Akademi Daie Muda YADIM

Call Directions Website Contact the organization

Akademi Daie Muda YADIM ADMY merupakan sebuah platform yang diwujudkan dengan tujuan untuk melahirkan pendakwah muda.

16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Semoga perpaduan terus mekar, ukhuwah terus terjalin, dan Malaysia sentiasa dilimpahi keamanan serta keberkatan. 🤍

Bersatu dalam kepelbagaian, melangkah bersama demi Malaysia.

Ikhlas daripada,
Pelatih Akademi Daie Muda YADIM 2026 🇲🇾

SESI AMANAT KHAS PELATIH AKADEMI DAIE MUDA YADIM 2026Alhamdulillah, para pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2026 ber...
02/09/2026

SESI AMANAT KHAS PELATIH AKADEMI DAIE MUDA YADIM 2026

Alhamdulillah, para pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2026 berkesempatan mengikuti Sesi Amanat Khas yang disampaikan oleh Tuan Haji Mahadi bin Awang, Pengarah Kanan Sektor Latihan & Pengkaderan YADIM di Kolej Dar al-Hikmah, Kajang, Selangor.

Dalam sesi tersebut, beliau menitipkan pesanan dan suntikan semangat kepada para pelatih agar sentiasa membetulkan niat, menjaga disiplin serta memanfaatkan sepenuhnya peluang sepanjang tiga bulan latihan ADMY 2026.

Semoga amanat yang disampaikan menjadi pembakar semangat kepada para pelatih untuk terus memperkukuh ilmu, membina jati diri dan mempersiapkan diri sebagai daie yang mampu menyantuni masyarakat serta membawa mesej dakwah dengan penuh hikmah.

Selamat menjalani latihan ADMY 2026! 💪🏻✨





28 PELATIH MULAKAN PERJALANAN ADMY 2026 SIRI KE-8KAJANG – Seramai 28 orang pelatih, terdiri daripada 14 lelaki dan 14 pe...
02/09/2026

28 PELATIH MULAKAN PERJALANAN ADMY 2026 SIRI KE-8

KAJANG – Seramai 28 orang pelatih, terdiri daripada 14 lelaki dan 14 perempuan, telah melapor diri bagi mengikuti Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2026 Siri Ke-8 pada 1 September 2026 bertempat di Kolej Dar al-Hikmah, Kajang, Selangor.

Sesi lapor diri tersebut menandakan bermulanya perjalanan para pelatih dalam menjalani latihan ADMY 2026 yang dirangka bagi memperkukuh ilmu, sahsiah, kepimpinan, kemahiran komunikasi dan kompetensi dakwah.

Sepanjang latihan, para pelatih akan didedahkan dengan pelbagai modul serta pengalaman dakwah secara teori dan praktikal, termasuk mendekati pelbagai lapisan masyarakat.

Semoga 28 pelatih yang terpilih dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya serta membentuk diri menjadi daie muda yang berilmu, berakhlak, berjiwa pendakwah dan bersedia berkhidmat kepada masyarakat serta ummah.

Selamat datang dan selamat menjalani latihan kepada seluruh Pelatih Akademi Daie Muda YADIM 2026 Siri Ke-8.

Melestari Dakwah Madani


1 September 2026 (Selasa), Kajang Selangor,Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan selamat datang darip...
02/09/2026

1 September 2026 (Selasa), Kajang Selangor,
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan selamat datang daripada barisan kepimpinan Kolej Dar al-Hikmah kepada para pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2026.

Ucapan tersebut disampaikan oleh Tuan Haji Shahran bin Kasim, Ketua Eksekutif Kolej Dar al-Hikmah, bersama Dr. Muhamad Razak bin Idris, Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej Dar al-Hikmah.

Semoga sepanjang menjalani latihan ADMY 2026 bagi bulan September di Kolej Dar al-Hikmah, para pelatih dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk menimba ilmu, membina sahsiah serta memperkukuh jiwa sebagai seorang pendakwah.



69 CALON REBUT PELUANG SERTAI AKADEMI DAIE MUDA YADIM 2026 🌟Alhamdulillah, selesai sudah Ujian Saringan & Temuduga Akade...
16/08/2026

69 CALON REBUT PELUANG SERTAI AKADEMI DAIE MUDA YADIM 2026 🌟

Alhamdulillah, selesai sudah Ujian Saringan & Temuduga Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2026 yang berlangsung pada 14 hingga 16 Ogos 2026.

Seramai 69 orang calon, terdiri daripada graduan pelbagai universiti dalam dan luar negara, telah tampil menyahut cabaran untuk menjadi sebahagian daripada keluarga ADMY 2026.

