Persatuan Alumni Seri Pekan

Persatuan Alumni Seri Pekan ALUMNI SERI PEKAN, PEKAN, PAHANG.

POSTER UPDATE 02.HASIL KUTIPAN SUMBANGAN PEMBELIAN LAMPU SOLAR DAN PATUNG "RIMAU" PENGHALAU KERA LIAR UNTUK ANAK-ANAK SM...
05/05/2026

POSTER UPDATE 02.

HASIL KUTIPAN SUMBANGAN PEMBELIAN LAMPU SOLAR DAN PATUNG "RIMAU" PENGHALAU KERA LIAR UNTUK ANAK-ANAK SMK SERI PEKAN. KEMPEN BERMULA 16.04.2026 DAN JUMLAH KUTIPAN SETAKAT 05.05.2026 ADALAH RM864.87...PROGRESS SEBANYAK 11.5%...

โ€----------------------------------------------------------
Alhamdulillah.
Ada positive progressing.

Jom pakat kongsi sumbang sikit sorang atau "tong-tong" sikit-sikit sorang.

Sikit sorang, kalau dah beramai-ramai, in shaa allah jumlah yang nampak mustahil akan tercapai..
------------โ€----------------------------------------------

RM5 atau RM10 sorang pun Alhamdulillah dah.

RM1 sorang pun syukur sangat dah.

Tiada paksaan, sekadar termampu dan atas rasa pemberian ikhlas dalam diri masing-masing..

rasa ikhlas RM1, kita terima..
rasa ikhlas RM5, kita terima..
berapa berapa RM atau senยฒ pun, kita terima je..

PERSATUAN ALUMNI SERI PEKAN, PEKAN, PAHANG.
ROS NO.: (PPM-030-06-11012018)
AKAUN MAYBANK
556235317092

๐Ÿ’กUntuk sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh berhubung terus dengan Jawatankuasa Alumni Seri Pekan seperti berikut:

a) Pengerusi โ€“ Nazaruddin bin Umar (Naza) โ€“ 012-958 5287
b) Setiausaha โ€“ Mohd Firdaus bin Zainudin (Yus) โ€“ 010-887 1505
c) Bendahari โ€“ Azliyana binti Mohd Arif (Yana) โ€“ 014-838 2890

POSTER UPDATE 01 : HASIL KUTIPAN SUMBANGAN PEMBELIAN LAMPU SOLAR DAN PATUNG "RIMAU" PENGHALAU KERA LIAR UNTUK ANAK-ANAK ...
28/04/2026

POSTER UPDATE 01 : HASIL KUTIPAN SUMBANGAN PEMBELIAN LAMPU SOLAR DAN PATUNG "RIMAU" PENGHALAU KERA LIAR UNTUK ANAK-ANAK SMK SERI PEKAN. KEMPEN BERMULA 16.04.2026 DAN JUMLAH KUTIPAN SETAKAT 27.04.2026 ADALAH RM516.00....

Jauh lagi ni...

Jom pakat kongsi sumbang sikit sorang atau "tong-tong" sikit-sikit..

RM5 atau RM10 sorang pun Alhamdulillah dah.

RM1 sorang pun syukur dah.

Tiada paksaan, sekadar termampu dan atas rasa pemberian ikhlas dalam diri masing-masing..

rasa ikhlas RM1, kita terima..
rasa ikhlas RM5, kita terima..
berapa berapa RM je, kita terima..

๐Ÿ’กUntuk sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh berhubung terus dengan Jawatankuasa Alumni Seri Pekan seperti berikut:

a) Pengerusi โ€“ Nazaruddin bin Umar (Naza) โ€“ 012-958 5287
b) Setiausaha โ€“ Mohd Firdaus bin Zainudin (Yus) โ€“ 010-887 1505
c) Bendahari โ€“ Azliyana binti Mohd Arif (Yana) โ€“ 014-838 2890

๐ŸŒ™ KEMPEN SUMBANGAN LAMPU SOLAR SMK SERI PEKAN ๐ŸŒ™Setiap malam, ada anak-anak SMK Seri Pekan yang berjalan kaki pulang dari...
16/04/2026

๐ŸŒ™ KEMPEN SUMBANGAN LAMPU SOLAR SMK SERI PEKAN ๐ŸŒ™

Setiap malam, ada anak-anak SMK Seri Pekan yang berjalan kaki pulang dari kelas prep ke asrama dalam keadaan gelapโ€ฆ hanya bergantung pada cahaya lampu yang sangat terhad..

Bayangkan jika itu anak kita sendiri..

Atas keprihatinan ini, Alumni Seri Pekan mengambil inisiatif untuk menyediakan 10 unit lampu solar (200W) bagi menggantikan lampu jalan yang sudah tidak berfungsi, demi keselamatan dan keselesaan pelajar.

๐ŸŽฏ Sasaran kutipan: RM5,000
๐Ÿ“… Tarikh tutup kutipan: 31 Mei 2026

Setiap sumbangan anda bukan sekadar memberi cahaya, tetapi juga memberi rasa selamat, harapan, dan ketenangan kepada anak-anak ini.

