ISMA Sungai Petani

ISMA Sungai Petani Isma adalah sebuah gerakan Islam yang komited dengan agenda dan perjuangan Islam dalam segenap bidang kehidupan dan lapisan masyarakat.

ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita. ISMA juga bergerak aktif di tengah-tengah masyarakat untuk mengurangkan gejala-gejala sosial di kalangan remaja mahupun golongan dewasa. Program-program yang dilaksanakan menjurus

kepada penghayatan kehidupan beragama dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Dengan misi untuk “mengesani” masyarakat, ISMA komited akan mencapai matlamat penubuhannya apatah lagi ISMA mempunyai ahli-ahli yang konsisten dalam melaksanakan usaha-usaha yang dijalankan. ISMA Cawangan Sungai Petani adalah salah satu daripada cawangan-cawangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Malaysia

10/03/2026

MISI MEMBURU LAILATUL QADR, 10 MALAM TERAKHIR

Sepuluh malam terakhir Ramadan merupakan waktu yang paling dinantikan oleh umat Islam untuk meningkatkan amal ibadah dan memburu kehadiran Lailatul Qadr, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Marilah kita memanfaatkan malam-malam ini dengan memperbanyakkan solat, doa dan bacaan Al-Quran, serta menghidupkan suasana Ramadan bersama keluarga dan komuniti dengan amal kebaikan.

23/12/2025

Melihat jumlah tentera Parsi yang begitu ramai, Saidina Khalid meminta Saidina Abu Bakar untuk menghantar tentera bantuan. Namun, sebuah keputusan yang mengejutkan penduduk Madinah, Saidina Abu Bakar hanya menghantar seorang sahabat bernama Al-Qa’qa’ bin Amru. Beliau menegaskan bahawa tentera yang ada di dalamnya Al-Qa’qa’ tidak akan dikalahkan. Ia umpama seribu orang lelaki.

Ketika Ghazwah Al-Salasil ( the battle of chains) berlaku, ia telah memberi tamparan yang hebat kepada Kerajaan Parsi, apabila Saidina Khalid al-Walid telah menewaskan panglima Hormoz. Panglima Hormoz cuba bermain taktik yang kotor, apabila cuba membunuh Saidina Khalid dengan melanggar kod etika peperangan. Namun Al-Qa’qa sahaja yang sedar tentang taktik itu, lalu menggagalkannya.

Dengarkan lagi kisah penuh yang menakjubkan, selamat menonton!

https://youtu.be/KbjLFLqPmYM

Sumbangan untuk MUIS TV :

Bank Rakyat
Pertubuhan Muafakat Ilmuan Islam
1102257059

23/12/2025

𝗗𝗢𝗔 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗝𝗔𝗕

Diriwayatkan oleh Sayyidina Anas Bin Malik R.Anhu,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ قَالَ:

Bahawa Nabi SAW, apabila masuknya bulan Rejab, Baginda SAW akan bersabda:

”اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ.“

“Ya ALLAH, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau pertemukan kepada kami dengan bulan Ramadhan.”

23/12/2025

PEMBUDAYAAN AMALAN ISLAM BUKAN BIDAAH YANG HARAM

Terlintas di laman media sosial, video seorang ustaz yang memberi cadangan untuk membuang paparan lafaz niat iktikaf di masjid dengan alasan lafaz niat iktikaf tidak diajar oleh Nabi. Saya tidak gemar dengan pandangan sebegitu kerana akan mengelirukan dan tidak jelas ke arah mana kita hendak bawa masyarakat.

Islam ini luas. Ulama setempat di mana-mana negara umat Islam mengambil ajaran dan amalan Islam yang luas itu lalu disusun bersesuaian dengan jiwa masyarakat setempat. Khilaf yang luas dikecilkan dengan mengambil pandangan yang bersesuaian. Pandangan lain yang berbeza didiamkan bukan kerana tidak tahu atau jahil tetapi itulah kebijaksanaan ulama dalam mendidik masyarakat agar menjadi umat yang beramal dan bukan umat yang berteori.

Contohnya lagi, al-Quran boleh dibaca dengan pelbagai qiraat. Banyak negara mengambil bacaan Hafs bahkan menulis mushaf juga dengan tulisan yang boleh dibunyikan dengan qiraat Hafs. Tetapi tidak salah bagi negara-negara seperti Maghribi dan sekitarnya untuk hanya mengajar masyarakatnya dengan bacaan Warsy. Kalaulah ulama mengambil pendekatan 'edisi bongkar' bahawa al-Quran boleh dibaca pelbagai bentuk kepada masyarakat luar dari lingkungan ilmuwan Islam pasti akan berlaku kekeliruan yang banyak.

