26/07/2026
MAKLUMAN KUTIPAN SUMBANGAN BERSAMA AN NASR CARE
Pihak Pertubuhan Kebajikan Wadi An Nasr membuka kutipan sumbangan ikhlas bagi membantu Sekolah Menengah Agama Tarbiah yang telah ditimpa musibah kebakaran pada 21 Julai 2026.
Kebakaran ini meliputi seluruh bangunan asrama lelaki dan melibatkan seramai 101 pelajar.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan bolehlah menyalurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai bagi meringankan beban keluarga mangsa.
Segala sumbangan boleh diserahkan kepada pihak kami melalui akaun bank yang tertera :
Bank Islam
02057010050711
(Pertubuhan Kebajikan Wadi An Nasr)
Sumbangan dibuka bermula (23 Julai - 30 Julai 2026)
Semoga setiap sumbangan yang diberikan akan menjadi amal jariah dan dipermudahkan segala urusan pihak sekolah.