Pusat Tarbiyah Darul Ikhwan, Chini 3

Pusat Tarbiyah Darul Ikhwan, Chini 3 Pusat Tarbiyah Darul Ikhwan (PTDI) Chini 3

✨ Alhamdulillah!Dengan adanya kabinet baharu ini, ruang dapur kini lebih kemas, teratur dan selesa untuk digunakan. 🍽️🛠️...
26/05/2026

✨ Alhamdulillah!
Dengan adanya kabinet baharu ini, ruang dapur kini lebih kemas, teratur dan selesa untuk digunakan. 🍽️🛠️
Semua ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan dan sumbangan ikhlas daripada para penyumbang yang prihatin. ❤️
🙏 Ribuan terima kasih kepada semua penyumbang atas sumbangan bagi pembelian kabinet ini.
Semoga setiap kebaikan dan kemurahan hati anda dibalas dengan keberkatan dan rezeki yang melimpah. 🌷
💖 Teruskan menyumbang dan bersama-sama membantu kami menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk manfaat semua.

🕊️ ALHAMDULILLAH SELESAIKursus Pengurusan Jenazah telah berjaya dilaksanakan dengan penuh manfaat dan pengisian ilmu far...
17/05/2026

🕊️ ALHAMDULILLAH SELESAI
Kursus Pengurusan Jenazah telah berjaya dilaksanakan dengan penuh manfaat dan pengisian ilmu fardu kifayah.
Terima kasih kepada semua peserta, tenaga pengajar dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan untuk agama, masyarakat dan bekalan akhirat. 🤲

Persiapan terbaik untuk program yang penuh bermakna. 🕋✨Alhamdulillah, perbincangan Simulasi Haji Cilik telah diadakan ba...
15/05/2026

Persiapan terbaik untuk program yang penuh bermakna. 🕋✨
Alhamdulillah, perbincangan Simulasi Haji Cilik telah diadakan bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar.
Semoga program ini memberi pengalaman dan pendedahan awal ibadah haji kepada anak-anak.
Mohon doa dan sokongan semua agar segala urusan dipermudahkan. 💚

Malam Bacaan Yasin penuh keberkatan.Walau dalam suasana sederhana, hati-hati disatukan dengan alunan ayat suci Al-Quran....
14/05/2026

Malam Bacaan Yasin penuh keberkatan.
Walau dalam suasana sederhana, hati-hati disatukan dengan alunan ayat suci Al-Quran. Semoga setiap bacaan menjadi asbab ketenangan, keberkatan rezeki dan keselamatan buat semua.
Terus istiqamah mengimarahkan majlis ilmu dan bacaan Yasin di kawasan kita

Alhamdulillah, kerja-kerja menaik taraf pendawaian dan pemasangan lampu di beranda Pusat Tarbiyah Darul Ikhwan terus ber...
12/05/2026

Alhamdulillah, kerja-kerja menaik taraf pendawaian dan pemasangan lampu di beranda Pusat Tarbiyah Darul Ikhwan terus berjalan 💚
Tenaga, masa, wang rinngit dan kepakaran dicurahkan demi menyediakan suasana yang lebih selesa serta kondusif untuk aktiviti tarbiyah dan kebajikan masyarakat.
Semoga setiap usaha kecil ini menjadi saham akhirat buat semua yang terlibat serta dipermudahkan segala urusan pembangunan Pusat Tarbiyah Darul Ikhwan Chini.

Gerak kerja tidak boleh menunggu saat akhir.Perjuangan mesti disusun, diperkemas dan digerakkan dari sekarang! 💚Alhamdul...
08/05/2026

Gerak kerja tidak boleh menunggu saat akhir.
Perjuangan mesti disusun, diperkemas dan digerakkan dari sekarang! 💚
Alhamdulillah, satu perbincangan dan penyelarasan gerak kerja telah diadakan bersama jentera bagi memastikan setiap agenda perjuangan di peringkat Cawangan berjalan dengan lebih tersusun dan berkesan.
Bila semua bergerak dengan satu fikrah dan satu matlamat, insya-Allah kekuatan jamaah akan lebih terasa.
Kecil pada pandangan mata, besar nilainya di sisi perjuangan.
Teruskan bersama kami.
Perkukuhkan saf, eratkan ukhuwah dan istiqamah dalam perjuangan demi agama, ummah dan masa depan yang lebih baik. 🤝✨

Langkah diatur, perbincangan digerakkan. ⚡Demi memastikan urusan wiring berjalan lancar dan tersusun, perbincangan diter...
07/05/2026

Langkah diatur, perbincangan digerakkan. ⚡

Demi memastikan urusan wiring berjalan lancar dan tersusun, perbincangan diteruskan bersama bagi mencari penyelesaian terbaik.

Setiap pandangan dan idea diraikan demi kemudahan serta keselesaan bersama.
Kerja mungkin nampak kecil, tetapi kesannya besar untuk kelancaran gerak kerja nanti. 💪

Bayangkan sebuah ruang yang lebih selesa, tersusun, dan memberi manfaat kepada ramai orang.Hasil sokongan dan sumbangan ...
05/05/2026

Bayangkan sebuah ruang yang lebih selesa, tersusun, dan memberi manfaat kepada ramai orang.
Hasil sokongan dan sumbangan ikhlas daripada anda semua, impian itu kini menjadi kenyataan.
Sebanyak 10 unit kerusi telah berjaya dibeli — memberi keselesaan kepada pengguna dan mencipta suasana yang lebih baik untuk semua.
Teruskan bersama kami dalam usaha ini. Setiap sumbangan anda membawa perubahan yang nyata. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kebaikan ini!

Alhamdulillah 🤲 Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Chini 3 Tengah telah berlangsung dengan jayanya!Kehadiran ahli yang...
04/05/2026

Alhamdulillah 🤲 Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Chini 3 Tengah telah berlangsung dengan jayanya!

Kehadiran ahli yang memberangsangkan, perbincangan yang matang serta semangat ukhuwwah yang tinggi jelas membuktikan kekuatan jemaah kita di peringkat cawangan.

Inilah asas kepada gerak kerja yang lebih tersusun dan padu. Setiap pandangan, setiap keputusan—semuanya demi memastikan perjuangan Islam terus subur dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Ayuh kita terus rapatkan saf, perkemaskan langkah dan istiqamah dalam perjuangan! 💪
Bersama kita bangkit, bersama kita kuat!

Kehadiran pagi tadi.Untuk Mesyuarat Agung Cawangan.
02/05/2026

Kehadiran pagi tadi.
Untuk Mesyuarat Agung Cawangan.

Address

Pekan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Tarbiyah Darul Ikhwan, Chini 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share