Darul Hadith an-Nabawi

Call Directions Website

Darul Hadith an-Nabawi Pusat Tahfiz al-Quran Sepenuh Masa, Pengajian Bahasa Arab, Daurah Hadith dan Majlis Ilmu. (HR Abu Dawuud, at-Tirmiziy & Ibnu Hibbaan.

Penguasaan bahasa arab merupakan asas pemahaman serta penghayatan al-Qur’an dan al-Hadith. Ini amat penting kerana penghayatan al-Qur’an dan al-Hadith adalah merupakan cara untuk memartabatkan diri seseorang secara khusus dan ummah secara umumnya. Selain itu, penguasaan bahasa Arab juga dapat meningkatkan pencapaian dalam pendidikan agama Islam secara khususnya dalam bahagian tafsir al-Qur’an dan al-Hadith. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab institusi pendidikan untuk memberi didikan kepada para pelajar bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Menyedari hakikat inilah, Darul Hadith an-Nabawiy terpanggil untuk menganjurkan Pusat Bahasa Arab dan Daurah Hadith. Pengajian ilmu hadith merupakan satu bidang yang sangat penting samada bagi peringkat individu, institusi pendidikan mahupun pengajian umum. Melalui ilmu ini, seseorang itu mendapat keyakinan atas setiap pegangan dan amalannya. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud radiAllahu ‘anhu, Rasulullaah sollallahu ‘alaihi wa sallam mendoakan keberkatan kepada para perawi hadith baginda.

نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا شَيْئًا فَبَلَّغَهُ كَمَا سَمِعَ فَرُبَّ مُبَلِّغٍ أَوْعَى مِنْ سَامِعٍ

"Semoga Allah memperindahkan seseorang yang mendengar sesuatu dariku kemudian dia sampaikan sebagaimana dia mendengarnya, maka boleh jadi orang yang mendengar lebih faqih dari yang menyampaikan". Disahihkan oleh al-Albaaniy di dalam Sahih at-Targhiib wa at-Tarhiib)

Semoga pahala berterusan kepada pemilik asal dewan pengajian ini yang juga merupakan pengasas DAHAN, Almarhum Maulana Ab...
29/10/2026

Semoga pahala berterusan kepada pemilik asal dewan pengajian ini yang juga merupakan pengasas DAHAN, Almarhum Maulana Abu Hammad, Wan Kamaruzaman bin Wan Musa.

Semoga roh beliau berada bersama roh para syuhada dan solihin.

🌙✨ IMPIKAN ANAK MENJADI HAFIZ AL-QURAN YANG BERILMU DAN BERAKHLAK MULIA?📖 PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU DAHAN KINI DIBUKA!S...
22/10/2026

🌙✨ IMPIKAN ANAK MENJADI HAFIZ AL-QURAN YANG BERILMU DAN BERAKHLAK MULIA?

📖 PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU DAHAN KINI DIBUKA!

Setiap ibu bapa pasti mengimpikan anak yang soleh, mencintai al-Quran, menjaga solat dan memiliki akhlak yang mulia. ❤️

Bayangkan suatu hari nanti, anak yang kita didik hari ini menjadi seorang hafiz al-Quran, bukan sekadar menghafaz kalam Allah, bahkan memahami agama dan mengamalkannya dalam kehidupan.

🌿 Di Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Hadith an-Nabawi (DAHAN), kami berusaha membentuk generasi huffaz yang bukan sahaja kuat hafazannya, tetapi juga berdisiplin, berilmu dan berakhlak mulia.

📚 ANTARA PENGAJIAN YANG DITAWARKAN:
✅ Tahfiz al-Quran sepenuh masa
✅ Tajwid dan Tahseen al-Quran
✅ Pengajian Bahasa Arab
✅ Pengajian Fiqh dan Hadith
✅ Kelas akademik asas

🏡 Kemudahan asrama disediakan.
👦 Terbuka kepada pelajar lelaki berumur 10 hingga 16 tahun.

🌟 TEMPAT ADALAH TERHAD!

Jangan lepaskan peluang untuk memberikan anak-anak pendidikan yang mendekatkan mereka kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah ﷺ.

📍 Lokasi: Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

📲 PERTANYAAN & PENDAFTARAN:
☎️ 011-26052770 (Mudir)
☎️ 019-9864670 (Pengelola)

💚 BANTU KAMI SEBARKAN PELUANG INI!

