Pertubuhan Seni Silat Panglima Gayong Malaysia

Pertubuhan Seni Silat Panglima Gayong Malaysia PERTUBUHAN YG BERPUSAT DI NEGERI KELANTAN DI BAWAH NAUNGAN CIKGU SAZALI DATO MEOR ABDUL RAHMAN

Assalamualaikum wbt,Mohon sahabat-sahabat dan anak2 PANGLIMA GAYONG semua mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepa...
26/09/2025

Assalamualaikum wbt,
Mohon sahabat-sahabat dan anak2 PANGLIMA GAYONG semua mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Seorang pesilat lama dan jurulatih PSSP5GM Kuala Krai iaitu MOHD AIMAN BIN MOHD ALI ALIAS yang menghembuskan nafas terakhir di GUNONG STONG Tengahari tadi.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. 🤲

Al-Fatihah

Assalamualaikum wbt,Mohon sahabat-sahabat dan anak2 PANGLIMA GAYONG semua mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepa...
12/08/2025

Assalamualaikum wbt,
Mohon sahabat-sahabat dan anak2 PANGLIMA GAYONG semua mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Timb Guru Utama PSSP5GM iaitu abang ZUBER Bin ZAINAL ABIDIN yang menghembuskan nafas terakhir di HUSM Sbentar tadi.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. 🤲

Al-Fatihah

22/05/2025
21/05/2025

MAJLIS PENGANUGERAHAN SANDANG KEBESARAN PSSP5GM KALI - 2

ASSALAMUALAIKUM...SALAM SEGAYONG"Kami menyeru kepada semua anak-anak Panglima Gayong agar bersama-sama menadah tangan da...
09/05/2025

ASSALAMUALAIKUM...
SALAM SEGAYONG

"Kami menyeru kepada semua anak-anak Panglima Gayong agar bersama-sama menadah tangan dan mendoakan kesembuhan serta kesejahteraan buat tokoh persilatan tanah air , antarabangsa Yang Dihormati dan disayangi, DDRAM Dato' Dr. Raja Abdul Majid bin Md Esa, Pendita Utama Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang sempurna, dilindungi Allah SWT, dan terus diberi kekuatan dalam meneruskan perjuangan memartabatkan seni warisan bangsa."

Doa:

اللهم رب الناس أذهب البأس، واشفِ أنت الشافي، لا شفاء إلا شفاؤك، شفاءً لا يغادر سقمًا

Allahumma Rabb an-naas, adhhibil-ba’s, washfi anta ash-Shaafi, laa shifaa’a illaa shifaa’uk, shifaa’an laa yughaadiru saqaman.

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesakitan. Sembuhkanlah, Engkau-lah Penyembuh. Tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhan dari-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan kesakitan.”

Ikhlas dari :
Pertubuhan Seni Silat Panglima Gayong Malaysia

12-15 DISEMBER 2024 - KURSUS WASIT JURI KEBANGSAAN NEGERI KELANTAN DI AKADEMI PENGANGKUTAN JALAN WILAYAH TIMUR KOTA BHAR...
17/12/2024

12-15 DISEMBER 2024 - KURSUS WASIT JURI KEBANGSAAN NEGERI KELANTAN DI AKADEMI PENGANGKUTAN JALAN WILAYAH TIMUR KOTA BHARU..

PESAKA kelantan telah menganjurkan kursus wasit juri Kebangsaan tahap 3 negeri Kelantan.. PSSP5GM telah menghantar seramai 8 orang jurulatih utk menyertai kursus tersebut.. Kursus telah diadakan selama 4hari 3mlm di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah TImur...

Alhamdulillah dengan izinNya, kesemua wakil drp PSSP5GM telah berjaya Lulus dengan cemerlang dalam kursus tersebut dan bakal memikul tanggungjawab baru dalam dunia silat tanding dan seni...

ALHAMDULILLAH.... Terima Kasih kepada semua yg terlibat dan bg kerjasama secara langsung dan tidak langsung...

PANGLIMA.......GAYONG
PANGLIMA.......GAYONG
PANGLIMA.......GAYONG

31 OKT 1 NOV 2024 - KEJOHANAN SILAT REMAJA KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN di DEWAN MSN KELANTANPSSP5GM Telah mengh...
22/11/2024

31 OKT 1 NOV 2024 - KEJOHANAN SILAT REMAJA KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN di DEWAN MSN KELANTAN

PSSP5GM Telah menghantar pesilat dalam kejohanan silat olahraga remaja Kebangsaan peringkat Negeri Kelantan di dewan MSN Kelantan.. PSSP5GM telah menghantar 28 orang pesilat bg mewakili pertubuhan ke pemilihan Silat Remaja kebangsaan tersebut..

