JPKK Kampung Petai Bubus

JPKK Kampung Petai Bubus JPKK (Jawatan Kuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung) Kampung Petai Bubus

Anak dara berbaju kebaya,  Berjalan sopan manis gayanya;  Beliawanis Petai Bubus bersatu raya,  Budi pekerti jadi budaya...
18/04/2026

Anak dara berbaju kebaya,
Berjalan sopan manis gayanya;
Beliawanis Petai Bubus bersatu raya,
Budi pekerti jadi budaya.

Alhamdulillah, Sambutan Hari Raya Aidilfitri Beliawanis Kampung Petai Bubus telah melabuhkan tirainya dengan penuh jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli, tetamu jemputan dan urus setia yang telah menjayakan majlis ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus berkekalan.

Jikalau mudik ke Negeri Pahang,
Membawa sutera tujuh warna.
Jikalau masih ada rezeki panjang,
InsyaAllah kita berjumpa jua.

Tahniah kepada ibu-ibu yang baru menyambut kelahiran cahayamata. Selamat atas kelahiran si comel 👶 Semoga si ibu cepat p...
28/12/2025

Tahniah kepada ibu-ibu yang baru menyambut kelahiran cahayamata.
Selamat atas kelahiran si comel 👶 Semoga si ibu cepat pulih dan bayi membesar sihat, ceria, serta menjadi anak soleh/solehah yang membanggakan keluarga, sentiasa dalam lindungan Allah SWT

Di pentas ini berdiri insan kecil berhati besar,melangkah dengan keberanian yang dibaja oleh doa dan kasih.Setiap senyum...
16/12/2025

Di pentas ini berdiri insan kecil berhati besar,
melangkah dengan keberanian yang dibaja oleh doa dan kasih.
Setiap senyuman menyimpan impian,
setiap gerak melakar masa depan,
setiap suara mengandung harapan ummah.
Moga langkah kecil hari ini
menjadi jalan menuju akhlak mulia dan kejayaan yang diredai Ilahi.

MAJLIS ANUGERAH PRESTASI
Pasti Al-Husna, Kg Petai Bubus

Tahniah anak-anak soleh dan solehah🥰Hari ini kamu diraikan, bukan sekadar kerana bijak membaca dan menulis, tetapi keran...
14/12/2025

Tahniah anak-anak soleh dan solehah🥰
Hari ini kamu diraikan, bukan sekadar kerana bijak membaca dan menulis, tetapi kerana usaha, akhlak dan semangat kamu yang luar biasa. Ingat ya sayang, kejayaan bukan diukur hanya dengan hadiah, tapi dengan hati yang tidak pernah berhenti mencuba. Terus melangkah, Allah sentiasa bersama.

MAJLIS ANUGERAH PRESTASI
Pasti Al-Husna, Kg Petai Bubus

Tahniah diucapkan kepada 2 orang pelajar yang telah dinobatkan untuk menerima Anugerah Mumtaz  iaitu Nur Haura Sofia bt ...
14/12/2025

Tahniah diucapkan kepada 2 orang pelajar yang telah dinobatkan untuk menerima Anugerah Mumtaz iaitu Nur Haura Sofia bt Mohd Syahir bagi 6 tahun, manakala
dan Ainul Mardhiyah bt Anuar bagi kategori 5 tahun. Semoga adik-adik terus mencapai kejayaan di dunia dan akhirat dalam bidang yang diceburi.

MAJLIS ANUGERAH PRESTASI
Pasti Al-Husna, Kg Petai Bubus

Dengan suara yang penuh sabar,kalian membisikkan kalimah tauhidke telinga yang masih mentah,mengajar tangan kecil menyus...
14/12/2025

Dengan suara yang penuh sabar,
kalian membisikkan kalimah tauhid
ke telinga yang masih mentah,
mengajar tangan kecil menyusun doa,
mengajar bibir kecil menyebut nama Allah
dengan cinta.

Wahai guru-guru ku,
kalian tidak hanya mengajar huruf dan angka,
tetapi menanam adab sebelum ilmu,
iman sebelum kefahaman,
dan kasih sebelum teguran.
Dalam setiap pelukan yang menenangkan,
terselit doa yang diam-diam naik ke langit.

