Pertubuhan Rumah Jagaan dan Kebajikan Abu Yazid Bustami

Pertubuhan Rumah Jagaan dan Kebajikan Abu Yazid Bustami Sebelum ini dinamakan Rumah Anak Yatim dan Miskin (P) Abu Yazid Bustami. Menempatkan anak-anak yatim dan asnaf dari Pahang.

Pertubuhan ini digerakkan oleh s**arelawan. Fokus kami: Mewujudkan peluang masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak.

04/02/2026

Kelas Tuisyen di Rumah Abu Yazid ☺️

Update dari tutor kita,Malam ini kelas 2 in 1, belajar akademik dan perkongsian israk mikraj 🥰. Anak-anak ada kelas tuis...
16/01/2026

Update dari tutor kita,
Malam ini kelas 2 in 1, belajar akademik dan perkongsian israk mikraj 🥰.

Anak-anak ada kelas tuisyen pada setiap malam Isnin, Rabu dan Jumaat.

Semoga anak-anak cemerlang dunia akhirat 🤲🏾

Alhamdulillah, setelah lama tertangguh, hari ini kita meraikan anak-anak dalam Majlis Akhir Tahun dan Apresiasi Rumah Ab...
11/01/2026

Alhamdulillah, setelah lama tertangguh, hari ini kita meraikan anak-anak dalam Majlis Akhir Tahun dan Apresiasi Rumah Abu Yazid.

Anak-anak menerima anugerah berdasarkan kelebihan dan bakat yang dimiliki. Ada yang sangat berdisiplin, ada yang rajin mengemas, ada yang s**a volunteer jadi imam solat.

Dan terima kasih yang tak terhingga juga buat Wiby Station untuk makanan yang sedap, setup yang cantik, dan diskaun yang masyaallah banyak sangat 🥹♥️. Anak-anak memang seronok lain macam bila dapat makan western food 🫶🏾.

Ada lagi kejutan lain, tiba-tiba sampai pizza idaman dari Matcha and Dessert. Memang pizza paling sedap dalam Pekan 🙈🙈♥️

Dan tidak dilupakan juga kepada kak Sue Ishak dan Pekan Florist untuk gubahan hadiah, dan bunga orkid untuk menyerikan rumah kami.

Teruskan doa untuk kecemerlangan anak-anak ya ♥️♥️

Alhamdulillah. Selesai membeli pakaian sekolah hari ini. Moga anak-anak terus bersemangat untuk menuntut ilmu ♥️.Jazakum...
11/01/2026

Alhamdulillah. Selesai membeli pakaian sekolah hari ini. Moga anak-anak terus bersemangat untuk menuntut ilmu ♥️.

Jazakumullahu khair.

Minggu lepas, anak2 telah menjalani ujian kenaikan gred tali pinggang Taekwondo. Anak2 di Rumah Jagaan dan Kebajikan Abu...
14/12/2025

Minggu lepas, anak2 telah menjalani ujian kenaikan gred tali pinggang Taekwondo.

Anak2 di Rumah Jagaan dan Kebajikan Abu Yazid Bustami dilengkapi dengan kemahiran seni mempertahankan diri, yang juga menjadi medium untuk mencapai keseimbangan jasmani.

Selesai ujian, ada hamba Allah sponsor Kopi Saigon Pekan, alhamdulillah terima kasih semua 🤲🏾

Kami dari Rumah Abu Yazid mengucapkan salam takziah atas pemergian Puan Rosnah. Arwah selalu ingat kepada anak-anak di s...
14/12/2025

Kami dari Rumah Abu Yazid mengucapkan salam takziah atas pemergian Puan Rosnah. Arwah selalu ingat kepada anak-anak di sini. Menjamu mereka dengan juadah-juadah enak.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya, serta menempatkannya bersama para solehin.

Kami selalu doakan acik 🤲🏾

SESI PERTAMA KELAS TAMBAHAN AKADEMIKAlhamdulillah, pada Rabu 1 Oktober, Skuad Akademik Rumah Abu Yazid telah memulakan k...
02/10/2025

SESI PERTAMA KELAS TAMBAHAN AKADEMIK

Alhamdulillah, pada Rabu 1 Oktober, Skuad Akademik Rumah Abu Yazid telah memulakan kelas tambahan akademik.

Kelas ini dibahagikan kepada dua kumpulan : Sekolah rendah dan sekolah menengah, serta diajar oleh tutor berpengalaman.

Kami berharap penganjuran kelas ini akan melonjakkan prestasi akademik anak-anak di sini.

Kami juga amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi menampung keperluan pembelian buku latihan, buku rujukan dan pembayaran elaun tutor.

Moga Allah memberi ganjaran yang sebanyak-banyaknya.

----------

Rumah Jagaan dan Kebajikan Abu Yazid Bustami
Menyemai di dunia, menuai di akhirat.

Alhamdulillah 🤲Sepanjang 2025, pelajar Rumah Jagaan dan Kebajikan Abu Yazid mengikuti pelbagai aktiviti rohani, jasmani,...
24/09/2025

Alhamdulillah 🤲
Sepanjang 2025, pelajar Rumah Jagaan dan Kebajikan Abu Yazid mengikuti pelbagai aktiviti rohani, jasmani, intelek & emosi.

Kami percaya pendidikan bukan sekadar akademik, tetapi pembentukan sahsiah yang menyeluruh.

Kami berterima kasih atas sokongan yang tidak bertepi daripada para penyumbang. Teruskan doa kalian untuk anak-anak ini 💖.

Matlamat kami, menyemai di dunia, menuai di akhirat.

✨ Usrah Berkala ✨Syukur dapat bersama-sama pihak IKRAM Pekan dalam sesi usrah di Rumah Jagaan & Kebajikan Abu Yazid Bust...
05/09/2025

✨ Usrah Berkala ✨

Syukur dapat bersama-sama pihak IKRAM Pekan dalam sesi usrah di Rumah Jagaan & Kebajikan Abu Yazid Bustami. Semoga pertemuan ini menjadi asbab bertambahnya iman, ukhuwah dan amal soleh. 🌸

"Kerja kita mungkin kecil, tapi matlamat kita besar – syurga Allah." 🌿

Tidak sempat menatap wajahmu, ya Rasulullah… namun cintamu tetap hidup di hati kami. Walau beribu tahun memisahkan, sunn...
04/09/2025

Tidak sempat menatap wajahmu, ya Rasulullah… namun cintamu tetap hidup di hati kami. Walau beribu tahun memisahkan, sunnah dan akhlakmu terus menjadi cahaya penunjuk jalan, menghidupkan iman di setiap jiwa yang merindukanmu.

Address

52 Kg Ketapang Tengah
Pekan
26600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Rumah Jagaan dan Kebajikan Abu Yazid Bustami posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share