Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan

  • Home
  • Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan
Call Directions Website Contact the organization

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan,Desa Rahmat,Jalan Guchil Bayam,Kota Bharu,Kelantan

Pusat Kebajikan & Pengajian Tahfiz

19/08/2026

Didiklah anak mengenal erti berkongsi rezeki, kerana tangan yang memberi akan sentiasa lebih mulia daripada tangan yang hanya menanti.

🚨 PENYERTAAN KINI DIBUKA! 🚨🏕️ KEM MOTIVASI & IKHTIAR HIDUP🌧️ Persediaan Menghadapi Bencana & Situasi KecemasanKem ini te...
10/08/2026

🚨 PENYERTAAN KINI DIBUKA! 🚨

🏕️ KEM MOTIVASI & IKHTIAR HIDUP
🌧️ Persediaan Menghadapi Bencana & Situasi Kecemasan

Kem ini terbuka kepada semua peringkat umur, bermula 15 tahun ke atas! 💪

Adik-adik, inilah masanya untuk belajar ilmu yang mungkin sangat berguna ketika berdepan situasi bencana. Jangan tunggu bencana berlaku baru kita nak belajar — buat persiapan dari sekarang!

🔥 Belajar asas ikhtiar hidup
🛟 Persediaan menghadapi bencana
🤝 Bina keyakinan & semangat berpasukan
🧠 Latih diri untuk kekal tenang dalam situasi kecemasan
❤️ Pengalaman, ilmu & kenangan yang pasti bermakna

📅 20–22 Ogos 2026
📍 Kem Latihan PASDA Malaysia Pantai Kemayang, Bachok, Kelantan
❤️ Bersama PEKAYATIM – Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan

Ayuh adik-adik! Jangan sekadar bersedia untuk hari ini — kita belajar untuk bersedia menghadapi apa sahaja yang mungkin berlaku. 💪🔥

Jom sertai kem ini dan lengkapkan diri dengan ilmu ikhtiar hidup! 🏕️🛟

Berminat boleh hubungi talian. :

014 518 8621 ( En Ammar )

📢 PENGAMBILAN INTERN DIBUKA! 🎓✨Sedang mencari tempat internship untuk menimba pengalaman sebenar dalam dunia pekerjaan? ...
09/08/2026

📢 PENGAMBILAN INTERN DIBUKA! 🎓✨

Sedang mencari tempat internship untuk menimba pengalaman sebenar dalam dunia pekerjaan?

Kami membuka peluang kepada pelajar IPTA/IPTS untuk menyertai team kami bagi posisi:

💼 ADMIN
💰 AKAUN

✨ Apa yang anda akan dapat? ✅ Pengalaman kerja sebenar dalam pengurusan pentadbiran & akaun
✅ Bimbingan secara hands-on
✅ Suasana kerja yang mesra & profesional
✅ Peluang menambah kemahiran dan pengalaman

📌 Kriteria:
* Pelajar IPTA/IPTS (Admin/Akaun atau bidang berkaitan)
* Rajin, bertanggungjawab & boleh bekerjasama
* Komited sepanjang tempoh internship

📍 Lokasi: Taman Desa Rahmat
📞 Hubungi: Pn. Ain – 011-1067 5130
📧 Email: [email protected]

🚀 Jangan lepaskan peluang untuk bina pengalaman & kemahiran anda bersama kami!

👉 Berminat? Hantar resume anda sekarang!

01/08/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.

Hari ini kami menerima sumbangan sebuah gazebo buluh yang bakal menjadi ruang rehat dan tempat adik-adik berkumpul, belajar serta mengisi pelbagai aktiviti di laman mereka.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang budiman atas kepercayaan dan keprihatinan ini. Semoga setiap manfaat yang dirasai oleh adik-adik menjadi amal jariah yang berpanjangan dan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT.

Sedikit demi sedikit, kita bina sebuah ruang yang lebih selesa, lebih ceria, dan lebih bermakna buat mereka. ❤️

28/07/2026

Rutin tambahan bagi mengekalkan momentum kesihatan adik-adik PekaYatim diteruskan dengan sesi kecergasan di Kompleks Sukan Panji.

Benarlah, akal yang cerdas lahir daripada badan yang cergas. Selain membina stamina dan disiplin, latihan ini juga menjadi sebahagian daripada persiapan fizikal mereka untuk menghadapi SUKYA 2026 nanti.

Doakan agar langkah kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang kuat jasmani, teguh rohani dan berdaya saing.

Cuma satu perkara lagi yang masih belum lengkap — baju kontinjen PekaYatim untuk SUKYA 2026 masih belum ada.

Kalau ada yang sudi menjadi penyumbang atau penaja, insya-Allah sumbangan anda akan menjadi sebahagian daripada perjalanan dan semangat anak-anak ini. ❤️

23/07/2026

Pencahayaan baharu di lapangan minda adik-adik. Alhamdulillah, kini ruang rehat mereka lebih terang, lebih selesa dan lebih tenang.

Semoga setiap detik di sini menjadi ruang untuk mereka berehat, belajar dan terus membina impian..

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed non profit organization?

Share