Terima kasih kepada guru-guru Pasti Al-Husna yang telah menabur bakti untuk mendidik anak bangsa dalam melahirkan generasi celik al-quran. Cenderahati yang kecil ini sememangnya tidak mampu membayar segala jasa-jasamu. Semoga dirimu sentiasa dalam rahmat Allah 🤲🏻

MAJLIS ANUGERAH PRESTASI
Pasti Al-Husna, Kg Petai Bubus

Alhamdulillah, selesai sudah Program Maulidur Rasul & Sukaneka Kelas Kafa Al Husna🌟 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصح...
07/09/2025

Alhamdulillah, selesai sudah Program Maulidur Rasul & Sukaneka Kelas Kafa Al Husna

🌟 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم🌟
Selawat bergema, hati terasa tenang.
Bertemankan hujan renyai-renyai, anak-anak kelas kafa berselawat menyambut kelahiran baginda Nabi Muhammad SAW.

Disambung p**a dengan sukaneka santai. Terima kasih kepada para guru dan ajk yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.

Terima kasih semua yang hadir & support. Moga ukhuwwah kita terus kuat, dan cinta Rasul makin mekar dalam hati 🌹

Jumpa di program seterusnya, insyaAllah! 🫶


Jangan lupa program esok hari deh, dijemput hadir semua
04/09/2025

Jangan lupa program esok hari deh, dijemput hadir semua

Sukar sekali jika kamu nak tangkap ikan di kolam yang besar kan?Cuba kamu buang air dalam kolam itu, apa yang akan berla...
03/09/2025

Sukar sekali jika kamu nak tangkap ikan di kolam yang besar kan?

Cuba kamu buang air dalam kolam itu, apa yang akan berlaku?

Air semakin sedikit, tempat ikan berenang semakin sempit, kamu dengan mudah menangkap ikan bahkan dengan tangan sekalipun.

Begitulah situasi yang digambarkan kepada umat Islam hari ini. Musuh Islam sukar menyerang umat Islam sekiranya baju Islam masih tersemat utuh pada diri umat Islam. Lalu ditanggalkan sedikit demi sedikit dengan pelbagai cara. Salah satunya dengan merosakkan wanita-wanita Islam. Ini kerana musuh Islam tahu umat Islam yang hebat datang daripada para ibu yang hebat. Maka dirosakkan para wanita dengan pelbagai habuan duniawi.

Jagalah dirimu para wanita sekalian. Dunia hari ini sangat menuntut diri kita untuk menjaga diri kita sebaiknya. Merdeka yang sebenarnya adalah apabila kita berjaya memartabatkan Islam dalam diri kita, keluarga, masyarakat seterusnya negara.



Alhamdulillah program Brisk Walk wanita peringkat Kampung Petai Bubus dah pun selesai dengan jayanya.Terima kasih banyak...
02/09/2025

Alhamdulillah program Brisk Walk wanita peringkat Kampung Petai Bubus dah pun selesai dengan jayanya.

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang hadir menjayakan program ini dari anak kecil sampai lah ke para ibu. Memang meriah suasana sepanjang program penuh dengan gelak tawa, semangat, dan langkah-langkah sihat 💪😊

Bukan saja badan rasa segar, malah ukhuwah sesama kita pun makin erat. Seronok tengok semua turun padang, saling menyapa, saling menguatkan.

InsyaAllah, program ini akan diadakan setiap bulan. Stay tuned ya semua🥰. Semoga kita semua dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat bersama-sama 🌿✨
Sampai jumpa di program akan datang!

Cuaca yang mendung dengan angin yang bertiup kencang tidak mematahkan semangat kami menziarahi adik Hayyan yang baru dil...
07/08/2025

Cuaca yang mendung dengan angin yang bertiup kencang tidak mematahkan semangat kami menziarahi adik Hayyan yang baru dilahirkan. Tahniah kepada Pn Huda. Tidak lupa juga cucu kepada setiausaha cawangan yang juga baru melahirkan. Turut diziarahi juga adik Uwais yang dilanggar oleh sebuah motosikal. Semoga adik Uwais sentiasa kuat dan semangat. Seterusnya tidak dilupakan juga adik Dian yang baru keluar daripada hospital akibat tidak dapat minum susu dengan baik. Berat adik Dian yang semakin menurun selepas p**ang dari hospital merungsingkan ibu bapanya. Semoga adik Dian semakin sihat dan kuat💪🏻

Betapa indahnya bila berkumpul macam ni, tak perlu majlis besar-besaran, cukup dengan hati yang tulus dan niat baik. Sem...
20/07/2025

Betapa indahnya bila berkumpul macam ni, tak perlu majlis besar-besaran, cukup dengan hati yang tulus dan niat baik. Semoga bacaan Yasin ini jadi pengikat dan permulaan kebaikan yang berpanjangan. Terima kasih kepada tuan rumah yang menyediakan tempat dan makanan dan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis.

Address

KAMPUNG PETAI BUBUS
Kuala Terengganu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kampung Petai Bubus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPKK Kampung Petai Bubus:

Share