PAS Kawasan KOTA BHARU

Call Directions Contact the organization

PAS Kawasan KOTA BHARU Pusat Pentadbiran Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Kota Bharu

20/10/2026

CERAMAH JELAJAH HIMPAK
20 OKTOBER 2026

SELASA

HIMPUNAN DAN MUNAJAT PENYATUAN UMMAH KOTA BHARU

20/10/2026

🔴 LIVE CERAMAH JELAJAH HIMPAK PARLIMEN KOTA BHARU

Kupasan menarik mengenai isu-isu semasa, perkembangan politik tanah air serta agenda penyatuan ummah.

🎙️ PENCERAMAH JEMPUTAN:
🔹 YB Dato’ Dr. Azman Ibrahim
🔹 YB Ustaz Haji Kamal Ashaari

📅 Tarikh: Selasa, 20 Oktober 2026
⏰ Masa: 8.30 malam
📍 Lokasi: Perkarangan Wisma PAS Kawasan Kota Bharu

📡 Siaran langsung menerusi Facebook PAS Kota Bharu.

Semoga perkongsian dan perbincangan pada malam ini memberikan manfaat, memperluas kefahaman masyarakat serta membuka ruang wacana mengenai kepentingan ummah dan masa depan negara.

KARNIVAL RAKYAT KELANTAN 2026 — PELBAGAI PROGRAM MENANTI ANDA!Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-36 Pentadbiran Membangun B...
20/10/2026

KARNIVAL RAKYAT KELANTAN 2026 — PELBAGAI PROGRAM MENANTI ANDA!

Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-36 Pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI), pelbagai program menarik telah disusun untuk rakyat Kelantan sepanjang tiga hari penganjuran Karnival Rakyat Kelantan 2026.

Daripada aktiviti keluarga, pameran digital dan teknologi, festival makanan serta pertandingan sukan rakyat hinggalah ke kuliah ilmu, bicara ulama, persembahan kesenian Islam dan program kerohanian — semuanya menawarkan pengisian yang pelbagai untuk dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Inilah peluang untuk kita meluangkan masa bersama keluarga, bertemu sahabat handai, menimba ilmu dan mengeratkan ukhuwah dalam suasana penuh kemeriahan.

📅 22 – 24 Oktober 2026 (Khamis – Sabtu)
📍 Dataran Warisan dan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

Jom rakyat Kelantan! Luangkan masa bersama keluarga dan sahabat untuk sama-sama memeriahkan program yang telah disusun.

Kita jumpa di Karnival Rakyat Kelantan 2026! ❤️💚



𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗖𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 (𝗣𝗖𝗕), 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗕𝗛𝗔𝗥𝗨, 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡Dimaklumkan bahawa Pantai Cahaya Bulan (PC...
19/10/2026

𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗖𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 (𝗣𝗖𝗕), 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗕𝗛𝗔𝗥𝗨, 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡

Dimaklumkan bahawa Pantai Cahaya Bulan (PCB) ditutup sementara mulai 24 Ogos 2026 hingga 23 April 2028 (87 minggu) bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Projek Membina Gerai dan Kemudahan Awam di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.

Sehubungan itu, semua penjaja dan orang awam dimohon mengambil maklum mengenai penutupan ini serta memberikan kerjasama dengan tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan atau memasuki kawasan projek sepanjang tempoh pembinaan bagi memastikan kerja-kerja pembinaan dapat dilaksanakan dengan lancar serta menjamin keselamatan semua pihak sepanjang tempoh projek.

Pihak majlis memohon maaf atas segala kesulitan dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama serta pemahaman semua pihak.

💚 HIMPAK KELANTAN 2026: HIMPUNAN, MUNAJAT DAN PENYATUAN UMMAH 💚KELANTAN TETAP HIJAU!Seluruh rakyat Kelantan, khususnya w...
19/10/2026

💚 HIMPAK KELANTAN 2026: HIMPUNAN, MUNAJAT DAN PENYATUAN UMMAH 💚

KELANTAN TETAP HIJAU!

