Persatuan Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 6

Directions

Persatuan Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 6 page Rasmi Persatuan Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 6 untuk informasi dan hebahan kepada semua penduduk.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,30 Oktober 2026 (Jumaat)Alhamdulillah, Syukur!Penduduk BPL6 sekali lagi m...
30/10/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

30 Oktober 2026 (Jumaat)
Alhamdulillah, Syukur!
Penduduk BPL6 sekali lagi menerima sumbangan sebuah khemah tambahan untuk kegunaan dan manfaat bersama seluruh penduduk.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YB Khairul Anuar bin Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Kedah, atas keprihatinan dan sumbangan sebuah khemah ini.

Semoga sumbangan ini dapat memberikan manfaat kepada penduduk BPL6 serta memudahkan pelaksanaan pelbagai aktiviti kemasyarakatan pada masa akan datang.
Terima kasih YB atas keprihatinan dan sokongan kepada penduduk BPL6.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,14 Oktober 2026 (Rabu)Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih...
15/10/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

14 Oktober 2026 (Rabu)
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak LR SERVICES ENTERPRISE (SECURITY) atas sumbangan 1 unit CCTV Premium yang akan beroperasi 24 jam kepada penduduk Bandar Permata Lunas 6 (BPL6).
Sumbangan ini amat bermakna dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan penduduk BPL6.
Tidak lupa juga, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penduduk Bandar Permata Lunas 6 (BPL6) atas sokongan, kepercayaan dan kerjasama yang diberikan kepada pihak Guard BPL6, khususnya komitmen penduduk dalam menjelaskan yuran bulanan yang amat penting bagi memastikan kelancaran perkhidmatan keselamatan di kawasan kita.

Semoga hubungan baik ini terus berkekalan demi keselamatan dan keharmonian bersama.
Bersama kita jaga keselamatan, bersama kita bina komuniti yang lebih selamat!

TERIMA KASIH KELUARGA BPL6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,10 Oktober 2026 (Sabtu) & 11 Oktober 2026 (Ahad)Mesyuarat Persatuan BPL6 ...
12/10/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

10 Oktober 2026 (Sabtu) & 11 Oktober 2026 (Ahad)
Mesyuarat Persatuan BPL6 telah berjaya diadakan dengan lancar di Dewan Mutiara BPL6.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh AJK yang telah hadir serta memberikan komitmen, pandangan dan kerjasama yang baik sepanjang mesyuarat berlangsung. Segala idea dan cadangan yang dikemukakan amat bermakna dalam usaha memperkukuh serta memajukan persatuan.
Semoga segala keputusan dan perancangan yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan baik demi manfaat seluruh ahli. Mudah-mudahan usaha dan pengorbanan semua AJK diberkati serta dipermudahkan segala urusan.

Terima kasih atas komitmen dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan.
TERIMA KASIH KELUARGA BPL6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,6 October 2026 (Selasa)Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasi...
08/10/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

6 October 2026 (Selasa)
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Wakil Ahli Majlis, En. Abdullah bin Hamid, yang sudi turun padang ke Perumahan BPL6 bagi mendengar sendiri aduan, pandangan serta cadangan daripada penduduk, khususnya berkaitan usaha mempertingkatkan aspek keselamatan dan kesejahteraan komuniti. Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada AJK Persatuan serta seluruh keluarga BPL6 yang telah meluangkan masa dan hadir bersama dalam pertemuan ini.

Kehadiran dan sokongan semua mencerminkan semangat keprihatinan, kerjasama dan kesungguhan dalam memperkukuhkan perpaduan serta hala tuju Rukun Tetangga BPL6.

Semoga semangat kerjasama dan kebersamaan ini terus subur dan berkekalan demi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, harmoni dan sejahtera untuk kita semua.

TERIMA KASIH KELUARGA BPL6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,Untuk pengetahuan semua Keluarga BPL6, dimaklumkan bahawa bermula hari in...
05/10/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Untuk pengetahuan semua Keluarga BPL6, dimaklumkan bahawa bermula hari ini, operasi CCTV 24 jam di BPL6 telah mula dijalankan.

Dua laluan keluar masuk utama BPL6 telah dipasang CCTV, iaitu :
Pintu Pertama – Pondok Pengawal
Pintu Kedua – Lot Banglo

Terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan pemasangan CCTV ini semalam. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada semua Keluarga BPL6 yang telah menunaikan bayaran yuran persatuan tahunan. Sumbangan dan sokongan anda semua amat kami hargai.

Semoga dengan adanya pemasangan CCTV ini, keselamatan dan kawalan di kawasan BPL6 dapat dipertingkatkan, di samping memberi rasa lebih selamat dan tenteram kepada semua keluarga yang menetap di sini.

Keselamatan BPL6 adalah tanggungjawab kita bersama.
TERIMA KASIH KELUARGA BPL6

TAHNIAH & SYABAS TEAM ZUMBA MUSLIMAH!18/9/2026, Tahniah diucapkan kepada Team Zumba Muslimah atas penganjuran kelas Zumb...
23/09/2026

TAHNIAH & SYABAS TEAM ZUMBA MUSLIMAH!

18/9/2026, Tahniah diucapkan kepada Team Zumba Muslimah atas penganjuran kelas Zumba Muslimah yang pertama kali diadakan di Dewan Mutiara BPL6.
Sambutan yang diterima amat memberangsangkan dan pastinya menjadi satu permulaan yang sangat baik untuk aktiviti sihat serta merapatkan ukhuwah dalam komuniti.

Semoga Kelas Zumba Muslimah ini akan terus mendapat sambutan yang menggalakkan, khususnya daripada penduduk BPL6 dan kawasan sekitarnya.
🗓️ Setiap hari Jumaat (9:00 malam)
📍 Dewan Mutiara BPL6

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan secara konsisten demi membentuk komuniti yang sihat, ceria, aktif dan harmoni.
Jom sihat, ceria & bertenaga bersama!

TERIMA KASIH KELUARGA BPL6

22/9/2026 Sukan Rakyat, perlawanan persahabatan bola tampar antara BPL6 Titans VS BPL7 Spike di Court Volley BPL5."Sukan...
23/09/2026

22/9/2026 Sukan Rakyat, perlawanan persahabatan bola tampar antara BPL6 Titans VS BPL7 Spike di Court Volley BPL5.

"Sukan Mengeratkan, Komuniti Menguatkan!"
TERIMA KASIH KELUARGA BPL6

21/09/2026
21/09/2026

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH PIALA TOK IMAM KARIAH LUNAS 2026 🏆⚽

Pada 16 September 2026 (Rabu) yang lalu, telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Piala Tok Imam Kariah Lunas 2026 bertempat di Padang Komuniti Bandar Permata Lunas Fasa 5 (BPL5).

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan BPL6 Rovers yang mewakili Komuniti BPL6 kerana berjaya muncul sebagai Juara Kejohanan!
Tahniah juga kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian dan memberikan saingan serta semangat kesukanan yang terbaik sepanjang kejohanan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Semoga program sebegini dapat terus mengeratkan silaturahim, perpaduan dan semangat komuniti dalam kalangan penduduk Kariah Lunas.
Semoga kejohanan seperti ini dapat terus mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat perpaduan dalam kalangan komuniti.

TERIMA KASIH KELUARGA BPL6

Send a message to learn more

Address

Bandar Permata Lunas Fasa 6
Lunas
09600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 6 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby non profit organizations