PSSCM UITM Kedah

PSSCM UITM Kedah PSSCM UITM KEDAH

Assalamualaikum WBT. Salam UiTM Dihatiku.🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni...
30/08/2026

Assalamualaikum WBT. Salam UiTM Dihatiku.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, Negara Harmoni”

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dan menghargai jasa para pejuang yang telah berkorban demi kemerdekaan tanah air.

Semoga semangat cintakan negara terus subur dalam diri setiap rakyat Malaysia serta menjadi pemangkin kepada perpaduan, keharmonian dan kemajuan negara.

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan! 🇲🇾
Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera.

Sekian, Terima Kasih.

✨*”SILAT TONGGAK JATI DIRI BANGSA”*✨

AJK Multimedia
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
UiTM Cawangan Kedah

Assalamualaikum WBT. Salam UiTM Dihatiku.✨ SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER! ✨Selamat bercuti buat seluruh warga mahasisw...
09/08/2026

Assalamualaikum WBT. Salam UiTM Dihatiku.

✨ SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER! ✨

Selamat bercuti buat seluruh warga mahasiswa! 🎓💙
Manfaatkan cuti semester ini untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga dan mengisi masa dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

Semoga segala penat lelah sepanjang semester terbayar dengan ketenangan dan kegembiraan. Jangan lupa jaga diri, jaga kesihatan dan terus istiqamah dalam melakukan kebaikan. 🤍

Semoga kembali ke semester baharu dengan semangat yang lebih kuat, azam yang lebih tinggi dan jiwa yang lebih tenang. 💪🏻✨

Selamat bercuti & jumpa lagi di semester hadapan! 🌿

Sekian, Terima Kasih.

✨*”SILAT TONGGAK JATI DIRI BANGSA”*✨

AJK Multimedia
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
UiTM Cawangan Kedah

Assalamualaikum WBT. salam UiTM Dihatiku.Selamat Berjuang Pasukan PSSCM Cawangan Kedah!* 💪🔥Semoga dipermudahkan segala u...
08/08/2026

Assalamualaikum WBT. salam UiTM Dihatiku.
Selamat Berjuang Pasukan PSSCM Cawangan Kedah!* 💪🔥
Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan, kekuatan dan ketenangan sepanjang kejohanan.an njukkan semangat juang yang tinggi dan buat yang terbaik.
Kami sentiasa mendoakan kejayaan kalian.

Sekian, Terima Kasih

✨“SILAT TONGGAK JATI DIRI BANGSA”✨

_*All the best di Kejohanan Waja Diri PSSCM IPT & Jemputan Kali Ke-11!*_ ❤️

AJK Multimedia
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
UiTM Cawangan Kedah

Assalamualaikum WBT. salam UiTM Dihatiku.🔥PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER🔥Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester akan ...
26/07/2026

Assalamualaikum WBT. salam UiTM Dihatiku.

🔥PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER🔥

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester akan berlangsung mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Semua pelajar diingatkan agar membuat persediaan yang rapi, menjaga kesihatan, hadir awal ke dewan peperiksaan serta menjawab soalan dengan tenang dan penuh keyakinan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh.”
(Riwayat al-Baihaqi)

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan, mengurniakan ketenangan hati, kefahaman dalam menjawab soalan, serta menganugerahkan kejayaan yang cemerlang.

Selamat menduduki Peperiksaan Akhir Semester. Semoga berjaya!

Sekian, terima Kasih.

✨*"SILAT TONGGAK JATI DIRI BANGSA*" ✨

AJK Multimedia
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
UiTM Cawangan Kedah

ALHAMDULILLAHMerafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Penghargaan dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di atas keberang...
16/07/2026

ALHAMDULILLAH

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Penghargaan dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di atas keberangkatan DYTM Tuanku Raja Muda Kedah serta keluarga & KDPB Pemangku Raja Pahang ke Program Kunjungan Muhibbah DiRaja.

Silat Cekak:
Dari Istana ke Jiwa Bangsa.

Silat Cekak:
Adat dijunjung, Daulat disanjung.

Silat Cekak:
Silat DiRaja, Bangsa Berdaulat.

Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.

Assalamualaikum WBT. Salam UiTM DiHatiku.✨*MINGGU ULANGKAJI*✨بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِMarilah kita memanfaatk...
15/07/2026

Assalamualaikum WBT. Salam UiTM DiHatiku.

✨*MINGGU ULANGKAJI*✨

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Marilah kita memanfaatkan masa yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan sebaik-baiknya untuk mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Tanamkan niat kerana Allah SWT, tingkatkan usaha, perbanyakkan doa, dan bertawakal kepada-Nya.

Firman Allah SWT:

“Dan katakanlah: ‘Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu.’”
(Surah Taha, ayat 114)

Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman, ketenangan hati, kekuatan dalam menuntut ilmu, serta mempermudahkan segala urusan pembelajaran dan peperiksaan. Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan menjadi amal soleh dan memperoleh keberkatan di dunia serta akhirat.

