Masjid Jamek Haji Abdul Rashid

Masjid Jamek Haji Abdul Rashid Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Community Organization, Jalan Permatang Sungai Dua, Butterworth.

Part 2Program ibadah korban Masjid Haji Abdul Rashid Sungai Dua.Tahniah diucapkan kepada team pakatan memasak Masjid Haj...
27/05/2026

Part 2

Program ibadah korban Masjid Haji Abdul Rashid Sungai Dua.

Tahniah diucapkan kepada team pakatan memasak Masjid Haji Abdul Rashid Sungai Dua.

Terima kasih diucapkan kepada hamba Allah yang memberi sumbangan seekor lembu untuk kenduri buat kesemua peserta dan petugas program korban perdana

Part 1 Program Korban Perdana Masjid Haji Abdul Rashid Sungai Dua.Tahniah diucapkan kepada kesemua team korban kerana me...
27/05/2026

Part 1

Program Korban Perdana Masjid Haji Abdul Rashid Sungai Dua.
Tahniah diucapkan kepada kesemua team korban kerana melaksanakan tugasan dengan cemerlang.
Terima kasih diucapkan kepada kesemua peserta korban yang memberi kepercayaan kepada pengurusan Masjid Haji Abdul Rashid Sungai Dua untuk menguruskan ibadah korban tuan-tuan dan puan-puan.

Jika ada salah silap daripada pihak pengurusan, kami mohon maaf.

Terima kasih buat Yayasan Darul Hadis Al Filfilaniyyah kerana memilih Masjid Jamek Haji Abdul Rashid untuk menyampaikan ...
29/04/2026

Terima kasih buat Yayasan Darul Hadis Al Filfilaniyyah kerana memilih Masjid Jamek Haji Abdul Rashid untuk menyampaikan sumbangan buat keluarga asnaf di kariah kami.
Semoga dipermudakan urusan buat kesemua yang terlibat.

Sekitar Kuliah Maghrib Perdana Bersama Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali
25/04/2026

Sekitar Kuliah Maghrib Perdana Bersama Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali

Assalammualaikum.Terlalu banyak isu yang berlaku beberapa tahun ini megenai isu tanah kubur Masjid Haji Abdul Rashid Sun...
08/04/2026

Assalammualaikum.

Terlalu banyak isu yang berlaku beberapa tahun ini megenai isu tanah kubur Masjid Haji Abdul Rashid Sungai Dua.
Sejak tahun 2019 pihak pengurusan masjid telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa tanah kubur Masjid Haji Abdul Rashid Sungai Dua hanya akan menerima jenazah daripada Kariah Masjid Haji Abdul Rashid Sungai Dua sahaja akibat daripada tanah kubur yang amat-amat terhad untuk menerima jenazah daripada luar kariah Masjid Haji Abdul Rashid Sungai Dua dan tanah kubur sudah berlapis.
Namun, bagi anak jati Sungai Dua yang berada di bawah kariah Masjid Al-Amin Sungai Dua, pihak pengurusan masjid dan pengurusan tanah kubur akan mempertimbagkan untuk menerima atau pun tidak di atas keputusan Pengerusi Kariah dan Pengerusi Khariat Kematian Masjid mengikut syarat-syarat yang tertentu.
Tanah kubur yang terhad diberikan keutamaan kepada anak kariah Masjid Haji Abdul Rashid Sungai Dua.

Bagi isu kedua, mengenai pembinaan kekal dan menghiasi kubur seolah-olah kubur itu adalah hak waris, p**a sering kali berlaku di tanah kubur.
Untuk pengetahuan semua, tanah kubur Masjid Haji Abdul Rashid Sungai Dua adalah tanah wakaf yang akan digunakan dari generasi ke generasi yang akan datang, jadi tidak perlu dibina atau dihiasi dengan batu-batuan yang juga akan menganggu proses pembersihan tanah kubur yang akan dilaksanakan oleh Biro Kubur setiap bulan sekali atau dua kali dan juga akan menyusahkan penggali kubur untuk menggali kubur di masa akan datang.

Hadis daripada Jabir RA, katanya:
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ
Maksudnya: Rasulullah SAW melarang pembinaan kubur dengan batu kapur. (Riwayat Muslim)

Bagi waris yang ingin menanam pokok dan rumput untuk menghiasi kubur waris mereka, pihak pengurusan masjid tidak akan menghalang selagi mana tanaman itu tidak menggangu proses pengebumian yang akan datang dan tidak menuduh pihak penggali kubur kerana merosakkan tanaman tersebut ketika proses mengali tanah kubur. Bagi pokok-pokok yang tumbuh besar dan rimbun, pihak pengurusan masjid akan mencantas pokok-pokok tersebut pada setiap kali program gotong-royong membersihkan kubur diadakan bagi memudahkan kerja-kerja menggali kubur dilaksanakan.

Pihak pengurusan masjid juga tidaklah ada hasad dengki untuk merosakkan dan mencabut pokok-pokok yang telah ditanam diatas tanah kubur selagi mana tidak mengganggu penggali kubur untuk menjalankan tugasan.

Terima kasih kerana anda semua ambil maklum dan menghormati pengurusan masjid terutamanya pengurusan tanah kubur. Keputusan ini bukan saja-saja diadakan, ini adalah untuk kelangsunggan tanah kubur pada masa-masa yang akan datan kerana tanah kubur adalah tanah wakaf.

Sebarang pertanyaan dan maklumbalas, boleh terus berjumpa dengan pengurusan masjid untuk mendapatkan kepastian dan kefahaman.

Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Pengurusan Masjid Haji Abdul Rashid Sungai Dua.

Jemput datang beramai-ramai yer...
03/04/2026

Jemput datang beramai-ramai yer...

Majlis Khatam Al-Quran Jemaah Muslimah sempena Ramadhan Al-Mubarak Masjid Jamek Haji Abdul Rashid.
16/03/2026

Majlis Khatam Al-Quran Jemaah Muslimah sempena Ramadhan Al-Mubarak Masjid Jamek Haji Abdul Rashid.

Kuliah Subuh RamadhanUstaz Aiman Shamsul Bahrin
14/03/2026

Kuliah Subuh Ramadhan
Ustaz Aiman Shamsul Bahrin

Kuliah Subuh Ramadhan bersama Ustaz Atiq Romzi
14/03/2026

Kuliah Subuh Ramadhan bersama Ustaz Atiq Romzi

12/03/2026
Alhamdulillah.15/2/2026 AhadGotong-royong perdana Masjid Haji Abdul Rashid Sungai Dua sempena menyambut Bulan Ramadhan 2...
15/02/2026

Alhamdulillah.

15/2/2026 Ahad

Gotong-royong perdana Masjid Haji Abdul Rashid Sungai Dua sempena menyambut Bulan Ramadhan 2026.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan gotong-royong perdana masjid.

Terima kasih jugak diucapkan kepada penyumbang rusa dan geng pakatan masak masjid untuk makan tengah hari.

Address

Jalan Permatang Sungai Dua
Butterworth

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Haji Abdul Rashid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share