18/04/2026
Syukur ke hadrat Ilahi, Alhamdulillah Majlis Hari Raya sebagai penutup Syawal telah berlangsung dengan penuh sempurna dan meriah di Pusat Operasi Kelab Santuni Asnaf Kelantan.
Majlis ini menjadi wadah pertemuan yang mengeratkan ukhuwah antara para asnaf dan para penyumbang, diraikan dengan pelbagai jenis juadah yang dikongsi serta dinikmati bersama.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir membawa juadah serta memberikan sumbangan demi menjayakan majlis ini. Kehadiran dan sokongan anda semua telah menghidupkan suasana penuh kasih sayang dan kebersamaan.
Ucapan teristimewa ditujukan kepada penyumbang utama majlis iaitu Puan Aida, Puan Norzaliza Helmi, Datin Nani, Mr Lucky iaitu En Amir, dan Puan Zarima. Sumbangan ikhlas anda amat dihargai dan menjadi pemangkin kejayaan program raya tahun 2026 ini.
Tidak dilupakan juga kepada semua penyumbang lain yang turut memberikan sumbangan, sokongan dalam pelbagai bentuk. Semoga segala usaha dan kebaikan yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta diberkati Allah SWT.
Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang menjayakan Majlis Hari Raya 2026. Semoga ukhuwah yang terjalin terus mekar dan menjadi inspirasi untuk kita terus berbakti kepada masyarakat.