KRT Mukim 4 Kampung Pertama

KRT Mukim 4 Kampung Pertama Selamat Datang Ke Laman Facebook KRT Mukim 4 Kampung Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Dengan segala hormatnya, semua penduduk Kampung Pertama dijemput untuk menghadiri Se...
19/04/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya, semua penduduk Kampung Pertama dijemput untuk menghadiri Sesi Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Baharu KRT Mukim 4 Kampung Pertama yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 26 April 2026 (Ahad)
πŸ•₯ Masa: 10.30 pagi
πŸ“ Tempat: Dewan Komuniti Taman Naluri

Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi bersama-sama menyumbang idea, memilih kepimpinan baharu serta memperkukuhkan lagi semangat kejiranan dalam komuniti kita.

Marilah kita berganding bahu memupuk perpaduan, saling mengenali dan mempererat hubungan sesama penduduk demi kesejahteraan Kampung Pertama. Kami juga amat mengalu-alukan penyertaan tuan/puan sebagai sukarelawan atau calon AJK baharu bagi bersama-sama menggerakkan aktiviti komuniti ke arah yang lebih cemerlang.

Semoga dengan penglibatan aktif semua pihak, kita dapat membina komuniti yang harmoni, bersatu padu dan progresif.

Sekian, terima kasih.

"Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat"

19 December 2025Makluman kematian Dukacita dimaklumkan bahawa Hasnah binti Ahmad (Cikgu Milah) telah kembali kerahmatull...
19/12/2025

19 December 2025

Makluman kematian

Dukacita dimaklumkan bahawa Hasnah binti Ahmad (Cikgu Milah) telah kembali kerahmatullah sebentar tadi di Hospital Seberang Jaya. Jenazah akan dibawa pulang ke 411 MK6 KAMPUNG PERTAMA (depan kedai MAKAN PAGI). Allahyarhamah akan di sembahyangkan di Masjid Papan selepas Solat Jumaat. Jenazah akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam bersebelahan Shell To’ Kandu.

Allahyarhamah merupakan salah seorang AJK yg aktif dan banyak menyumbang tenaga dlm program program yg dijalankan. Pemergian ini merupakan kehilangan yg besar. Setiap sumbangan yg telah diberikan kami kenang hingga Akhir hayat. Takziah kpd ahli keluarga Arwah.

Al fatihah.

20 Oktober 2025Alhamdu lillah telah selesai Majlis bacaan yasin dan doa selamat di Dewan Komuniti KRT Mukim 4 Kampung Pe...
20/10/2025

20 Oktober 2025

Alhamdu lillah telah selesai Majlis bacaan yasin dan doa selamat di Dewan Komuniti KRT Mukim 4 Kampung Pertama yg baharu.

Kami telah dengan rasminya akan menjadikan dewan ini sebagai bangunan rasmi kami. Di kesempatan ini juga tahlil utk Arwah yg lama dan baru meninggalkan kita serta ulangtahun kelahiran pada bulan Oktober.

Semoga diberkati setiap usaha kita semua.

Terima kasih kpd semua yg hadir.

7 Sep 2025Kami turut mengambil bahagian dalam Program Sambutan Maulidur Rasul 1447H bersama Masjid Papan Kampung Pertama...
07/09/2025

7 Sep 2025

Kami turut mengambil bahagian dalam Program Sambutan Maulidur Rasul 1447H bersama Masjid Papan Kampung Pertama


2 Jun 2024Kami turut serta dalam gotong royong pembersihan Masjid Papan Kg Pertama
02/06/2025

2 Jun 2024

Kami turut serta dalam gotong royong pembersihan Masjid Papan Kg Pertama


24 Februari 2025Jiran Wanita bersama Geraknita 4B Pulau Pinang berjaya menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil berte...
26/02/2025

24 Februari 2025

Jiran Wanita bersama Geraknita 4B Pulau Pinang berjaya menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bertempat di Surau sementara Taman Haji Mohd Amin.

Kehadiran rata2nya adalah daripada golongan ibu dan sebahagiannya adalah jemputan yg hadir memeriahkan.


9 Feb 2025Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah KRT kita telah melakukan rondaan pertama pada ahad yg laluJom sama2 kita ...
15/02/2025

9 Feb 2025

Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah KRT kita telah melakukan rondaan pertama pada ahad yg lalu

Jom sama2 kita jaga keselamatan setempat

Yg berminat utk menjadi sebahagian daripada sukarelawan boleh berhubung dengan kami


Dukacita di maklumkan, Mohamad Amirul bin Mansor selaku Timbalan Pengerusi telah menghembuskan nafas terakhir pada awal ...
09/02/2025

Dukacita di maklumkan, Mohamad Amirul bin Mansor selaku Timbalan Pengerusi telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi tadi.

Allahyarham merupakan seorang anak muda yg tekun membantu pentadbiran KRT kami. Kehilangan yg di tangisi

Semoga tenang Amirul di sana dan ditempatkan dlm kalangan org2 yg soleh 🀲🀲🀲

22 September 2022Kami dengan kerjasama Masjid Papan Kampung Pertama menganjurkan sambutan Maulidur Rasul 1444HPerarakan ...
26/09/2024

22 September 2022

Kami dengan kerjasama Masjid Papan Kampung Pertama menganjurkan sambutan Maulidur Rasul 1444H

Perarakan seawal pagi diserikan dengan kehadiran komuniti setempat. Turut hadir Pn Zuraida daripada Pej Perpaduan Daerah



1 Sept 2024Kami turut menganjurkan Semarak Merdeka 2024 bersama JPKKP Kg Pertama/THMAPerarakan bersama Si Cilik yg senti...
01/09/2024

1 Sept 2024

Kami turut menganjurkan Semarak Merdeka 2024 bersama JPKKP Kg Pertama/THMA

Perarakan bersama Si Cilik yg sentiasa menghiburkan. Terima kasih kepada KKM yg turut bersama menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma


28 July 2024Kami telah menghantar wakil untuk terlibat dalam Bengkel Pemantapan SISMAP. Pengurusan dan dokumentasi adala...
28/07/2024

28 July 2024

Kami telah menghantar wakil untuk terlibat dalam Bengkel Pemantapan SISMAP. Pengurusan dan dokumentasi adalah perkara penting dalam sesebuah organisasi. Amanah yg diberikan perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

Selagi hayat dikandung badan kami akan cuba sedaya mampu untuk memberikan yg terbaik buat komuniti



28 July 2024Program Mengacau Bubur Asyura telah diadakan untuk diedarkan kepada penduduk dalam komuniti kampung Pertama ...
28/07/2024

28 July 2024

Program Mengacau Bubur Asyura telah diadakan untuk diedarkan kepada penduduk dalam komuniti kampung Pertama



Address

Permatang Pauh
13500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Mukim 4 Kampung Pertama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT Mukim 4 Kampung Pertama:

Share