Saya berpendapat, ulama Melayu dulu cerdik dan amat memahami ajaran agama dan tabiat masyarakat Melayu. Mereka menyempitkan pandangan-pandangan ulama yang banyak lalu memilih yang bersesuaian dengan masyarakat Melayu. Amalan-amalan yang dipilih itu dibudidayakan sehingga sebati lalu masyarakat menjadi masyarakat beragama dengan budaya itu.

Oleh itu, kita melihat amalan zikir selepas solat yang tersusun zikir-zikirnya yang membezakan orang Melayu dan bangsa lain. Selawat dengan lafaz khusus dalam selang antara rakaat tarawih juga budaya orang Melayu. Mungkin ada yang akan kata ada amalan yang lebih afdal. Tapi apa yang dipilih oleh ulama dulu tidak boleh dikatakan sebagai salah, tetapi itu hanya isu khilaf yang dikaifiat menjadi satu tertib tertentu.

Berbalik kepada isu paparan lafaz iktikaf, ini sekadar isu pembudayaan sahaja. Mungkin tidak perlu kepada ustaz yang mencadangkan agar ianya dibuang. Tetapi masyarakat kita yang tidak sealim beliau mungkin memerlukannya. Isu melafazkan niat adalah topik yang ulama bincangkan panjang. Medan perbincangannya adalah dalam kalangan ilmuwan agama dan penuntut ilmu agama. Cukuplah di situ.

Masyarakat jika mendengar pandangan mazhab lain yang mengatakan kalau bersahur itu sudah cukup menandakan bahawa dia dikira sudah berniat untuk berpuasa tanpa perlu lafaz, atau mendengar pandangan mazhab lain yang mengatakan bila kita berwuduk itu sudah dikira berniat untuk solat zohor sudah tentu akan keliru lalu mula salah menyalah dan terlajak sampai memperlekeh ulama silam. Rentetan itulah yang sedang berlaku sekarang, apabila ustaz itu mempertikaikan lafaz niat iktikaf dan paparan niat tersebut di masjid.

Seseorang dilihat berilmu bukan kerana dapat memuntahkan segala yang dia tahu tetapi, dianggap berilmu jika berjaya membawa masyarakat menjadi beradab dalam mengamalkan agama.

Itulah yang dilakukan oleh ulama Melayu dahulu. Mereka menyaring khilaf ulama yang mereka juga tahu seperti ustaz itu, lalu menyusun amalan untuk orang Melayu dalam kitab Perukunan. Kitab Perukunan 'menyembunyikan' pandangan ulama lain yang 'dibongkar' oleh ustaz itu kerana matlamatnya jelas untuk mendidik orang Melayu menjadi masyarakat beramal dan masyarakat beragama. Tersebar kitab Perukunan tanpa kritikan ke seluruh nusantara di zaman tiada teknologi selama berkurun adalah bukti keberkatan pendekatan itu. Berbeza dengan video ustaz itu yang hanya viral dengan kritikan dan mengundang perbalahan.

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

23/12/2025

PERKASA INSTITUSI KELUARGA MENDEPANI CABARAN AI: LANGKAH STRATEGIK KE ARAH PEMBENTUKAN UMMAH FADHILAH

Seperti yang digariskan dalam Ucapan Dasar Presiden ISMA kali ke-19, kita sebenarnya sedang berdepan dengan arus pemikiran pascamoden dan nilai Barat yang mengakibatkan krisis identiti, keruntuhan institusi keluarga, dan krisis kepercayaan yang parah.

AI dan algoritma hanyalah alat terkini yang mempercepatkan penyebaran krisis ini. Justeru, visi Ummah Fadhilah adalah solusi strategik bagi kemelut dunia Islam ini yang menekankan pembentukan sebuah ummah unggul yang bertapak pada nilai Rabbani, ilmu yang tulen, dan kepimpinan berwawasan serta berintegriti. Malahan, Ummah Fadhilah adalah tunjang utama untuk mengatasi pengasingan pemikiran yang diwarisi daripada kesan penjajahan.

Dr. Siti Sarah binti Amran
Ketua Biro Keluarga & Masyarakat (BKM) ISMA

Baca artikel penuh di sini:
https://isma.org.my/perkasa-institusi-keluarga-mendepani-cabaran-ai-langkah-strategik-ke-arah-pembentukan-ummah-fadhilah/

Allah sudah beri amaran tegas tentang kaum yang menormalisasikan hubungan sejenis.Dalam al-Quran, Allah berfirman:“Sesun...
07/12/2025

Allah sudah beri amaran tegas tentang kaum yang menormalisasikan hubungan sejenis.
Dalam al-Quran, Allah berfirman:

“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada perempuan. Bahkan kamu kaum yang melampaui batas.”
— Surah Al-A‘raf: 81

Dan Rasulullah SAW menyampaikan azab keras bagi pelaku serta penyokong perbuatan ini:

“Allah melaknat sesiapa yang melakukan perbuatan kaum Lut.”
(Hadis sahih – Riwayat al-Tirmizi)

“Laknat Allah ke atas orang yang melakukan perbuatan kaum Lut, dan juga ke atas yang dilakukan perbuatan itu kepadanya.”
(Hadis sahih – Riwayat Ahmad)

Ini bukan isu kecil.
Ini isu batas yang Allah gariskan, tetapi sedang dipadamkan oleh budaya moden.

