istana,
Beradab Panglima, Beriman diri”

“Dari mata turun ke hati
Tak kenal maka tak cinta
Lain dimulut lain dihati
Adat berkasih hendaklah setia”

🌸 ✨

Tahniah dan selamat beramal

04/02/2026

🌾 Semakin tiba, Sambutan Hari Tenaga Pengajar 🌾

Dalam setiap langkah silat, tersimpan amanah ilmu yang diwariskan.

Dalam setiap gerak, terpantul jasa para Guru terdahulu yang telah mencurahkan bakti tanpa jemu.

Hari Tenaga Pengajar yang bakal berlangsung ini adalah simbol kesinambungan perjuangan,
meneruskan legasi Guru-Guru terdahulu yang bukan sahaja mendidik penuntut Silat Chekak,
malah membimbing akhlak, jati diri dan kefahaman hidup kepada masyarakat seluruhnya.

Sesungguhnya, tenaga pengajar hari ini adalah penyambung warisan,
menjaga keaslian ilmu, memelihara adab, dan memastikan panduan yang benar terus mengalir dari satu generasi ke generasi seterusnya.

✨ Beradab dengan Jatidiri
Berdiri dengan akhlak yang tinggi✨


Rejab Israk dan Mikrajبِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِMaha Suci Allah Yang Maha Mutlak Pemerintahan KerajaanNya di...
16/01/2026

Rejab Israk dan Mikraj

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Maha Suci Allah Yang Maha Mutlak Pemerintahan KerajaanNya di langit dan di bumi.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al Ahzab : Ayat 56

اِنَّ اللّٰهَ وَمَلٰۤىِٕكَتَهٗ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّۗ يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikat - malaikatNya menyampaikan/memohon rahmat atas Nabi, wahai orang - orang yang beriman, mohonkan rahmat atas nya dan mohonkan keselamatan kesejahteraan/penghormatan.

Allah humma solli 'ala saiyidina wanabiyina wahabibina
wasyafi' ina wazukhrina wamaulana Muhammad
(sollalla hu 'alaihi wasallam)

Rejab adalah bulan yang agung, kebebasan dan kehebatan dan ia antara bulan yang diharamkan untuk berperang. Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab, pada malam 27 Rejab berlaku kejadian benar, Isra' (perjalanan sekelip mata Nabi Muhammad S.a.w dari Mekah ke Masjidil - Aqsa di Palestin) l Mi'raj (Naik ke langit).

Allah SWT berfirman dalamSurah Al - Isra': Ayat 1

سُبْحٰنَ الَّذِيْٓ اَسْرٰى بِعَبْدِهٖ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ اِلَى الْمَسْجِدِ الْاَقْصَا الَّذِيْ بٰرَكْنَا حَوْلَهٗ لِنُرِيَهٗ مِنْ اٰيٰتِنَاۗ اِنَّهٗ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ

Mahasuci (Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.

Kejadian ini hanya dapat difahami dan dihayati bagi orang Islam yang mendiri kan solat khusyuk. Solat dengan taatkan Allah dan taatkan Rasul, didirikan dengan nafsu, akal dan hati - Taat dengan Allah dan Rasul, maka Allah kurniakan kepadanya Rahsia....

Allah SWT berfirman dalam Surah Taha : Ayat 132.

وَأْمُرْ اَهْلَكَ بِالصَّلٰوةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَاۗ لَا نَسْـَٔلُكَ رِزْقًاۗ نَحْنُ نَرْزُقُكَۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوٰى

Dan perintahkanlah keluargamu melaksanakan salat dan sabar dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik di akhirat) adalah bagi orang yang bertakwa.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al - Mu'minun : Ayat 1

قَدْ اَفْلَحَ الْمُؤْمِنُوْنَ ۙ
Sungguh beruntung orang-orang yang beriman,

Allah SWT berfirman dalam Surah Al - Mu'minun : Ayat 2.

الَّذِيْنَ هُمْ فِيْ صَلَاتِهِمْ خٰشِعُوْنَ
(yaitu) orang yang khusyuk dalam salatnya,

Setiap diri lelaki dan perempuan hendaklah belajar ilmu peraturan (Syariat, Tariqat, Hakikat, Ma'arifat) mendirikan solat sebagaimana ditetapkan?
Dan utamakanlah solat khusyuk iaitu cermat, teratur, "MEMELIHARA" rukun - rukun syaratnya serta sunatnya.
—————————————————————————
6 DEKAD PERJUANGAN

6 dekad perjuangan Almarhum Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad dalam menzahirkan Silat Kedah l Silat Chekak yang menuruti gerak geri orang solat /sembahyang ada yang seperti orang bertakbir, berdoa, rukuk, sujud dan lain - lain. Berdirinya pun seperti orang sembahyang l berdiri lurus.

Maksud chekak berdiri lurus adalah tetap pendirian. Perdu kepada tetap pendirian adalah "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah". Taat =Ikut perintah Allah l Taat = Ikut perintah Rasul. Kebenaran yang benar ada disisi Allah dan Rasulullah.

Pakai pakaian putih / bersih jasmani, akal, nafsu dan hati (cari yang Halal lagi baik l cari yang baik disebalik yang buruk.... Nanti Allah kurniakan suci)
Allah Yang Maha Mutlak kebenaranNya.
Solat sunat taubat
Moga dipertemu akan kebenaran dalam setiap masalah kehidupan dunia dan akhirat.

Wajib menjaga diri sendiri,
Menerima Amanah Tuhan Rabbi,
Untuk menjadi mukmin sejati,
Demi menegak Islam yang suci.

Gerak Chekak.......Terus Hidup!!!


Address

NO 61, Jalan 2/13, Bandar Tasek Puteri
Rawang
48020

Opening Hours

Tuesday 21:30 - 23:30
Friday 21:30 - 23:30
Saturday 21:30 - 23:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Silat Chekak Silat Kedah Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share