John Ambulans sinonim dengan Pertolongan Cemas dan perkhidmatan kemanusiaan lain di Malaysia dan di seluruh dunia. Sebagai organisasi peneraju utama pertolongan cemas di Malaysia sejak tahun 1908, St. John Ambulans Malaysia (SJAM) telah memberikan perkhidmatan Pertolongan cemas dan Penjagaan Perawatan di rumah kepada masyarakat yang memerlukannya dalam hampir semua acara awam dan swasta untuk mene
gakkan moto "Perkhidmatan Bagi Manusia". SJAM merupakan sebuah badan berkanun bukan kerajaan yang telah diperbadankan menerusi Akta 74, Akta (Perbadanan) St. Sukarelawanya terdiri daripada lebih dari 80,000 orang, telah juga memainkan peranan penting semasa bencana dan kecemasan di seluruh negara. SJAM Secara aktif berperanan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mempelajari kemahiran Pertolongan Cemas dan CPR untuk menyelamatkan nyawa. Dibiayai melalui sumbangan orang ramai, SJAM mengendalikan Perkhidmatan
Kecemasan dan Bukan Kecemasan di seluruh negara serta memberikan khidmat pertolongan cemas pada acara-acara awam. SJAM juga menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berpatutan kepada golongan yang berpendapatan rendah melalui pusat penjagaan perawatan, pusat penjagaan luka, klinik bergerak, perkhidmatan ambulans dan pusat hemodialisis. Kami terus berusaha untuk mempertingkatkan kualiti untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua rakyat Malaysia. pada zaman british telah bermula penubuhan persatuan yang berfokus kepada operasional dan
menawarkan perkhidmatan kesihatan. Antaranya adalah seperti St John Ambulance
Association (SJAA) yang telah ditubuhkan di negara ini pada tahun 1908. Pada peringkat ini
pertubuhan ini memfokuskan aktiviti mereka dengan menyediakan program kesedaran
berkaitan pertolongan kecemasan kepada orang ramai. Semasa Perang Dunia kedua, St John
Ambulance adalah merupakan satu-satunya pertubuhan yang terlibat secara langsung dengam
menyediakan perkhidmatan kecemasan. Manakala sebuah lagi persatuan berkaitan yang
mempunyai dengan British yang dibawa masuk ke negara ini adalah Malaysian Red Cross Association yang dibawa masuk pada tahun 1948. John Ambulance telah diasaskan di Malaya pada tahun 1908 oleh sekumpulan pegawai perubatan British yang berkhidmat dibawah the Colonial Medical Service in the Federated Malay States (FMS) and Straits Settlements. Kapt. Dr. John Sutton Webster (Singapura), Dr. Richard Desmond Fitzgerald (Johor) dan Encik Mr.Arthur Mitchell Goodman (Kuala Lumpur) adalah anggota pengasas St. John Ambulance. Lihat http://www.sjam.org.my/about-us/history/the-humble-beginning untuk maklumat lanjut. Diakses pada 23
Oktober 2017. MISI PERSATUAN
Kami komited kepada kecemerlangan dalam kerja-kerja kami dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Ini boleh dicapai melalui :
1. Bekerja sebagai satu pasukan dalam suasana yang mesra dan saling menghormati antara satu sama lain.
2. Mengorbankan masa dan tenaga untuk persatuan.
3. Sentiasa berusaha untuk meningkatkan organisasi persatuan dan diri sendiri.
4. Bersedia dalam menghadapi masalah dan dalam menerima cabaran.
5. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
6. Bekerja keras dalam menghasilkan sumber kewangan untuk meneruskan perkhidmatan sukarela dan kemanusiaan. VISI PERSATUAN
• Untuk menjadi badan yang teratur dan berdedikasi kepada Perkhidmatan Bagi Manusia, yang dipandang tinggi oleh semua, serta menjadi kebangaan rakyat dalam menyumbang secara positif kepada pembangunan negara kita. MATLAMAT PERSATUAN
• Memberi pertolongan cemas kepada individu yang mengalami kemalangan atau bencana alam atau perkhidmatan 'Pra-Hospital' kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
• Mengukuhkan perhubungan & pertalian silaturrahim dalam kalangan ahli dan rakan sejawatan