Seluruh rakyat Kelantan, khususnya warga Kota Bharu dan sekitarnya, dijemput hadir beramai-ramai ke Himpunan & Munajat Penyatuan Ummah (HIMPAK) Kelantan 2026, bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-36 Pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI).

Program ini menghimpunkan pelbagai pengisian merangkumi kerohanian, keilmuan, kemasyarakatan dan aktiviti rakyat dalam suasana ukhuwah serta kebersamaan.

📌 PELBAGAI PENGISIAN MENARIK MENANTI ANDA!

💚 Himpunan HIMPAK Kelantan
🤲 Solat Hajat & Munajat Perdana
🕌 Kuliah Maghrib Perdana bersama Ustaz Azhar Idrus
🎪 Karnival Rakyat Kelantan
🎤 Pentas anak muda, muslimat dan ulama
🏛️ Pameran agensi keselamatan, digital dan teknologi
🍽️ Food Festival serta pelbagai aktiviti keluarga

📅 TARIKH: 22–24 Oktober 2026
📍 LOKASI: Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

🗓️ JUMAAT, 23 OKTOBER 2026
Antara pengisian utama ialah Kuliah Maghrib Perdana pada jam 7.30 malam serta Solat Hajat dan Munajat Perdana selepas solat Isyak.

🔥 AYUH WARGA KELANTAN!

Marilah kita bersama-sama memeriahkan himpunan ini, mengimarahkan majlis ilmu dan munajat serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Bawa keluarga, ajak sahabat dan sebarkan hebahan ini agar lebih ramai dapat bersama-sama menyertai program yang telah disediakan.

KELANTAN TETAP HIJAU — MEMBANGUN BERSAMA ISLAM!





CERAMAH JELAJAH HIMPAK PARLIMEN KOTA BHARUHIMPUNAN & MUNAJAT PENYATUAN UMMAHPenyatuan ummah merupakan asas penting dalam...
19/10/2026

CERAMAH JELAJAH HIMPAK PARLIMEN KOTA BHARU

HIMPUNAN & MUNAJAT PENYATUAN UMMAH

Penyatuan ummah merupakan asas penting dalam membina kekuatan masyarakat, memelihara prinsip perjuangan serta menentukan hala tuju masa depan negara.

Dalam menghadapi perkembangan politik dan cabaran semasa, ruang wacana yang terbuka dan berilmiah amat penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat serta memperkukuh kefahaman terhadap isu-isu yang menyentuh kepentingan ummah dan negara.

Sehubungan itu, seluruh warga Kota Bharu dijemput hadir ke Ceramah Jelajah HIMPAK Parlimen Kota Bharu, yang menghimpunkan tokoh jemputan bagi menyampaikan pandangan dan kupasan berkaitan isu semasa, politik tanah air serta agenda penyatuan ummah.

🎙️ PENCERAMAH JEMPUTAN

🔹 YB Dato’ Dr. Azman Ibrahim
🔹 YB Ustaz Haji Kamal Ashaari

📅 Tarikh: Selasa, 20 Oktober 2026
⏰ Masa: 8.30 malam
📍 Tempat: Perkarangan Wisma PAS Kawasan Kota Bharu

Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi bersama-sama menjayakan perhimpunan ini, memperluas wacana masyarakat dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam usaha memperkukuh penyatuan ummah.

📢 Ayuh warga Kota Bharu, luangkan masa untuk hadir dan bersama-sama menghayati mesej penyatuan ummah. Jemput keluarga, sahabat dan kenalan serta sebarkan maklumat program ini kepada masyarakat.

BERSAMA MEMPERKUKUH UKHUWAH, MEMPERTEGUH PRINSIP DAN MEMBINA KEKUATAN UMMAH.





Di bandar Kota Bharu, masyarakat berbilang kaum dapat duduk semeja untuk makan dan minum bersama di kedai kopi.Kehidupan...
17/10/2026

Di bandar Kota Bharu, masyarakat berbilang kaum dapat duduk semeja untuk makan dan minum bersama di kedai kopi.

