Jabatan Amal Kuala Selangor

Jabatan Amal Kuala Selangor Jabatan Amal Malaysia merupakan jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia ditubuhkan pada 16 Februari tahun 1991

Selamat datang ke page Jabatan Amal Kuala Selangor. Page ini bertujuan memberi pendedahan kepada umum mengenai aktiviti-aktiviti amal yang kami lakukan seperti bantuan kemanusiaan, khidmat kemasyarakatan, ziarah dan lain-lain. Hubungi kami melalui emel: [email protected]

09/08/2026
Tahniah Amal Dun Ijok Kaw Kuala Selangor, teruskan bekerja...
03/08/2026

Tahniah Amal Dun Ijok Kaw Kuala Selangor, teruskan bekerja...

02/08/2026

Moment naikkan bendera PAS, Perikatan Nasional.

A DAY FOR CHARITY - JABATAN AMAL KUALA SELANGOR MERAIKAN KEMENANGANKemenangan PRN Negeri Sembilan turut diraikan di Kual...
02/08/2026

A DAY FOR CHARITY - JABATAN AMAL KUALA SELANGOR MERAIKAN KEMENANGAN

Kemenangan PRN Negeri Sembilan turut diraikan di Kuala Selangor.

Semalam, kami sambut kemenangan dengan menaikkan bendera gergasi PAS dan Perikatan Nasional, di simpang utama trafik light Puncak Alam Fasa 3.

Dengan segala cabaran, dugaan, mehnah dan tribulasi, berjaya jugak akhirnya kami naikkan dua bendera yang menjadi mercu tanda di sini.

Kerjasama yang sangat padu ditonjolkan oleh masyarakat Fasa 3 ini, dengan gandingan otai dan anak muda sama-sama turun padang mencantas pokok, jaga lalulintas serta menaikkan bendera PN, PAS.

Program AD4C ini dihadiri oleh YDP PAS, Cikgu Rashid Kassim dan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Mohd Faizol Endut yang menyemarakkan gerak kerja kali ini dari awal hinggalah ke akhir program.

Terima kasih diucapkan kepada semua petugas Jabatan Amal Kuala Selangor dan warga Puncak Alam Fasa 3 yang hadir sama-sama bergotong-royong pada kali ini.

JABATAN AMAL MALAYSIA KAWASAN KUALA SELANGOR

AD4CJom esok bersua sempena meraikan kemenangan PNBN PRN N9!JABATAN AMAL MALAYSIA KAWASAN KUALA SELANGOR
01/08/2026

AD4C

Jom esok bersua sempena meraikan kemenangan PNBN PRN N9!

JABATAN AMAL MALAYSIA KAWASAN KUALA SELANGOR

12/07/2026

GOTONG-ROYONG AMAL

Selesai kerja-kerja tambah baik laluan KOMPAKS dan kontena Amal ini.

Nak kata semangatnya kitorg gotong-royong ni hingga Yang Dirtua PAS Kuala Selangor, Cikgu Rashid Kassim pun turun padang kali ini. Walaupun usianya dah otai, namun nampak kudrat dan kesungguhan beliau bantu gerak kerje Amal ini.

Banyak kerja yang telah selesai buat antaranya ialah:
- Cuci dan mengecat kontena Amal.
- Alihkan batu-batu jongkong dan buang sampah sarap.
- Pasang pintu kontena.
- Turap laluan antara Kompleks PAS dengan kontena.

Turut hadir sama ialah Ketua Pemuda, Mohd Faizol Endut dan Timbalan Ketua Pemuda, Mohamad Amri Saliya siap bawak anak kecilnya p**a. Itulah tanda pengorbanan seorang ayah untuk bantu gerak kerja Amal.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir termasuk petugas-petugas Amal yang lapangkan masa untuk menjayakan agenda ini.

Di kesempatan ini, marilah sama-sama kita menyumbang untuk baik pulih kontena Amal. Tuan puan boleh terus bank in ke Akaun JAMKKS:

12083010039440
BIMB
Jabatan Amal Kuala Selangor
Rujukan: Kontena

Beramal Kerana Allah,

JABATAN AMAL MALAYSIA KAWASAN KUALA SELANGOR

ZIARAH KEBAJIKANJabatan Amal Kuala Selangor dek lekang mengadakan ziarah kebajikan.Kali ni kita ziarah Tuan Hisman dan U...
11/07/2026

ZIARAH KEBAJIKAN

Jabatan Amal Kuala Selangor dek lekang mengadakan ziarah kebajikan.

Kali ni kita ziarah Tuan Hisman dan Ustaz Shahwal masing-masing diuji dengan kemalangan jalan raya menaiki motorsikal.

Alhamdulillah ceria mereka walaupun diuji sebegitu rupa. Setiap kesulitan diikuti dengan kemudahan, semoga mereka cekal dalam ujian ini.

JABATAN AMAL MALAYSIA KAWASAN KUALA SELANGOR

Jom esok
10/07/2026

Jom esok

TUGASAN BOLASEPAK BOLAJARINGSelesai bertugas sempena kejohanan bola sepak dan bola jaring (BSBJ) PASTI Kuala Selangor 20...
27/06/2026

TUGASAN BOLASEPAK BOLAJARING

Selesai bertugas sempena kejohanan bola sepak dan bola jaring (BSBJ) PASTI Kuala Selangor 2026.

Kami team Jabatan Amal Kuala Selangor macam biasa tugasan trafik, medik dan kebersihan sepanjang acara berlangsung.

Terima kasih gais sudi bertugas dari awal hingga akhir program.

Korang memang owesome.

JABATAN AMAL MALAYSIA KAWASAN KUALA SELANGOR

TUGASAN SAMBUTAN HARI GURUSelesai sudah sambutan hari guru sektor pendidikan DPPKKS.Terima kasih semua yang beri kerjasa...
27/06/2026

TUGASAN SAMBUTAN HARI GURU

Selesai sudah sambutan hari guru sektor pendidikan DPPKKS.

Terima kasih semua yang beri kerjasama parking kenderaan pada tempat yang betul.

Terima kasih juga kepada petugas-petugas Jabatan Amal Kuala Selangor yang sudi bertugas parkir dan kutipan sumbangan dana pada kali ini.

Semoga Allah merahmati mereka yang sentiasa memberi sumbangan untuk program kebajikan dan program dakwah ini.

JABATAN AMAL MALAYSIA KAWASAN KUALA SELANGOR

Address

Kompleks Pas Kawasan Kuala Selangor ( KOMPAKS ) , Jalan Masjid , Kampung Bukit Hijau , Jeram
Kuala
45800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Amal Kuala Selangor:

Shortcuts

Share