26/10/2026
CINTA ALLAH & RASULULLAH
Meor Shamshir
AGIHAN TELUR KEPADA AHLI KELAB KEBAJIKAN ASNAF KELANTAN
AHAD 14 JAMADILAWAL 1448H / 25 OKT 2026
"Telur tinggal 2 biji jah lagi. Pagi ni Kelab bagi sumbangan telur. Alhamdulillah terima kasih penyumbang dan Kelab." - Fatihah
"Minggu lepas habis telur. Hari ni Kelab bagi sumbangan telur. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Terima kasih penyumbang." - Zuraida
"Terima kasih penyumbang dan Kelab bagi telur. Kak nak balik masak untuk buat bekal anak. Dia ada kelas KAFA. Alhamdulillah rezeki anak-anak." - Dahlia
Inilah antara kisah mereka di hujung bulan.
Telur dan beras antara barang keperluan asas yang perlu ada di setiap rumah.
Cik Syuhadah mewakili pihak pengurusan Kelab mengagihkan sumbangan telur kepada 30 ahli Kelab.
Ketika mereka sampai, terukir senyuman di wajah mereka. Ada yang berulang kali ucap terima kasih kerana apabila anak-anak balik dari sekolah, ada lauk yang terhidang di rumah.
Syukur alhamdulillah. Di kala ibu ayah menunggu gaji mingguan atau bantuan SARA masuk, Allah hadirkan insan-insan berhati mulia berkongsi rezeki bersama mereka.
Terima kasih Pn. HA atas sumbangan yang diberikan. Sumbangan ini sangat bermakna buat mereka. Semoga Pn. HA sekeluarga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt. Ameen 🤲
Sekiranya Tuan/Puan ada berhajat untuk memberi bantuan barang keperluan asas, boleh hubungi 013-9772596 Cik Syu (Pengurus Operasi KKAK) atau sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank Kelab:
RHB
25301600010751
Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan
P/s: FOODBANK
Semoga para penyumbang sentiasa dalam jagaan Allah swt selalu. Ameen 🤲
Terima kasih Allah, terima kasih Rasulullah.