Persatuan Kebajikan & Kesejahteraan Staf UMP

Directions

Persatuan Kebajikan & Kesejahteraan Staf UMP Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Kebajikan & Kesejahteraan Staf UMP, Charitable organisation, Pekan.

Persatuan Kebajikan & Kesejahteraan Staf UMP adalah sebuah entiti yang menjalankan kerja-kerja kebajikan staf UMP dan aktiviti-aktiviti ke arah pembentukan masyarakat UMP yang bersatu-padu dan hormat-menghormati.

Hari Keluarga UMPSA 2026.12 Disember 2026Terbuka untuk semua warga UMPSA, scan QR untuk pendaftaran.
08/10/2026

Hari Keluarga UMPSA 2026.
12 Disember 2026
Terbuka untuk semua warga UMPSA, scan QR untuk pendaftaran.

Persatuan Sejahtera UMPSA Sumbang RM2,000 Sokong Kembara Borneo Jejak Alumni 2026Persatuan Sejahtera Universiti Malaysia...
09/09/2026

Persatuan Sejahtera UMPSA Sumbang RM2,000 Sokong Kembara Borneo Jejak Alumni 2026

Persatuan Sejahtera Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan ahli dengan menyumbangkan sebanyak RM2,000 kepada 20 orang ahli persatuan yang terlibat dalam menjayakan Program Kembara Borneo Jejak Alumni 2026. Sumbangan tersebut disalurkan sebagai bantuan kos minyak motosikal sepanjang program yang berlangsung dari 9 hingga 20 September 2026, sekali gus membantu meringankan kos perjalanan peserta yang menyertai kembara merentasi Borneo.

Program Kembara Borneo Jejak Alumni 2026 bermula dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah, sebelum meneruskan perjalanan merentasi Brunei dan seterusnya ke Kolej Vokasional Likas di Kuching, Sarawak, sebelum berpatah balik ke Kota Kinabalu. Sepanjang perjalanan, pasukan kembara bukan sahaja menjelajah laluan Borneo, malah turut membawa misi menyantuni dan mengeratkan hubungan dengan alumni UMPSA yang berada di Borneo. Pertemuan bersama alumni menjadi salah satu pengisian penting dalam usaha memperkukuh jaringan silaturahim serta hubungan berterusan antara alumni dan universiti.

Sumbangan Persatuan Sejahtera UMPSA ini mencerminkan semangat prihatin, kebersamaan dan sokongan terhadap penglibatan ahli dalam aktiviti persatuan. Bantuan berkenaan diharapkan dapat memberikan suntikan semangat kepada 20 ahli yang terlibat untuk meneruskan perjalanan dengan penuh komitmen, di samping memastikan misi Kembara Borneo Jejak Alumni 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar. Semoga perjalanan kembara ini dipermudahkan, selamat sampai ke setiap destinasi dan terus mempererat hubungan silaturahim antara UMPSA dengan para alumninya di Borneo.

25/08/2026
Selamat Memperingati Maulidur Rasul
24/08/2026

Selamat Memperingati Maulidur Rasul

Jawatankuasa Eksekutif SEJAHTERA UMPSA Adakan Kunjungan Hormat Bersama Naib CanselorPekan, 11 Ogos – Jawatankuasa Ekseku...
11/08/2026

Jawatankuasa Eksekutif SEJAHTERA UMPSA Adakan Kunjungan Hormat Bersama Naib Canselor

Pekan, 11 Ogos – Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Kebajikan dan Kesejahteraan Staf Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (SEJAHTERA UMPSA) telah mengadakan sesi kunjungan hormat bersama Naib Canselor UMPSA pada Selasa, 11 Ogos 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat LPU, UMPSA Pekan. Sesi tersebut diadakan sebagai platform untuk membentangkan pencapaian, perkembangan semasa serta hala tuju persatuan dalam memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan warga universiti.