Kita bongkar realiti yang ramai cuba sembunyikan:
⚠️ Bagaimana budaya songsang disebarkan secara halus
⚠️ Kenapa masyarakat makin berani mempertahankannya
⚠️ Apa yang keluarga perlu buat sebelum semuanya jadi “normal”

Jom bersama Ustazah Salma — suara yang jelas dan tidak berlapik dalam isu ini.
Untuk kita faham, hadam, dan bertindak.

Isu LGBTQ: Benteng Keluarga Bermula di Rumah“Kita boleh tutup TV, kita boleh tapis kawan anak - anak — tapi dunia digita...
07/12/2025

Isu LGBTQ: Benteng Keluarga Bermula di Rumah

“Kita boleh tutup TV, kita boleh tapis kawan anak - anak — tapi dunia digital tak boleh kita kunci. Soalannya sekarang: adakah rumah kita cukup kuat untuk jadi perisai?”

Budaya songsang semakin kreatif mempengaruhi minda anak-anak.
Di sinilah peranan ibu bapa: membina kekuatan emosi, akidah dan jati diri dari dalam rumah.

Dalam sesi ini, Dr. Hidayah — seorang ibu kepada 7 anak, penyelidik pembangunan anak & keluarga — akan kupas:
💠 Di mana anak kita paling terdedah?
💠 Apa peranan ibu bapa zaman digital?
💠 Bagaimana bina benteng identiti yang tak mudah runtuh?

Ilmu yang setiap ibu bapa WAJIB dengar.

Songsang Semakin Normal? Ayah Perlu Bina Jati Diri Anak“Anak-anak melihat dan mencari sui teladan. Dan dunia hari ini pe...
07/12/2025

Songsang Semakin Normal? Ayah Perlu Bina Jati Diri Anak

“Anak-anak melihat dan mencari sui teladan. Dan dunia hari ini penuh ‘contoh’ yang songsang.”

Krisis kepimpinan lelaki = Krisis keluarga = Krisis masyarakat.
Anak lelaki perlukan role model, anak perempuan perlukan pelindung.
Tanpa ayah yang hadir & memimpin, identiti anak mudah tergoncang.

Saudara Farid Nazmi akan kupas:
🔥 Kenapa ayah jadi benteng paling penting?
🔥 Bagaimana ayah bina susuk tubuh dan jiwa yang sihat pada anak lelaki?
🔥 Bagaimana ayah bentuk keyakinan & maruah anak perempuan?

Ini topik yang semua ayah perlu dengar — sebelum terlambat.

26/11/2025

Semoga Cemerlang SPM!“Ilmu yang kita tuntut hari ini adalah benih. Esok, akarnya menjadi kekuatan, buahnya memberi manfa...
25/11/2025

Semoga Cemerlang SPM!
“Ilmu yang kita tuntut hari ini adalah benih. Esok, akarnya menjadi kekuatan, buahnya memberi manfaat kepada ummah.”
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tambahkanlah aku ilmu.” (Taha:114)
Semoga segala urusan calon SPM 2025 dipermudahkan dan hati diberi ketenangan.

Ramai cari ‘healing’… tapi tak jumpa ketenangan sebenar.Tahukah anda, terapi berkuda bukan sekadar aktiviti luar —ia mem...
21/11/2025

Ramai cari ‘healing’… tapi tak jumpa ketenangan sebenar.
Tahukah anda, terapi berkuda bukan sekadar aktiviti luar —
ia membantu emosi, keyakinan, fokus dan ketenangan jiwa.

Dan yang lebih istimewa, ia adalah salah satu sunnah yang penuh hikmah.

Dalam LIVE ini, anda akan faham bagaimana terapi berkuda boleh menguatkan mental & spiritual,
dan kenapa ia semakin disarankan sebagai bentuk rawatan moden.

📅 30 November 2025
🕘 9.00 malam
📍 TikTok LIVE: ISMA Sungai Petani

Hashtag:

Address

23A (Tingkat 1), Cinta Sayang Business Centre
Sungai Petani
08000

Telephone

+60136694289

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ISMA Sungai Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ISMA Sungai Petani:

Share