Mungkin anak kita sudah mempunyai tempat belajar yang baik, tetapi di luar sana masih ada ibu bapa yang sedang mencari pusat pengajian tahfiz untuk anak mereka.

👉 Kongsikan posting ini agar lebih ramai ibu bapa mendapat manfaat.

💬 Ibu ayah, apakah perkara paling utama yang anda harapkan daripada pendidikan tahfiz untuk anak-anak? Kongsikan pandangan di ruangan komen.

Semoga usaha kecil kita menjadi asbab lahirnya generasi pencinta al-Quran. 🤲

MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ YANG BERILMU, BERAKHLAK MULIA DAN BERJASA KEPADA UMMAH.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.Jutaan tahniah dan syabas diucapkan kepada 3 orang anak tahfiz DAHAN yang telah lu...
10/10/2026

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Jutaan tahniah dan syabas diucapkan kepada 3 orang anak tahfiz DAHAN yang telah lulus peperiksaan juzuk masing-masing pada minggu ini.

Mereka adalah Muhammad Adib Imran Bin Mohd Adnan (kiri) yang telah lulus hafazan juzuk 21, Ahmad Daniel Hafizie Bin Mohd Azli (tengah) yang telah lulus hafazan juzuk 14, dan Muhammad Qaish Rizqi Bin Muhammad Rozaini (kanan) yang telah lulus hafazan juzuk 10.

Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan serta menjadi pembakar semangat bukan sahaja kepada mereka bertiga, tetapi juga kepada rakan-rakan seperjuangan mereka yang lain, insyaAllah.


Cerita Rabu lepas, 30 September 2026.Sekadar mengisi hari cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.Bukan selalu dapa...
03/10/2026

Cerita Rabu lepas, 30 September 2026.

Sekadar mengisi hari cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.

Bukan selalu dapat peluang untuk bermandi keringat seperti ini.

Kami percaya minda yang cerdas hanya boleh lahir daripada badan yang cergas. Justeru, selain mengaji, bermain dan bers**an juga menjadi agenda utama kami di DAHAN.

Semoga Allah memberikan kesihatan tubuh badan dan kecerdasan akal fikiran kepada anak-anak ini, insyaAllah.



𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐀𝐊𝐇𝐋𝐀𝐊, 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐒𝐈𝐏𝐋𝐈𝐍Pendidikan bukan sekadar proses menyampaikan ilmu, tetapi merupakan usaha membentuk manusia ya...
26/09/2026

𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐀𝐊𝐇𝐋𝐀𝐊, 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐒𝐈𝐏𝐋𝐈𝐍

Pendidikan bukan sekadar proses menyampaikan ilmu, tetapi merupakan usaha membentuk manusia yang berfikir, beradab dan bertanggungjawab.

Ilmu yang tinggi tanpa akhlak boleh kehilangan arah. Sebab itu, pendidikan perlu berjalan seiring dengan pembentukan akhlak agar ilmu yang diperoleh mampu digunakan dengan cara yang benar dan memberi manfaat kepada orang lain.

Disiplin p**a melatih pelajar menghargai masa, mematuhi peraturan, menunaikan amanah serta bersungguh-sungguh dalam setiap tugasan. Daripada disiplin inilah lahir sikap bertanggungjawab dan ketekunan.

Apabila ilmu, akhlak dan disiplin dibina secara seimbang, pendidikan akan melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga matang dalam tindakan dan luhur peribadinya.

Inilah asas pendidikan yang sebenar iaitu membina manusia yang memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan negara.


📢 PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU KINI DIBUKA!🌿 Mahukan anak membesar bersama al-Quran, mendalami ilmu agama dan dalam masa y...
24/09/2026

📢 PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU KINI DIBUKA!

🌿 Mahukan anak membesar bersama al-Quran, mendalami ilmu agama dan dalam masa yang sama tidak meninggalkan asas akademik?

Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Hadith an-Nabawi (DAHAN) kini membuka pengambilan pelajar baharu bagi pelajar lelaki berumur 10 hingga 16 tahun.

