26/08/2026
Pada hari Selasa 25 Ogos satu program Laman Nazim Memperingati Maulidur Rasul telah diadakan di Pusat Aktiviti Remaja& Kanak-kanak (PARK) . Program ini melibatkan tenaga pengajar dan murid-murid mengaji PARK yang tinggal di Semarak.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Movie Night, Kuiz Bijak Pandai, Alam Ria Poster dan jamuan potluck. Para peserta memberikan kerjasama yang baik dan menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang program berlangsung.
Program ini diadakan bagi mengingatkan para peserta tentang kelahiran, perjuangan dan keperibadian mulia Nabi Muhammad SAW.
Selain itu, program ini bertujuan menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta menggalakkan murid-murid mencontohi sunnah dan akhlak baginda dalam kehidupan seharian.
Program diakhiri dengan jamuan makan yang berkonsepkan potluck yang menyemarakkan lagi sunah nabi bersedekah dan berkongsi rezeki.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan supaya generasi muda terus mengenali, mencintai dan mencontohi Nabi Muhammad SAW.