18/02/2026
LAPORAN AKTIVITI BENGKEL PEMBUATAN JADAM
Tajuk Aktiviti : Bengkel Pembuatan JADAM (JADAM Microorganism Solution – JMS & JADAM Liquid Fertilizer – JLF)
Tarikh :
Sabtu, 1 Februari 2026
Tempat : Komuniti Pondok Sukun (KomPoS)
Penceramah Jemputan :
Puan Hasanah Said (Pengusaha Kebun Hasana)
Latar Belakang Aktiviti :
Bengkel Pembuatan JADAM ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada komuniti tentang amalan pertanian alami yang menekankan penghasilan makanan bebas racun, berkhasiat dan menjimatkan kos. Pendekatan JADAM menumpukan kepada penggunaan sumber semula jadi di persekitaran untuk menghasilkan baja, racun perosak dan penyubur tanah secara organik tanpa kebergantungan kepada input kimia.
Pelaksanaan Aktiviti :
- Bengkel dijalankan dalam bentuk teori dan amali, di mana peserta didedahkan kepada konsep asas pertanian JADAM serta langkah-langkah penyediaan JADAM Microorganism Solution (JMS) dan JADAM Liquid Fertilizer (JLF).
Puan Hasanah Said berkongsi pengalaman praktikal beliau sebagai pengusaha kebun organik, termasuk cabaran dan kelebihan mengamalkan sistem pertanian alami.
Program turut dibantu oleh Sara Ayuni dan Hanafi (Team Kebun Sara) yang menguruskan perjalanan bengkel dari awal hingga tamat. Sokongan turut diberikan oleh Puan Faridah & keluarga, pihak penaja Think City, serta semua individu yang terlibat dalam penyediaan makanan peserta, pengurusan kebun dan sokongan logistik.
- Forum Perbincangan > Selepas bengkel, satu forum perbincangan bertajuk *“Petani Organik dan Dilema yang Dihadapi”* telah diadakan. Forum ini menampilkan Puan Hasanah Said dan Ustaz Kamaruddin Kassim sebagai panel, dengan Sara Ayuni sebagai moderator. Sesi ini membuka ruang perkongsian pengalaman, pandangan serta lontaran idea daripada peserta berkaitan realiti dan cabaran petani organik di lapangan.
Hasil & Impak Aktiviti :
- Peserta memperoleh pengetahuan asas dan praktikal mengenai pembuatan JMS dan JLF.
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan makanan bebas racun dan pertanian lestari.
- Menggalakkan penggunaan sumber tempatan untuk mengurangkan kos input pertanian.
- Mewujudkan wacana sihat dan perkongsian ilmu dalam kalangan penggiat pertanian komuniti.
Aktiviti ini diharap menjadi langkah kecil ke arah pembudayaan pertanian organik dan perbincangan berterusan dalam kalangan komuniti. Semoga usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang.