Kitakan Kawan

Call Directions Contact the organization

Kitakan Kawan PERTUBUHAN KITAKAN KAWAN - IALAH BADAN BUKAN KERAJAAN DITUBUHKAN 10 MAC 2025 PPM-033-10-10032025.

BERHASRAT UNTUK MENGAJAK MASYARAKAT KEPADA SEMANGAT SETIAKAWAN DAN KEKELUARGAAN TIDAK MENGIRA SEMPADAN BANGSA DAN AGAMA.

Kawan2 mana yg buat kerja tak senonoh tu?
21/07/2026

Kawan2 mana yg buat kerja tak senonoh tu?

DBKL meluahkan kekecewaan apabila Dataran Merdeka dipenuhi sampah yang ditinggalkan ribuan penyokong bola sepak selepas menyaksikan aksi final Piala Dunia 2026. Pihak berkuasa mengingatkan bahawa kebersihan ruang awam adalah tanggungjawab bersama, sambil menyeru orang ramai lebih bertanggungjawab dalam menjaga imej dan kebersihan ibu kota.



Apa khabar kawanku hari ni? Jom share citer dan kita semua kena bertindak spt dia niKALI KEEMPAT TEGUR CASHIER, ELAK PEN...
21/07/2026

Apa khabar kawanku hari ni? Jom share citer dan kita semua kena bertindak spt dia ni

KALI KEEMPAT TEGUR CASHIER,
ELAK PENJARA 3 TAHUN

Semalam, ketika beratur untuk membayar di Speedmart99 Southville Bangi, saya perasan warga asing di belakang saya bawa sekitar 6 tin arak Tiger. Selesai membayar, saya bertanya kepada cashier, “Cik, adakah awak boleh uruskan transaksi arak ni?”.

Cashier muda bertudung itu menjawab, “Tu la, kalau boleh saya tak nak terlibat”.

Saya berkata, “Cik, di Selangor, jual arak adalah jenayah Syariah yang boleh dihukum 3 tahun penjara. Cik tak boleh teruskan transaksi ni. Kalau Cik teruskan, saya akan rakam dan buat laporan polis”.

Saya juga bagitahu kepada warga asing yang nak beli arak tu, “Encik, cashier ni tak boleh teruskan jualan. Dia orang Islam. Dia tak boleh jual arak”.

Warga asing itu balas, “Air ni bukan saya punya. Ini orang lain suruh beli”. (Dia tak faham kata saya agaknya).

Kemudian seorang lagi staf Speedmart datang. Staf lelaki ini kata, “Kita faham yang arak ni tak elok. Kita pun tak nak jual benda ni. Tapi ini urusan kerja”.

Saya balas, “Majikan tak boleh arahkan pekerja lakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang negara. Anda juga tak boleh buat kerja yang melanggar undang-undang negara, biar apapun kontrak pekerjaan anda”.

Staf lelaki itu berkata, “Kalau Encik mahu, Encik boleh bercakap dengan manager saya”.

“Boleh. Tolong panggil dia”, ujar saya.

Apabila sang manager tiba, saya jelaskan semuanya, dan saya minta dia hold transaksi 6 tin arak Tiger ni. Dia berkata, “Kami akan hold, dan laporkan ke pihak atasan. Keputusan adalah di tangan mereka”.

Kemudian saya toleh ke belakang mencari warga asing yang nak beli arak tu. Rupanya dia dah lesap.

Alhamdulillah, berjaya halang satu kemungkaran. Sebelum beredar, saya berkata, “Encik dan Cik, saya bukan nak menyusahkan kamu. Saya sedang protect kamu sebenarnya. Saya sedang bantu kamu. Jika kamu nak, saya boleh usahakan bantahan, hingga jualan arak di kedai ini dihentikan terus, jadi anda boleh bekerja dengan senang hati”.

Saya mohon izin bergambar, beri business card saya, dan beredar.

===============

Apabila pulang ke rumah, saya membuat refleksi terhadap apa yang berlaku.

Seingat saya, ini adalah kali keempat saya menegur cashier muslim berkenaan jualan arak di kaunter. Pertama adalah di Shah Alam, tanggal 30 Ogos 2011. Yang kedua saya tak ingat. Yang ketiga di Speedmart Taman Putra Kajang.

Setiap kali teguran, bahasa dan keyakinan saya makin baik. Kalau dulu macam malu-malu kucing, semalam sudah macam harimau. Kali kelima nanti saya tak tahulah.

Nahi mungkar ini perlu dilatih. Setiap kali kita buat, kita improve. Oleh itu, jangan abaikan setiap mungkar yang berlaku di hadapan anda.

Itulah refleksi saya. Moga Allah tetapkan kita atas jalan Umat Terbaik, Yang Mengajak Makruf, Menghalang Mungkar dan Beriman Kepada Allah. Ameen.

Kredit : BILAL JAILANI
Team of Dakwah

10/02/2026
04/01/2026

Sumbangan banjir ini sampai dengan selamat kepada mangsa banjir di Padang, Sumatera # banjir

04/01/2026

Begini la suasana jalan sempit yang terpaksa dihadapi kerana persekitan yg penuh dgn lumpur.
Perjalanan utk menyampaikan bantuan agak sukar. InsyaAllah amanat ini dapat disampaikan sesegera mungkin.

04/01/2026

Perjalanan menyusuri kesan banjir di sebuah kampung di Padang Sumatera oleh ketua delegasi Ngo kami, Master Shiro.

Edaran sudah sampai ke kampung di bahagian pekan. Penduduk mengucapkan syukur dan terima kasih kpd rakyat malaysia keran...
04/01/2026

Edaran sudah sampai ke kampung di bahagian pekan. Penduduk mengucapkan syukur dan terima kasih kpd rakyat malaysia kerana sudi memberikan sumbangan

Alhamdulillah bantuan sudah sampai ke pusat pengumpulan . Pusat ini merupakan pejabat wali kota daerah Padang.InsyaAllah...
04/01/2026

Alhamdulillah bantuan sudah sampai ke pusat pengumpulan . Pusat ini merupakan pejabat wali kota daerah Padang.
InsyaAllah edaran bebrapa barang keperluan harian isirumah akan diagihkan di kampung berdekatan dahulu.

Sebaik sahaja mendarat ke Padang Sumatera team Ngo kami telah berjaya membeli bahan dan peralatan yang diperlukan oleh m...
04/01/2026

Sebaik sahaja mendarat ke Padang Sumatera team Ngo kami telah berjaya membeli bahan dan peralatan yang diperlukan oleh mangsa banjir pada 3/1/26 jam 12.00 tgh.

Kelihatan sarat muatan lori yang di longgokan dengan barang2 keperluan. Membeli brg2 di sana lebih mudah dan murah berbanding membawa nya dari Malaysia.

Perjalanan ini masih jauh dengan jalan berliku dipenuhi lumpur yang tebal. Semoga penghantaran bantuan ini dipermudahkan.

Sabtu 3/1/2026 serahan sumbangan kepada wakil rombongan gabungan Ngo yang akan turun menyampaikan bantuan kepada mangsa ...
04/01/2026

Sabtu 3/1/2026 serahan sumbangan kepada wakil rombongan gabungan Ngo yang akan turun menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Padang, Sumatera

Wakil gabungan NGO ialah Master Shiro dari KPMM (kelab penulis muda Malaysia) menerima wang tunai dari Tuan Presiden Ngo Kawan En Syahrul dan bendahari Pn Raja Sarimah.

Semoga sumbangan ini sampai ke sasaran kampung yang memerlukan. InsyaAllah

Address

Lorong Naluri Sukma 8/24
Kuala
42300

Telephone

+60197246908

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kitakan Kawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kitakan Kawan:

Shortcuts

Share