Alhamdulillah PSSP5GM telah menjadi juara keseluruhan dalam Kejohanan tersebut dengan pencapaian 15 pingat Emas drp 30 kategori yg dipertandingkan.. Tahniah dan syabas kepada pesilat yg berjaya...

Terima kasih kepada Jurulatih yang terlibat dalam menjayakan kejohanan tersebut.. Alhamdulillah

PANGLIMA.......GAYONG
PANGLIMA.......GAYONG
PANGLIMA.......GAYONG

31 OKTOBER 2024 - PERTANDINGAN PANGLIMA CILIK PSSP5GM PASIR MAS 2024 di SK MEKASAR.Alhamdulillah..  Panglima Gayong Cawa...
22/11/2024

31 OKTOBER 2024 - PERTANDINGAN PANGLIMA CILIK PSSP5GM PASIR MAS 2024 di SK MEKASAR.

Alhamdulillah.. Panglima Gayong Cawangan Pasir Mas telah berjaya menganjurkan PERTANDINGAN PANGLIMA CILIK PSSP5GM PASIR MAS 2024 yg diadakan pd 31/10/2024 .

Jutaan Terima Kasih kepada Penaja yang terlibat dan Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian . Moga Silat kita terus kearah generasi yang berakhlak .

Mudah-mudahan mereka semua menjadi Pendekar dan Srikandi yg berjaya di dunia dan di akhirat.
Insha-Allahu taala.

Tahniah buat semua anak-anak yg telah menyertai
pertandingan ini.

27 OKTOBER 2024 - PROGRAM BERSAMA POLIS.. PENCEGAHAN JENAYAH di MYDIN MALL TUNJONG...PSSP5GM telah dijemput untuk mengha...
22/11/2024

27 OKTOBER 2024 - PROGRAM BERSAMA POLIS.. PENCEGAHAN JENAYAH di MYDIN MALL TUNJONG...

PSSP5GM telah dijemput untuk menghadiri Program Bersama pihak polis Dalam program pencegahan Jenayah yg telah dibuat di Mydin Mall Tunjong.. Seramai 10 orang Jurulatih yang telah menyertai program tersebut..

Alhamdulillah Program telah berjalan dengan lancar dan jayanya.... Terima kasih buat pihak penganjur yang telah menjemput PSSP5GM untuk bersama-sama dalam majlis tersebut...

PANGLIMA...... GAYONG
PANGLIMA...... GAYONG
PANGLIMA...... GAYONG

25 OKTOBER 2024 - PEMILIHAN SILAT REMAJA KEBANGSAAN PERINGAT PSSP5GM..PSSP5GM telah membuat sesi pemilihan Silat Remaja ...
22/11/2024

25 OKTOBER 2024 - PEMILIHAN SILAT REMAJA KEBANGSAAN PERINGAT PSSP5GM..

PSSP5GM telah membuat sesi pemilihan Silat Remaja kebangsaan peringkat pertubuhan bg memilih pesilat terbaik bg mewakili PSSP5GM ke Kejohanan Silat Remaja Kebangsaan peringkat Negeri Kelantan..

Alhamdulillah program pemilihan berjalan dengan lancar dan jayanya.. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama jurulatih yg bekerjasama dalam menjayakan program tersebut..

PANGLIMA...... GAYONG
PANGLIMA...... GAYONG
PANGLIMA...... GAYONG

22 OKTOBER 2024 - PEMILIHAN SILAT REMAJA KEBANGSAAN PSSP5GM PERINGKAT CAWANGAN PASIR MAS..PSSP5GM Cawangan Pasir Mas tel...
22/11/2024

22 OKTOBER 2024 - PEMILIHAN SILAT REMAJA KEBANGSAAN PSSP5GM PERINGKAT CAWANGAN PASIR MAS..

PSSP5GM Cawangan Pasir Mas telah mengadakan sesi pemilihan Silat Remaja Kebangsaan yg dibuat bertempat di SMK TO'UBAN bg memilih pesilat Pasir Mas terbaik bg mewakili Pasir Mas utk menyertai pemilihan di Gelanggang Pusat PSSP5GM utk persediaan awl sebelum ke pemilihan peringkat negeri Kelantan...

Alhamdulillah program pemilihan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, terima kasih diucapkan kpd smua jurulatih yg terlibat....

PANGLIMA...... GAYONG
PANGLIMA...... GAYONG
PANGLIMA...... GAYONG

Address

Lot 832, Lorong Tali Air, Kg Tini Jalan Pasir Hor
Kota Bharu
15100

Telephone

+60183441089

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Seni Silat Panglima Gayong Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Seni Silat Panglima Gayong Malaysia:

Share