Kiswah Care

Kiswah Care PERTUBUHAN KISWAH PRIHATIN (KISWAH CARE) PPM 007-10-09102023

Alhamdulillah, Program Sentuhan Kasih, Sejuta Senyuman dengan usahasama Hospital Sungai Buloh telah berlangsung dengan p...
13/05/2026

Alhamdulillah, Program Sentuhan Kasih, Sejuta Senyuman dengan usahasama Hospital Sungai Buloh telah berlangsung dengan penuh kasih sayang dan kegembiraan bersempena 12 Mei iaitu Hari Jururawat 2026 🏥✨

Terima kasih buat YBhg. Dato’ Setia Dr. Mohd. Naim Bin Hj. Mokhtar (Ahli Dewan Negara) yang turut bersama team Kiswah Care menyantuni kanak-kanak di wad pediatrik ❤️

Antara aktiviti yang dijalankan:
🍱 Pengedaran 120 pek nasi arab kepada jururawat sempena Hari Jururawat Sedunia
🤡 Persembahan badut & pemberian belon pintal
🎁 Pengedaran goodies kepada pesakit kanak-kanak
🤲 Sesi motivasi, kunjungan dan doa kesembuhan oleh YBhg Dato’ Setia Dr Mohd Naim buat pesakit kanak-kanak yang sedang diuji

Melihat senyuman mereka hari ini benar-benar menyentuh hati 🥹🎈

Semoga setiap usaha kecil ini menjadi asbab kebahagiaan dan kekuatan buat mereka.





🎈✨ SENYUMAN KECIL, MAKNA BESAR ✨🎈Kadang-kadang, hanya dengan satu belon 🎈, satu goodies kecil 🎁, atau sapaan penuh kasih...
09/05/2026

🎈✨ SENYUMAN KECIL, MAKNA BESAR ✨🎈

Kadang-kadang, hanya dengan satu belon 🎈, satu goodies kecil 🎁, atau sapaan penuh kasih 🫶 sudah cukup untuk mengembalikan senyuman adik-adik yang sedang berjuang di wad pediatrik 🥹❤️

Jom bersama kami menjayakan Program Sentuhan Kasih, Sejuta Senyuman di Wad Pediatrik, Hospital Sungai Buloh 🏥💖

Antara misi kami:
🍱 60 pek makanan buat penjaga pesakit
🎁 Goodies & hadiah kecil untuk adik-adik
🤡 Badut ceria & balloon art comel

Kami percaya, setiap senyuman yang dihadiahkan mampu menjadi sumber kekuatan dan harapan buat mereka yang sedang diuji 🌈

✨ Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada kegembiraan ini ✨
Salurkan sumbangan anda melalui:

🏦 CIMB BANK
8605755465
Pertubuhan Kiswah Prihatin
Ref: HSB

📲 Atau scan QR di poster

Setiap sumbangan, sekecil mana pun, membawa sinar bahagia kepada mereka ❤️

Jom bersama-sama menjadi sebab seseorang tersenyum hari ini 🤍







06/05/2026

Alhamdulillah 🤍
Dari 0% ke 95% — anak-anak Baitul Kiswah kini sudah hampir menguasai tulisan Jawi!
Bukan sekadar hafazan Al-Quran & fardu ain, mereka juga terus belajar membina masa depan walau tanpa sekolah kerajaan.
Setiap sokongan anda adalah harapan buat mereka ✨
Jom terus bantu — semoga jadi asbab jariah ke jannah tertinggi 🤲🏻

Selamat Hari Pekerja!Terima kasih atas setiap usaha, keringat dan dedikasi yang dicurahkan. Andalah tulang belakang kema...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja!
Terima kasih atas setiap usaha, keringat dan dedikasi yang dicurahkan. Andalah tulang belakang kemajuan dan kekuatan negara.

Alhamdulillah, dalam beberapa hari ini Pusat Pengajian Baitul Kiswah telah mengadakan kelas tambahan seawal selepas sola...
31/03/2026

Alhamdulillah, dalam beberapa hari ini Pusat Pengajian Baitul Kiswah telah mengadakan kelas tambahan seawal selepas solat Subuh. Antara subjek yang diajar adalah Tahsin Al-Quran dan Hafazan, bagi memperkukuh bacaan serta hafalan anak-anak.

Selain itu, turut dijalankan aktiviti harian seperti solat sunat Dhuha serta latihan praktikal di mana anak-anak bergilir-gilir menjadi imam, sebagai usaha membina keyakinan dan kepimpinan dalam diri mereka.

