12/10/2024
Tahniah untuk kesemua 12 orang peserta Cabaran Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya Malaysia dari Pekan kerana berjaya mengharungi cabaran utk kejayaan hari ini. Tiada yang namanya berjaya tanpa usaha. Tiada yang namanya berhasil tanpa penat jerih. Tiada yang namanya tamat tanpa langkah pertama. Jangan berhenti setelah bermula...teruskan hingga ke garisan penamat.
Biarpun setiap perjalanan pasti ada dramanya (walau tak sehebat Akasia TV3) namun momennya tak dapat dilupa. Setiap jejak dan cabaran tak kan lengkap tanpa panas bahang dan lecah serta lumut di kolam matcha latte( yg faham je faham😁) Lelah usah ditanya kerana nak jawab pun dah tak berdaya. Maklumlah tinggi sangat pendakiannya.
Tapi itulah pengalaman yang mengajar erti kesabaran, erti kepayahan dan erti ketabahan.
Nak jadi orang memang senang, nak jadi insan hebat, itu yang sukar. Semoga kesemua peserta cabaran Pekan berjaya menjadi insan tangguh, pemimpin masa depan yang gemilang.
Anda layak untuk apa yang ada dapat hari ini kerana anda memang hebat👍
Ok...boleh dah simpan bowler hat dengan selempang sekejap...lepas ni fokus utk UASA pulak ye.