Akademi Silat Cekak Hanafi Taman Pauh Jaya

Akademi Silat Cekak Hanafi Taman Pauh Jaya Silat Cekak Hanafi adalah sejenis silat Melayu asli yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Hanafi. Silat yang tak berbunga, setanding dengan beladiri luar.

30/12/2024

28 Disember 2024 - Cheras

Kira-kira 250 ahli Silat Cekak Hanafi seluruh negara telah hadir ke Malam Tautan Kaseh Cekak Hanafi 60 Tahun di sini hari ini.

Majlis telah dilangsungkan di Dewan Seri Kaseh Bandar Tun Hussein Onn itu telah diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Datin Paduka Hajah Hakimah, mantan Kerua Pengarah JAKIM.

Majlis dihidang dengan persembahan silat yang mantap daripada ahli Silat Cekak Hanafi SMK Tasik Permai.

Cawangan Johor Darul Takzim juga tidak ketinggalan menarik perhatian tetamu yang hadir dengan persembahan daripada ahli-ahli Tunas Silat Cekak Hanafi.

Majlis tersebut juga merupakan permulaan rasmi bagi Sambutan 60 Tahun Silat Cekak Hanafi yang akan disambut sepanjang 2025.

Majlis telah disempurnakan oleh YM Tuan Haji Amruddin b Hj Buang dengan merasmikan majlis sekaligus melancarkan logo dan tema Sambutan 60 Tahun Silat Cekak Hanafi iaitu asli dan murni

.

04/11/2024
21/10/2024

BELAJAR SILAT CEKAK HANAFI

Kelas Latihan
Ibu Pejabat Silat Cekak Ustaz Hanafi
Datuk Keramat

Daftar sini⤵️

https://wa.link/56j5vj

Yuran pendaftaran hanya *RM100* sahaja.

Mohammad Haire dan Zafran
Penyelia Kelas
Silat Cekak Hanafi

06/10/2024
05/10/2024

SILAT CEKAK HANAFI @ TAMAN PAUH JAYA

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semoga Ybhg. Tuan/Puan berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga.
Silat Cekak Hanafi (SCH) komited menyampaikan ilmu bela diri kepada komuniti setempat.

Pusat Latihan Taman Pauh Jaya (13 tahun ke atas)

- Hari : Selasa & Jumaat
- Masa : 9.30 malam - 11.15 malam
- ⁠Tempat : Gelanggang Bola Tampar, Taman Pauh Jaya

ATAU

Kelas Latihan SMK Pauh Jaya (terbuka kepada pelajar SMK Pauh Jaya)
- Hari : Sabtu
- Masa : 9.15 pagi - 11.30 pagi

Antara keistimewaan Silat Cekak Hanafi
🪄 Bebas dari unsur tahyul dan kurafat
🪄 Seni silat Melayu asli
⁠🪄 Kadar yuran yang murah
🪄 Sesuai bagi semua peringkat umur bermula 13 tahun dan jantina

Daftar disini: https://linktr.ee/schpp

Selain kelas pengajaran silat, kami juga menyediakan Kursus Cegah Jenayah kepada komuniti setempat.

Pejabat Urusan
Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia
Cawangan Pulau Pinang (Baru)
6, Lorong Pauh Jaya 3/7, Taman Pauh Jaya, 13700, Seberang Perai,
Pulau Pinang

Kami bersedia menerima kunjungan Ybhg. Tuan/Puan dan komuniti setempat.

Terima kasih.

Zulhilmi
Unit Promosi
Silat Cekak Hanafi Pulau Pinang
☎️zulhilmisch.wasap.my

Address

Lorong Pauh Jaya 1, Taman Pauh Jaya
Permatang Pauh
13500SEBERANGPERAITENGAH

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Silat Cekak Hanafi Taman Pauh Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share