Kehidupan yang aman dan harmoni ini merupakan antara nilai yang diajarkan oleh semua agama, tanpa mengira bangsa, keturunan mahupun anutan masing-masing.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena sambutan Kui Ong Tai Tee di Taman Limau Manis, dekat sini.

Turut hadir Ahli Dewan Negeri (ADN) Bunut Payong, Shaari Mat Yaman, serta Pengerusi Pertubuhan Tow Boo Keong Kiu Ong Tai Tay, En. Choon Yek Leong.

“Suasana saling menghormati ini telah wujud sejak sekian lama dan diwarisi turun-temurun daripada datuk nenek moyang kita.

“Kita adalah siong ti, adik-beradik, bercakap loghat yang sama dan makan nasi berlauk yang sama,” ucap Takiyuddin yang disambut tepukan hadirin.

Beliau berkata, kewujudan Pertubuhan Tio B**g Kong sejak tahun 1976 membuktikan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini mempunyai ruang untuk menjalankan aktiviti masing-masing dalam suasana aman dan harmoni.

“Arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata, asal ada agama sudah cukup baik. Ikutlah agama masing-masing, buat baik, bersatu padu dan hidup dalam perpaduan kerana semuanya merupakan ajaran agama,” katanya.

Menurutnya, walaupun kerajaan negeri Kelantan meletakkan Islam sebagai dasar pentadbiran, semua lapisan masyarakat tetap diberikan layanan yang adil, termasuk dalam aspek kebajikan.

Sementara itu, Shaari ketika menyampaikan ucapan alu-aluan berkata, pihaknya sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan persatuan dan penduduk di kawasan Limau Manis.

Menurut beliau, kerjasama tersebut turut membolehkan pelbagai isu setempat dibincangkan dan diusahakan penyelesaiannya, termasuk masalah longkang tersumbat yang menyebabkan air bertakung ketika musim banjir.

“Kita sentiasa berusaha bersama-sama menyelesaikan isu yang dihadapi penduduk demi memastikan kesejahteraan dan keselesaan masyarakat setempat terus terpelihara,” katanya.

Beliau turut berharap agar keharmonian dan hubungan baik antara masyarakat berbilang kaum di Kelantan terus dipelihara serta diwarisi oleh generasi akan datang, sekali gus mengelakkan berlakunya insiden yang boleh menjejaskan perpaduan seperti yang berlaku di tempat lain.

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) yakin isu penggantungan semua aktiviti gabungan parti politik itu oleh Pertubuhan Pe...
27/09/2026

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) yakin isu penggantungan semua aktiviti gabungan parti politik itu oleh Pertubuhan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, gabungan itu mempunyai tempoh 30 hari atau sebulan, iaitu sehingga 22 Oktober ini untuk memberikan penjelasan kepada RoS berhubung isu berkaitan aduan difailkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap PN.

Katanya, kepemimpinan PN kini sedang mengadakan perbincangan bagi menyediakan jawapan dan penjelasan kepada RoS berhubung perkara berkenaan.

“Kita ada masa sehingga 30 hari atau sebulan. Kita sedang berbincang untuk membuat jawapan-jawapan dan penjelasan kepada RoS. Mungkin dalam tempoh dua minggu kita boleh selesaikan perkara ini,” katanya selepas Majlis Perasmian Karnival Cakna Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong di Lembah Sireh, di sini hari ini.

Takiyuddin berkata, beliau melalui peguamnya telah menulis surat kepada Ketua Pengarah RoS bagi memohon pertemuan dengan barisan kepemmpinan PN untuk mendapat dan memberikan penjelasan berhubung tindakan penggantungan tersebut.

“Semalam kita sudah hantar surat kepada beliau (Ketua Pengarah RoS). Jadi kita harap sebagai agensi yang mengawal selia pertubuhan, apabila suatu pertubuhan dikenakan tindakan, berilah ruang untuk kita berjumpa.