Sepanjang Jumaat dan Sabtu, para calon diuji menerusi beberapa komponen bagi menilai ilmu, kemahiran, sahsiah dan ketahanan diri:

📚 Fardhu Ain
📖 Al-Quran & Hadith
🎤 Pengucapan Awam
🤝 Team Building
💪 Ujian Fizikal

Pada Ahad, para calon seterusnya melalui sesi temuduga secara bersemuka bersama barisan panel pakar yang berpengalaman dalam bidang dakwah, akademik, pembangunan belia dan komunikasi.

Bukan sekadar mencari mereka yang mampu berbicara, tetapi ADMY mencari bakal daie muda yang berilmu, berakhlak, berkeyakinan, mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta bersedia memimpin gerakan dakwah dalam masyarakat.

Tahniah dan syabas kepada kesemua 69 calon yang telah memberikan komitmen dan kesungguhan sepanjang tiga hari ujian berlangsung.

Siapakah yang bakal terpilih menjadi keluarga Akademi Daie Muda YADIM 2026? 🌟

Insya-Allah, nantikan pengumumannya!






14/07/2026

MOHON SEKARANG!
TARIKH TUTUP 31 JULAI 2026

Alhamdulillah.Terima kasih YB Senator Puan Marhamah Rosli Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ...
28/06/2026

Alhamdulillah.
Terima kasih YB Senator Puan Marhamah Rosli Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) atas penghargaan dan kata-kata semangat buat warga Daie Muda YADIM.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi untuk terus melahirkan generasi pendakwah muda yang berilmu, berakhlak, kreatif dan dekat di hati masyarakat.

Kini Pengambilan Akademi Daie Muda YADIM 2026 (September) dibuka!

Jika anda mempunyai minat dan semangat untuk berdakwah, inilah peluang untuk mengembangkan potensi diri bersama YADIM.

📌 Tarikh tutup permohonan: 31 Julai 2026.
Masa depan dakwah bermula dengan satu langkah. Langkah itu bermula di Akademi Daie Muda YADIM..

🔥PENGAMBILAN PELATIH AKADEMI DAIE MUDA YADIM 2026 DIBUKA SEKARANG!🔥Adakah anda seorang anak muda yang mempunyai semangat...
16/05/2026

🔥PENGAMBILAN PELATIH AKADEMI DAIE MUDA YADIM 2026 DIBUKA SEKARANG!🔥

Adakah anda seorang anak muda yang mempunyai semangat dakwah, jiwa kepimpinan dan ingin membina masa depan ummah?

💥 Sertai Akademi Daie Muda YADIM 2026 dan rasai pengalaman latihan dakwah secara intensif bersama YADIM!

🎯 Apa yang anda bakal peroleh?
✅ Elaun RM2,500 setiap bulan
✅ Penginapan serta makan minum disediakan sepenuhnya
✅ Latihan pembangunan diri & dakwah
✅ Pengalaman lapangan bersama masyarakat

📌 Kelayakan permohonan:
▪️ Umur 21 – 30 tahun
▪️ Bujang
▪️ Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam apa-apa bidang

📅 Tarikh tutup permohonan:
🗓️ 31 JULAI 2026

📲 Imbas QR Code pada poster untuk permohonan segera!

🌟 Jangan hanya menjadi penonton perubahan…
Jadilah generasi pendakwah muda yang mencorak masa depan ummah!





🌙 MAHLIGAI WAHYU :Tadabbur Al-Quran Bersama Daie Muda YADIM📅 9 Mac 2026 – 13 Mac 2026📍 LIVE di Facebook YADIMHayati kein...
03/03/2026

🌙 MAHLIGAI WAHYU :
Tadabbur Al-Quran Bersama Daie Muda YADIM
📅 9 Mac 2026 – 13 Mac 2026
📍 LIVE di Facebook YADIM

Hayati keindahan kalam Ilahi sepanjang Ramadan bersama barisan Daie Muda YADIM yang akan membimbing kita menyelami makna dan ibrah daripada ayat-ayat suci Al-Quran.

Jom bersama-sama menyuburkan jiwa, memperkukuh iman dan memperindah akhlak melalui tadabbur yang penuh penghayatan.




Disertakan sekapur sirih  pengerusi Pertubuhan Alumni Daie Muda
18/02/2026

Disertakan sekapur sirih pengerusi Pertubuhan Alumni Daie Muda

Address

Aras 4, Blok D, Kompleks Islam
Putrajaya
62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Daie Muda YADIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Akademi Daie Muda YADIM:

Shortcuts

Share