Selamat menjalani Minggu Ulang Kaji. Semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua.

Sekian, terima kasih.

✨*"SILAT TONGGAK JATI DIRI BANGSA" * ✨

AJK Multimedia
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
UiTM Cawangan Kedah

Assalamualaikum WBT.Salam UiTM Di Hatiku.✨ “Bersama & Bersatu” ✨🔵 LAPORAN MINGGUAN: KELAS LATIHAN SILAT CEKAK 🔵🌟 ISNIN |...
27/06/2026

Assalamualaikum WBT.
Salam UiTM Di Hatiku.

✨ “Bersama & Bersatu” ✨

🔵 LAPORAN MINGGUAN: KELAS LATIHAN SILAT CEKAK 🔵

🌟 ISNIN | 22 Jun 2026
🕣 8:30 Malam – 10:30 Malam
📍 Stadium Mini
👥 Kehadiran: 26 orang

Alhamdulillah, sesi latihan telah berlangsung dengan baik dan teratur.

Pada sesi kali ini, para ahli telah menerima buah baharu mengikut peringkat masing-masing sebagai kesinambungan pembelajaran dalam Seni Silat Cekak. Walaupun setiap buah yang dipelajari semakin mencabar, sesi latihan tetap dijalankan dengan penuh semangat dan komitmen daripada para ahli.

Latihan berlangsung dalam suasana yang tersusun, berdisiplin serta mengutamakan adab dan kerjasama sepanjang sesi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para tenaga pengajar atas kesabaran, bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak pernah putus dalam membentuk serta memperkukuh kemahiran para ahli. Semoga segala usaha yang dicurahkan terus diberkati dan menjadi manfaat kepada semua.

📌 Teruskan semangat dan istiqamah dalam latihan!




✨ Silat Tonggak Jati Diri Bangsa ✨

Ain Syafiqah Binti Aziz
Unit Kelas Latihan
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
UiTM Cawangan Kedah

_"Niat Menjadi Permulaan Langkah, Kejayaan Menjadi Bukti Usaha."_*🎓 TAHNIAH GRADUAN SIJIL RENDAH SILAT CEKAK! 🎓*Tahniah ...
27/06/2026

_"Niat Menjadi Permulaan Langkah, Kejayaan Menjadi Bukti Usaha."_

*🎓 TAHNIAH GRADUAN SIJIL RENDAH SILAT CEKAK! 🎓*

Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) UiTM Cawangan Kedah daripada kelas UiTM36 dan UiTM37 atas kejayaan menerima Sijil Rendah Silat Cekak sempena Istiadat Konvokesyen Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Kali Ke-40 yang telah berlangsung pada 20 Jun 2026 bertempat di Kompleks Silat Datuk Haji Maideen, Negeri Sembilan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus menimba ilmu, memperkukuhkan jati diri serta mengamalkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam Silat Cekak. Teruskan melangkah dengan penuh semangat, disiplin dan dedikasi dalam meneruskan perjuangan seni warisan bangsa.

Sekian, terima kasih.

_*"SILAT TONGGAK JATI DIRI BANGSA"*_

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2025/2026

Assalamualaikum WBT.Salam UiTM Di Hatiku.✨ “Bersama & Bersatu” ✨🔵 LAPORAN MINGGUAN: KELAS LATIHAN SILAT CEKAK 🔵🌟 AHAD | ...
22/06/2026

Assalamualaikum WBT.
Salam UiTM Di Hatiku.

✨ “Bersama & Bersatu” ✨

🔵 LAPORAN MINGGUAN: KELAS LATIHAN SILAT CEKAK 🔵

🌟 AHAD | 14 Jun 2026
🕣 8:30 Malam – 10:30 Malam
📍 Stadium Mini
👥 Kehadiran: 24 orang

🌟 ISNIN | 15 Jun 2026
🕣 8:30 Malam – 10:30 Malam
📍 Stadium Mini
👥 Kehadiran: 21 orang

Alhamdulillah, sesi latihan telah berjalan dengan baik dan teratur.

Pada minggu ini, para ahli telah menjalani latihan seperti biasa di bawah bimbingan tenaga pengajar. Latihan yang dijalankan memberi fokus kepada pengukuhan kemahiran serta pemantapan kefahaman terhadap pelajaran yang telah dipelajari.

Sesi latihan berlangsung dalam keadaan lancar, tersusun dan penuh disiplin sepanjang kedua-dua hari latihan.

Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang sesi latihan. Semoga segala usaha yang dicurahkan terus diberkati dan memberi manfaat kepada semua ahli.

📌 Teruskan semangat dan istiqamah dalam latihan!




✨ Silat Tonggak Jati Diri Bangsa ✨

Ain Syafiqah Binti Aziz
Unit Kelas Latihan
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
UiTM Cawangan Kedah

Address

Sungai Petani
UITMKEDAH,08400MERBOK,KEDAH

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSSCM UITM Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PSSCM UITM Kedah:

Shortcuts

Share