“Kita mahu minta penjelasan dan kita mahu beri penjelasan. Pokoknya kena jumpalah dengan kita. Kalau tidak jumpa beliau, kita hendak jumpa siapa lagi?,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan penggantungan RoS itu sekali gus membolehkan hasrat Bersatu tercapai atau sebaliknya, Takiyuddin berkata, perkara tersebut perlu ditanya sendiri kepada parti berkenaan.

“Sama ada hasrat tercapai atau tidak, kena tanya Bersatu sendiri. Namun perlu ingat bahawa Bersatu juga berada dalam Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Saya tidak mahu ulas panjang perkara itu. Kena pergi tanya kerajaan negeri berkenaanlah. Mereka (Bersatu) berada dalam kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pas. Jadi kena tanya kerajaan negerilah,” katanya.

Terdahulu, RoS dilapor mengeluarkan perintah penggantungan semua kegiatan PN di bawah subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) bagi menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan pertubuhannya.

PN guna logo PASKota Bharu: Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Neg...
26/09/2026

PN guna logo PAS

Kota Bharu: Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya penggantungan gabungan parti itu berterusan.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, soal penggunaan logo bukan isu besar di Melaka, sebaliknya pihaknya akan melihat kepentingan berdasarkan keadaan semasa.

Beliau berkata, PAS tiada masalah menggunakan logo parti itu dan Bersatu juga diminta bertanding menggunakan logo parti mereka sendiri.

Katanya, dalam pilihan raya tidak semestinya parti bertanding guna logo sendiri seperti yang berlaku pada 2018 apabila DAP, PKR dan BERSATU menggunakan logo PKR.

"Jadi, tidak semestinya parti-parti itu (parti dalam PN) menggunakan logo sendiri. Mereka boleh menggunakan logo mana-mana parti yang menunjukkan mereka ini bersatu bersama.

"Jadi, apa salahnya kalau ada satu dalam kalangan gabungan parti ini, iaitu PAS ke, parti lain juga menggunakan logo berkenaan. Tidak menjadi kesalahan dari sudut undang-undang.

"Ini antara pilihan yang kita ada sekiranya PN masih digantung," katanya ketika ditemui di Program Karnival Cakna Rakyat Bunut Payong, di sini, hari ini.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berkuat kuasa Rabu lalu bagi memberi laluan kepada PRN Melaka ke-16.

PRN Melaka ke-15 pada 20 November 2021 menyaksikan BN membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 21 daripada keseluruhan 28 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi lima kerusi dan PN dua kerusi.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sebelum ini mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN berkuat kuasa 23 September lalu mengikut Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).

Notis terbabit meminta PN memberi penjelasan berhubung aduan yang dikemukakan BERSATU kepada jabatan itu.

Takiyuddin nafi PAS diberikan tujuh kerusi DUN MelakaKOTA BHARU: Penggantungan semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) ol...
26/09/2026

Takiyuddin nafi PAS diberikan tujuh kerusi DUN Melaka

KOTA BHARU: Penggantungan semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak menjejaskan rundingan Pas dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, rundingan bersama BN berjalan lancar dan kini mencapai tahap lebih 50 peratus.

Katanya, rundingan itu berlandaskan prinsip penyatuan ummah atau penyatuan orang Melayu-Islam yang sering ditekankan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Penyatuan ummah ini telah diterima oleh majoriti rakyat Malaysia termasuk dalam kalangan bukan Melayu sendiri. Sebab penyatuan dan perpaduan ini mewujudkan kestabilan.

“Semua orang mahukan kestabilan dari segi politik mahupun ekonomi. Jadi kita tidak ada masalah,” katanya selepas Majlis Perasmian Karnival Cakna Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong di Lembah Sireh, di sini hari ini.

Takiyuddin menafikan dakwaan Pas diberikan tujuh kerusi DUN Melaka, sebaliknya menegaskan perkara tersebut belum diputuskan dan masih dalam perundingan.

Address

Wisma PAS Kawasan Kota Bharu, Jalan Abdul Kadir Adabi, Berek 12
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6097414467

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan KOTA BHARU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Kawasan KOTA BHARU:

Shortcuts

Share