๐Ÿ’› Marilah kita sama-sama berlumba-lumba dalam membuat amal jariah.
Sedikit dari kita, besar maknanya buat mereka.

๐Ÿ“Œ Sumbangan boleh disalurkan ke:
Maybank
Alumni Seri Pekan
No. Akaun: 5562 3531 7092
(Rujukan: Lampu Solar)

Atau scan QR yang disediakan.

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan.

โ€œTerangi jalan mereka hari ini, insyaAllah Allah terangi jalan kita di akhirat nanti.โ€

๐Ÿคฒ Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan anda.

๐Ÿ’กUntuk sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh berhubung terus dengan Jawatankuasa Alumni Seri Pekan seperti berikut:

a) Pengerusi โ€“ Nazaruddin bin Umar (Naza) โ€“ 012-958 5287
b) Setiausaha โ€“ Mohd Firdaus bin Zainudin (Yus) โ€“ 010-887 1505
c) Bendahari โ€“ Azliyana binti Mohd Arif (Yana) โ€“ 014-838 2890

๐Ÿค Sebarang bentuk kerjasama bersama Alumni Seri Pekan, termasuk sumbangan daripada pihak kerajaan, NGO, GLC mahupun individu, amatlah dialu-alukan demi manfaat dan kesejahteraan pelajar SMK Seri Pekan.

๐ŸŒฟ AYUH BERAMAL, DEMI KESELAMATAN ANAK-ANAK SERI PEKAN ๐ŸŒฟKehadiran kera liar dari kawasan hutan berhampiran semakin kerap ...
16/04/2026

๐ŸŒฟ AYUH BERAMAL, DEMI KESELAMATAN ANAK-ANAK SERI PEKAN ๐ŸŒฟ

Kehadiran kera liar dari kawasan hutan berhampiran semakin kerap mengganggu pelajar di sekolah dan asrama. Bukan sahaja menimbulkan ketakutan, malah turut merosakkan harta benda serta mengancam keselamatan anak-anak kita.

Sehubungan itu, pihak Alumni Seri Pekan mengambil inisiatif untuk menjalankan Kempen Sumbangan Pembelian Patung Harimau sebagai langkah pencegahan bagi menghalau kera-kera ini daripada terus menghampiri kawasan sekolah.

๐Ÿ’› Sasaran kutipan: RM2,500
๐Ÿฏ Untuk pembelian 20 patung harimau
๐Ÿ“ Akan ditempatkan di blok sekolah, aspura & aspuri (2 unit setiap blok)

Setiap sumbangan anda, walau sekecil mana, membawa makna besar dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar kita.

๐Ÿ“… Tarikh tutup kutipan: 30 Jun 2026
๐Ÿฆ Sumbangan boleh disalurkan ke:
Maybank: 5562 3531 7092
Alumni Seri Pekan
atau melalui imbasan QR yang disediakan.
(Rujukan: Patung Harimau)

โœจ Nampak kecil, tetapi besar manfaatnya.
โœจ Inilah peluang kita untuk berbakti dan menyumbang kepada generasi akan datang.

๐Ÿคฒ Marilah kita sama-sama berlumba-lumba dalam membuat amal jariah.

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi pahala berterusan dan dilipatgandakan ganjarannya.

Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan anda. โค๏ธ

๐Ÿ’กUntuk sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh berhubung terus dengan Jawatankuasa Alumni Seri Pekan seperti berikut:

a) Pengerusi โ€“ Nazaruddin bin Umar (Naza) โ€“ 012-958 5287
b) Setiausaha โ€“ Mohd Firdaus bin Zainudin (Yus) โ€“ 010-887 1505
c) Bendahari โ€“ Azliyana binti Mohd Arif (Yana) โ€“ 014-838 2890

๐Ÿค Sebarang bentuk kerjasama bersama Alumni Seri Pekan, termasuk sumbangan daripada pihak kerajaan, NGO, GLC mahupun individu, amatlah dialu-alukan demi manfaat dan kesejahteraan pelajar SMK Seri Pekan

Salam jumaat semua ALUMNI SERI PEKAN.InshaAllah esok, Sabtu 4/4/26, event GATHERING RAYA ALUMNI SERI PEKAN akan diadakan...
03/04/2026

Salam jumaat semua ALUMNI SERI PEKAN.

InshaAllah esok, Sabtu 4/4/26, event GATHERING RAYA ALUMNI SERI PEKAN akan diadakan.

Jika masih ada yang berminat untuk turut serta, masih boleh sahkan kehadiran dan terus membuat bayaran pada hari ini.

Dewasa bukan ahli berdaftar : RM35.00
Dewasa ahli berdaftar : RM30.00
Kanak-kanak 6-12 tahun : RM15.00

Akaun Maybank
ALUMNI SERI PEKAN
556235317092

Tempoh masa yang diberikan sehingga jam 6.00 petang ini sahaja.