📖 Antara pengajian yang disediakan:
• Tahfiz al-Quran sepenuh masa
• Tajwid & Tahseen al-Quran
• Bahasa Arab
• Fiqh & Hadith
• Akademik asas – Bahasa Melayu, Matematik, Sains & Sejarah

🏠 Kemudahan asrama disediakan

✨ Hasrat kami bukan sekadar melahirkan penghafaz al-Quran, tetapi membentuk generasi Huffaz yang berilmu, berakhlak mulia dan mampu memberi manfaat kepada ummah.

⚠️ PENGAMBILAN ADALAH TERHAD

📲 Untuk pertanyaan dan pendaftaran:
011-26052770 – Mudir
019-9864670 – Pengelola

📍 Darul Hadith an-Nabawi, Kubang Kerian, Kelantan
https://maps.app.goo.gl/r7AjfDHDj1M27AuK8

🤲 Bantu kami sebarkan. Mungkin satu perkongsian daripada anda menjadi jalan seorang anak memulakan perjalanan bersama al-Quran.

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
(HR. al-Bukhari)

/2027

🌿 INFAQ UNTUK GENERASI AL-QURAN 🌿Setiap hari, anak-anak tahfiz ini berusaha menghafaz kalam Allah dan menuntut ilmu. Sok...
18/09/2026

🌿 INFAQ UNTUK GENERASI AL-QURAN 🌿

Setiap hari, anak-anak tahfiz ini berusaha menghafaz kalam Allah dan menuntut ilmu. Sokongan kita membantu mereka meneruskan perjalanan ini. 💚

Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Hadith an-Nabawi (DAHAN) mengalu-alukan sumbangan tuan/puan bagi membantu keperluan pendidikan, penginapan, makanan harian dan kebajikan para pelajar.

Sedikit daripada kita, besar ertinya buat mereka. Marilah bersama menyumbang mengikut kemampuan, dengan keikhlasan dan harapan mendapat keredaan Allah.

🏦 BANK RAKYAT
No. akaun: 1102-4893-09
Nama akaun: PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUL HADITH AN-NABAWI

📲 Sumbangan juga boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster.

🤲 Semoga Allah menerima setiap sumbangan, memberkati rezeki para penyumbang serta mengurniakan kebaikan buat mereka dan keluarga.

Terima kasih atas sokongan dan doa tuan/puan. Sudi-sudikan juga berkongsi poster ini agar lebih ramai dapat bersama membantu pendidikan generasi al-Quran.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.Jutaan tahniah dan syabas diucapkan kepada 4 orang anak tahfiz DAHAN, (dari kiri) ...
17/09/2026

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Jutaan tahniah dan syabas diucapkan kepada 4 orang anak tahfiz DAHAN, (dari kiri) Muhammad Qaish Rizqi Bin Muhammad Rozaini yang telah lulus hafazan juzuk 9, Muhammad Zuldanish Aqiff B. Muhammad Zulhusni yang telah lulus hafazan juzuk 7, serta Jarir Bin Abdullah Kamal dan Abdurrahman Bin Mohd Azry yang masing-masing telah lulus hafazan juzuk 1.

Sesungguhnya perjalanan kalian berempat masih panjang dan ia menuntut pengorbanan, kesabaran, istiqamah dan tawakkal.

Semoga kejayaan yang lebih besar menjadi milik kalian di masa hadapan, insyaAllah. Diharapkan juga agar pencapaian ini menjadi penyuntik semangat kepada rakan-rakan mereka lain.


Cuti Hari Malaysia, kita masuk kebun p**a! Hari ini para pelajar DAHAN mengisi masa cuti dengan aktiviti menanam dan ber...
16/09/2026

Cuti Hari Malaysia, kita masuk kebun p**a!

Hari ini para pelajar DAHAN mengisi masa cuti dengan aktiviti menanam dan berkebun.

Belajar dalam kelas dan menghafaz al-Quran itu sudah menjadi rutin harian, namun sekali-sekala kaki kena merasa tanah juga.

Aktiviti seperti ini banyak mengajar tentang kerjasama, kesabaran, rajin berusaha dan menghargai hasil titik peluh sendiri.

Semoga apa yang ditanam hari ini tumbuh subur, dan dalam masa yang sama turut menyuburkan jiwa anak-anak DAHAN dengan nilai rajin, berdikari dan s**a memberi manfaat.

Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾





Address

1077 Belakang Klinik
Kubang Kerian
16150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Darul Hadith an-Nabawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby non profit organizations