Lepak Maqasid

Lepak Maqasid Sembang-sembang santai gaya orang kampung

KALAU BETUL SAYA SOKONG SANGAT HARRIS NEH..
11/09/2024

KALAU BETUL SAYA SOKONG SANGAT HARRIS NEH..

Bekas presiden AS itu berkata, Harris “membenci Israel” dan tidak menyokong Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Mendamaikan sesuatu isu lebih terkesan kepada masyarakat daripada menghukum.. Terima kasih Tuan M***i..https://www.faceb...
01/04/2024

Mendamaikan sesuatu isu lebih terkesan kepada masyarakat daripada menghukum.. Terima kasih Tuan M***i..

https://www.facebook.com/share/p/YMT9ahoDGHZPNPGp/?mibextid=xfxF2i

AN-NASIHAH #06 : ISU PENGGUNAAN ISTILAH ‘BUKAN ISLAM’ DAN KAFIR

1. Gelaran kafir merupakan kalimah dalam bahasa arab dan banyak kali disebut dalam al-Quran dan hadis dengan pelbagai pecahan kata seperti الكافرون, الذين كفروا, يكفرون dan sebagainya sebanyak lebih kurang 310 tempat. Ia adalah merujuk kepada orang yang tidak beriman kepada Allah SWT dan Rasul. Oleh itu, penggunaan istilah ini telah termaktub dalam al-Quran dan hadis. Ia adalah istilah yang melambangkan perbezaan antara iman dan kekufuran dan ia tidak berubah penggunaannya.

2. Walau bagaimanapun, penggunaan dalam konteks interaksi antara orang Islam dan bukan Islam boleh berubah mengikut keadaan, tempat dan situasi yang memerlukan kepada istilah yang lebih harmoni khususnya dalam uslub dakwah. Dalam al-Quran, terdapat banyak juga ayat yang menggunakan lafaz begini seperti:

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَأَنتُمْ تَشْهَدُونَ

Maksudnya: “Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?”.
(Surah Ali Imran : 70)

3. Merujuk kepada video yang tular, adalah tidak adil untuk terus menghukum dan mengeji berasaskan kepada potongan video tanpa melihat kepada konteks keseluruhan yang dimaksudkan dalam ucapan berkenaan. Masyarakat perlu mengambil sikap berhati-hati dan cuba mendapat maklumat yang lebih terperinci sebelum membuat sebarang komen. Rasulullah SAW bersabda:

كَفَى بالمرءِ كذِبًا أن يحدِّثَ بِكُلِّ ما سمِعَ

Maksudnya: “Memadai seseorang itu dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan semua yang dia dengar.”
(Riwayat Muslim)

4. Di bulan Ramadan yang mulia ini, masyarakat dinasihatkan untuk lebih menumpukan kepada ibadah dan tidak menimbulkan banyak polemik yang berpanjangan yang membawa kepada natijah yang tidak baik kepada keharmonian masyarakat. Sebarang perbezaan pandangan boleh dikongsikan dengan cara yang baik dan tidak dalam bentuk kejian dan fitnah. Allah SWT berfirman:

وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ

Maksudnya: “Dan janganlah p**a kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman.”
Surah al-Hujurat (11)

5. Polemik yang berpanjangan tanpa mempunyai nilai ilmiah dan adab yang baik akan menambahkan lagi kekeliruan dalam masyarakat dan boleh membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Sikap sindir-menyindir, mengeluarkan kata-kata kesat, tuduh-menuduh dengan menggunakan media sosial tanpa adab tidak menguntungkan umat Islam yang sangat mementingkan perpaduan sebagai kekuatan umat.

6. Dalam isu yang melibatkan keagamaan, semua pihak perlu berhati-hati dan tidak mudah mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham masyarakat dan membuka ruang fitnah. Penggunaan istilah-istilah hukum hakam agama tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan kepentingan tertentu yang tidak berasaskan kepada asas ilmu Islam yang sebenar.

Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah

Alert! Bahaya betul benda macam ni terutama kepada anak2 kita.. Hati2 semua.. Elok kita report pada MCMC..
01/04/2024

Alert! Bahaya betul benda macam ni terutama kepada anak2 kita.. Hati2 semua.. Elok kita report pada MCMC..

25/03/2024

Karkas lembu di rampas untuk jual kepada orang islam.. Celah mana diorang sembelih ni..

Satu hari satu hadith Ramadhan..Pahala yang sama dengan orang berpuasa, tidak kurang sedikit pun..
22/03/2024

Satu hari satu hadith Ramadhan..

Pahala yang sama dengan orang berpuasa, tidak kurang sedikit pun..


Ilmu Fiqh yg luas.. Bila kita ambil cakna bnyk manfaatnya.. Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
21/03/2024

Ilmu Fiqh yg luas.. Bila kita ambil cakna bnyk manfaatnya..

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Alangkah ruginya jika termasuk dalam golongan ini..
21/03/2024

Alangkah ruginya jika termasuk dalam golongan ini..


Satu hari satu hadith...
20/03/2024

Satu hari satu hadith...

Berita sepatutnya tak perlu masukkan semasa waktu berbuka.. Sebab kaitkan dengan ibadah yang mulia dan waktu yang mustaj...
20/03/2024

Berita sepatutnya tak perlu masukkan semasa waktu berbuka.. Sebab kaitkan dengan ibadah yang mulia dan waktu yang mustajab dia.. Nk jual berita pn patutnya perlu ada sensiviti.. apa komen anda.......

19/03/2024

Ok, time untuk tindakan selanjutnya.. setuju...

Address

Medan Kamunting Jaya
Putrajaya
62100

Telephone

+60137541987

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lepak Maqasid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lepak Maqasid:

Share