Sebarang pertanyaan atau bukti pembayaran, boleh wasap :-

http://wasap.my/60108871505/GatheringRaya

===============

Antara guru yang inshaAllah akan turut serta ialah :

Cikgu Azian
Cikgu Jamiuddin
Cikgu Nurul Azam
Cikgu Din
Cikgu Hafiz
Cikgu Ms. Edilah
Ustazah Roslina
Cikgu A Wahab
Cikgu Miftah

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธAssalamualaikum semua.Hari ni 31/3/26 merupakan hari terakhir untuk pengesahan kehadiran dan bayaran u...
31/03/2026

โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

Assalamualaikum semua.

Hari ni 31/3/26 merupakan hari terakhir untuk pengesahan kehadiran dan bayaran untuk GATHERING RAYA ALUMNI SERI PEKAN yang akan diadakan pada 4/4/26 ini.

InshaAllah akan ada juga guru2 yang akan turut serta. Jom kita ramai2 memeriahkan majlis.

Hebahkan kepada semua alumni batch masing2. โ˜บ๏ธ

โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

18/03/2026

๐Ÿ“ข WARGA SMK SERI PEKAN, MASA UNTUK SUPPORT!๐Ÿ“ข

Dua video raya kita telah berjaya tersenarai dalam PERTANDINGAN anjuran Akademi Youtuber Malaysia! ๐ŸŽ‰โœจ

๐Ÿ’š โ€“ Balik Kampung Vibes (Warga SMKSP)
๐Ÿ’š โ€“ Mama Papa Raya Cover by SMKSP

Sekarang giliran kita tunjukkan semangat SMKSP! ๐Ÿ’ช

๐Ÿ‘‰ Tekan butang UNDI & LIKE sekarang
๐Ÿ‘‰ Share dekat kawan-kawan, family, group WhatsApp!
๐Ÿ‘‰ Lagi ramai undi, lagi tinggi peluang kita naik carta! ๐Ÿ“ˆ

โ€œSikit-sikit lama-lama jadi bukitโ€ฆ undi sikit, menang besar!โ€ ๐Ÿ˜‰

Jangan tunggu lama โฐ
Jom kita push sampai No.1! ๐Ÿ”ฅ

Mohon jasa baik para alumni untuk mengundi di link atas...
๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™

KLIK DI SINI:-

Jom tengok ๐ŸŽถ Balik Kampung vibes! ๐ŸŽถ Warga SMKSP bersama mencipta momen raya penuh ceria dan kenangan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan video raya ini๐ŸŒ™โœจ Salam lebaran! jangan lupa saksikan juga lagu raya ini di YouTube channel SPTV okey! #9 di TOP10RAYA!
https://top10raya.akademiyoutuber.com/index.php?video=75 https://top10raya.akademiyoutuber.com/index.php?video=75

Jom tengok MAMA PAPA RAYA COVER BY SMKSP #7 di TOP10RAYA!
https://top10raya.akademiyoutuber.com/index.php?video=73 https://top10raya.akademiyoutuber.com/index.php?video=73

KUTIPAN SUMBANGAN IKHLAS UNTUK KELUARGA ARWAH SYAKIR.Kepada alumni yang ingin memberikan sumbangan kepada keluarga arwah...
26/02/2026

KUTIPAN SUMBANGAN IKHLAS UNTUK KELUARGA ARWAH SYAKIR.

Kepada alumni yang ingin memberikan sumbangan kepada keluarga arwah Syakir melalui akaun ALUMNI SERI PEKAN, boleh berbuat demikian sehingga 28 Februari 2026 (Sabtu).

Maybank
Alumni Seri Pekan
556235317092

Pihak JKT Alumni Seri Pekan akan menyampaikan sumbangan kepada keluarga arwah selepas tarikh tersebut.

As salamu'alaikum..8 Ramadhan 1447H26 Februari 2026Menerima perkhabaran sedih dan dukacita bahawa seorang Alumni Seri Pe...
25/02/2026

As salamu'alaikum..

8 Ramadhan 1447H
26 Februari 2026

Menerima perkhabaran sedih dan dukacita bahawa seorang Alumni Seri Pekan (batch PMR 2000 & SPM 2002) di SMK Sei Pekan; Almarhum Mohamad Syakir Bin Md Yusof telah meninggalkan alam dunia dan menemui Pencipta awal pagi tadi jam 03:50 pagi.

โ€Žุงูู†ู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุงูู†ู‘ุง ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุฌูุนููˆู’ู†ูŽ
โ€ŽุฃูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ู„ูŽู‡ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ ูˆูŽุนูŽุงููู‡ ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ ูˆูŽุฃูŽูƒู’ุฑูู…ู’ ู†ูุฒูู„ูŽู‡ ูˆูŽูˆูŽุณูุนู’ ู…ูŽุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡

โ€œYa Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya"

Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.

Salam takziah buat balu almarhum dan seluruh ahli ahli keluarga almarhum di atas kehilangan...

Sesungguhnya kita semua milik Allah dan kepadaNya kita semua akan dikembalikan...

๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”

16/02/2026

Address

Pekan
26600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni Seri Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share