Dalam sesi pembentangan, Presiden SEJAHTERA UMPSA, Encik Abd Rahman bin Hj Safie telah menyampaikan laporan berkaitan perkembangan organisasi, pencapaian keahlian serta pelaksanaan pelbagai program kebajikan dan aktiviti sepanjang tahun 2026. Turut dikongsikan ialah pelan strategik persatuan yang memberi fokus kepada pengukuhan aspek kebajikan ahli, aktiviti kemasyarakatan, pembangunan komuniti serta usaha memperluaskan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak demi manfaat warga UMPSA.

Sementara itu, Puan Norfariza binti Mohd Saim, selaku Bendahari SEJAHTERA UMPSA, membentangkan status kewangan persatuan sehingga Jun 2026 yang merangkumi kedudukan kewangan semasa serta pengurusan dana bagi menyokong pelaksanaan pelbagai program kebajikan. Pembentangan turut memperincikan sumber kewangan persatuan yang disokong melalui yuran keahlian, sumbangan universiti serta geran padanan (matching grant), sekali gus memastikan kelestarian pelaksanaan aktiviti kebajikan kepada ahli.

Selain itu, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif turut mengambil peluang berkongsi maklum balas, cadangan serta perkembangan aktiviti mengikut biro masing-masing. Antara pencapaian yang diketengahkan termasuk pelaksanaan program ziarah kebajikan, bantuan ihsan kepada ahli, sumbangan kepada kontinjen SUKUM, program Kembara Borneo Jejak Alumni, sumbangan kemanusiaan Palestin melalui Muslim Care Malaysia Society serta pelbagai inisiatif komunikasi dan promosi yang digerakkan oleh Biro Penerangan bagi meningkatkan penyertaan ahli SEJAHTERA.

Dalam sesi tersebut, Naib Canselor turut menzahirkan penghargaan atas komitmen Jawatankuasa Eksekutif SEJAHTERA dalam memperkasa kebajikan warga universiti. Beliau turut mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh peranan persatuan, antaranya memperluaskan kerjasama dengan individu dan syarikat luar bagi meningkatkan sumbangan kemanusiaan kepada Palestin melalui Muslim Care Malaysia Society, menganjurkan Hari Keluarga SEJAHTERA pada tahun 2026 sebagai medium mengeratkan hubungan silaturahim warga UMPSA, serta mempertimbangkan pelaksanaan Special Intake bagi anak-anak staf yang ingin melanjutkan pengajian di UMPSA dengan syarat memenuhi kelayakan minimum yang ditetapkan.

Sesi kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan sesi perbincangan dua hala yang berlangsung dalam suasana positif dan konstruktif. Hasil pertemuan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif baharu yang lebih berimpak, sekali gus memperkukuhkan peranan SEJAHTERA UMPSA sebagai rakan strategik universiti dalam menjaga kebajikan, kesejahteraan dan perpaduan warga UMPSA.

Sumbangan Persatuan SEJAHTERA kepada atlet SUKUM 2026
05/08/2026

Sumbangan Persatuan SEJAHTERA kepada atlet SUKUM 2026

09/07/2026

Alhamdulillah, sumbangan RM10,000.00 daripada SEJAHTERA UMPSA telah diterima oleh Muslim Care Malaysia Society sebagai tanda solidariti warga UMPSA dalam menyokong usaha kemanusiaan dan membantu rakyat Palestin yang memerlukan.

Send a message to learn more

26/06/2026
Persatuan Sejahtera sumbang peruntukan kepada ahli Sejahtera yang akan menunaikan fardu haji pada tahun ini. Seramai 14 ...
15/04/2026

Persatuan Sejahtera sumbang peruntukan kepada ahli Sejahtera yang akan menunaikan fardu haji pada tahun ini. Seramai 14 orang ahli Sejahtera dari 17 orang staf UMPSA diraikan oleh Jabatan Pendaftar dalam majlis ringkas meraikan bakal haji.

Address

Pekan
26600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan & Kesejahteraan Staf UMP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share