Dalam masa yang sama, Baitul Kiswah masih memerlukan sokongan dana bagi pembelian sistem solar agar suasana pembelajaran anak-anak dapat diterangi dengan lebih selesa dan berterusan.

Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada para dermawan:

8605755465
Kiswah Care
CIMB BANK

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi asbab kebaikan dan ganjaran berpanjangan di sisi Allah 🤍

Raya bukan hanya tentang juadah, tapi tentang jiwa yang saling memberi ✨Terima kasih jadi sebahagian daripada kebaikan i...
20/03/2026

Raya bukan hanya tentang juadah, tapi tentang jiwa yang saling memberi ✨
Terima kasih jadi sebahagian daripada kebaikan ini 💚

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Program Jaulah Iftar Ramadhan 2026Alhamdulillah, program ini berjaya dilaksanakan sepanjang Ramadhan dengan kerjasama JH...
20/03/2026

Program Jaulah Iftar Ramadhan 2026

Alhamdulillah, program ini berjaya dilaksanakan sepanjang Ramadhan dengan kerjasama JHEAINS Daerah Semporna & Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.

• Lebih 200 keluarga asnaf di sekitar Daerah Semporna termasuk kawasan kepulauan telah disantuni.

• Lokasi agihan melibatkan:
– Dewan Serbaguna Perpustakaan Semporna
– Masjid Rahman
– Masjid Al Naim
– Masjid Kampung Labuan Haji
– Masjid Al Asri
– Masjid Al Hassan
– Masjid Jamek Kampung Bantayan
– Masjid An Nur (Sungai Buaya)
– Masjid Haji Dara
– Masjid Sri Jaya
– Masjid Nurul Hidayah
– Masjid An Nur Salam
– Masjid An Nur (Siaban)
– Masjid Iman Sulaiman
– Masjid Al Mubaraq
– Masjid Saidina Osman

Setiap sumbangan membawa harapan, doa dan senyuman buat mereka yang memerlukan.

Bukan sekadar bantuan, tetapi lambang kasih sayang, keprihatinan dan ukhuwah sesama insan.

Semoga segala kebaikan ini menjadi asbab keringanan buat mereka dan ganjaran berlipat ganda buat para penyumbang.

Dalam kita memberi, sebenarnya kita juga menerima.🤍

18/03/2026

Alhamdulillah 🤍✨

Bakul makanan hari ini, penuh dengan kasih & rezeki dari insan-insan baik 💛

Senyuman anak-anak Baitul Kiswah jadi bukti… sekecil mana pun pemberian, besar maknanya buat mereka.

Terima kasih para penginfaq — setiap yang diberi, pasti Allah gandakan kembali berkali-kali ganda 🤲


✨ Bagaimana Ramadan Kita?Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga…tetapi peluang untuk kita kembali kepada Allah d...
18/03/2026

✨ Bagaimana Ramadan Kita?
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga…
tetapi peluang untuk kita kembali kepada Allah dengan hati yang lebih bersih.

🌙 Adakah Ramadan kali ini benar-benar mendekatkan kita kepada-Nya?
🌙 Adakah setiap ibadah kita dilakukan dengan penuh keikhlasan?
🌙 Adakah hati kita semakin lembut menerima teguran dan peringatan?
🌙 Atau kita masih lalai dan menangguhkan amal kebaikan?

Ramadan akan pergi…
Namun, apa yang kita bawa selepas ia berlalu — itulah yang menentukan nilai sebenar Ramadan kita.

🤲 Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi.
Mari manfaatkan setiap detik yang masih berbaki.

14/03/2026

Malam ini anak-anak Baitul Kiswah menerima infaq kain pelikat dan telekung, setiap seorang sempena menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Semoga sumbangan kecil ini memberi kegembiraan buat mereka dan menambah semangat untuk menyambut Syawal dengan penuh kesyukuran.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang sentiasa menyokong usaha kebajikan ini.🤍

Malam yang lebih baik daripada seribu bulan ✨Di antara malam-malam terakhir Ramadan, tersimpan satu malam penuh rahmat d...
12/03/2026

Malam yang lebih baik daripada seribu bulan ✨
Di antara malam-malam terakhir Ramadan, tersimpan satu malam penuh rahmat dan keampunan — Lailatul Qadr.

Jangan lepaskan peluang untuk memperbanyakkan doa, istighfar dan ibadah.

“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni.”

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan s**a memberi keampunan, maka ampunkanlah kami.

Semoga kita semua dipertemukan dengan malam yang penuh keberkatan ini. 🤲🏻

Address

Bandar Seri Coalfield
Kuala

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kiswah Care posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share