PENGENALAN PERTUBUHAN SENI SILAT GAYONG PATANI TOKPA NEGERI KEDAH.*
*Seni Silat Gayong Patani merupakan aliran silat daripada Negara Pattani (Langkasuka), Seni Silat Gayong Patani mula dibawakan oleh panglima kuning iaitu seorang hulubalang diwaktu pemerintahan Raja kuning atau gelarannya "Phra nang chao yang" pada tahun 1635. Panglima kuning telah berhijrah ke negeri kedah (kataha) pad
a tahun 1785 selepas kemangkatan raja kuning, panglima Kuning membawa diri menetap di negeri kedah, panglima kuning telah menurunkan ilmu pesilatan ini kepada tok mat dan diberi amanah untuk mengembangkan ilmu pesilatan patani ini, tuan guru tok mat telah menamakan ilmu pesilatan ini dimana asal usul daripada pattani dan dinama Seni pattani, dan kemudian ilmu pesilatan ini diturunkan kepada tok saad yang menetap dikawasan pendang kedah iaitu anak kepada tok mat, dan tok saad telah diberi amanah untuk mengajar ilmu seni pattani kepada masyarakat tempatan di negeri kedah darulaman, selepas itu ilmu pesilatan seni pattani ini diturunkan kepada anaknya iatu mustafa bin saad atau dikenali sebagai "Tokpa" yang menetap di kampung bukit changlun kedah, ilmu pesilatan ini telah disusun pelajarannya dan dikembang oleh tokpa di seluruh negeri kedah pada tahun abad 60an , tuan guru Mustafa bin saad juga pernah dijemput oleh tengku kasim iaitu tengku panglima kedah semasa itu untuk bernaugan dan gayong patani pernah bernaugan dibawah persatuan pancak silat melayu jati kedah dan selepas itu gayong patani telah dikembangkan diseluruh kawasan di daerah kubang pasu dan mendapat jemputan hebat untuk membuat persembahan di sekitar kubang pasu juga diseluruh negeri kedah dan memdapat jemputan untuk membuka gelanggang khususnya di daerah kawasan kubang pasu gelanggang gayong patani adalah di kawasan changlun, napoh dan padang sera, selepas itu seluruh ahli gayong patani memdapat berita sekembalinya seorang guru tercinta kerahmatulah pada tahun 12 April 2014 dan sebelum itu dilantiknya tuan guru nik azizan bin nik ismail untuk memimpin angkatan gayong patani di negeri kedah dan disusun kembali pelajaran gayong patani ini untuk memudahkan dikembangkan kepada masyarakat oleh kerana tuan guru nik azizan menetap di rantau negara thailand semasa itu jadinya diamanahkan silat ini kepada tuan guru azizan bin saad selaku Guru bagi memimpin pergerakan Seni Silat Gayong Patani di Negeri Kedah, Pada 13 Mei 2018 silat ini mula didaftarkan dibawah Jabatan pendaftaran pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan nama PERTUBUHAN SENI SILAT GAYONG PATANI TOKPA NEGERI KEDAH dengan bernombor pendaftaran PPM-020-02-31052018 di peringkat Negeri, pada tahun 2018 PSSGPTNK mula membuka gelanggang diseluruh Daerah di negeri Kedah Darulaman dan melahirkan atlit sukan silat seni dan olahraga, Pada tahun 2019 pelajaran silat gayong Patani Tokpa Negeri Kedah mula di susun kembali oleh Tuan Guru Azizan bin Saad bagi mewujudkan sukatan pelajaran dan dapat diperkenalkan di Pusat pengajian tinggi dan sekolah-sekolah, antara pelajaran Silat Gayong Patani Tokpa yang telah disusun dan disilibuskan antaranya, Hormat guru, tari gayong patani , 7Jurus asas Silat , 7asas buah dan lain-lain, Pesilat Gayong Patani Tokpa dilatih supaya mengerti ilmu beradab sebelum bermulanya latihan bergelanggang, Allahyarham Guru Mustafa Bin Saad Pernah berpesan kepada ahli Seni Silat Gayong Patani Supaya Seni Silat Ini dipertahankan sehingga sampai bila-bila, kerana inilah ilmu perang orang melayu patani dizaman kerajanya.*