Pertubuhan Kebajikan Prihatin

Pertubuhan Kebajikan Prihatin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Kebajikan Prihatin, Non-Governmental Organization (NGO), PERSIARAN JUBLI EMAS, Kangar.

"Ikhlas Berbakti, Prihatin Di Hati"
(PPM-002-09-11102022)
Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS)

Salurkan Sumbangan Anda Pada
09010010097984 (BANK ISLAM)
Pertubuhan Kebajikan Prihatin Perlis PAGE INI ADALAH UNTUK
* MENGAJAK SEMUA UMAT ISLAM TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK DAN PERKAUMAN UNTUK MEMBANTU GOLONGAN YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN ,SEPERTI KEPRLUAN ASAS DAN BARANGAN DAPUR,
* H

ASIL SUMBANGAN AKAN TERUS DISAMPAIKAN KEPADA PENERIMA ,TANPA PERLU UNTUK MENGISI WALAUPUN SATU BORANG,DAN YANG LEBIH PENTING TAK PERLU PHOTOSTAT I/C ATAU GAMBAR BERUKURAN PASPORT 2 KEPING.
* SEMUA INI ATAS MENYAHUT SERUAN BAGINDA NABI, MUDAHKAN JANGAN SUSAHKAN.
* SETIAP AKTIVITI AKAN SENTIASA DI MUAT NAIK DI FB.BUKAN BERTUJUAN RIAK.TETAPI SEBAGAI MENGIKUT AJARAN RASUL RIWAYAT MUSLIM, UNTUK MENJADI PELOPOR KEBAJIKAN KEPADA UMAT

PROJEK BAKUL PRIHATIN: SUMBANGAN ANDA, MELAKAR KECERIAAN PENERIMA ✨​Projek Bakul Prihatin Pertubuhan Kebajikan Prihatin ...
31/07/2026

PROJEK BAKUL PRIHATIN: SUMBANGAN ANDA, MELAKAR KECERIAAN PENERIMA ✨

​Projek Bakul Prihatin Pertubuhan Kebajikan Prihatin Perlis direalisasikan pada pertengahan Jun 2026 ilham Pengerusi Pertubuhan bagi membantu dan meringankan beban asnaf, fakir & miskin. Sedikit bantuan dan sumbangan daripada anda mampu meringankan beban mereka.

​Pihak Pertubuhan Kebajikan Prihatin Perlis sedang membuka peluang kepada anda semua untuk bersama-sama menyebarkan keceriaan dan kebahagiaan kepada golongan yang memerlukan. Mari kita ringankan beban saudara-saudara kita melalui kempen ini! ❤️

​🎯 Sasaran Kutipan: RM60,000.00
​👥 Golongan Sasaran: Asnaf, Fakir & Miskin
​📅 Tempoh Pelaksanaan: Ogos - Disember 2026
​📍 Lokasi: Sekitar Perlis & Luar Negeri Perlis

​Setiap sumbangan anda bukan sahaja mengisi perut yang lapar, malah melakar senyuman dan keceriaan di wajah para penerima. Jom berinfaq! 🌟

​Sumbangan mudah dan pantas juga boleh disalurkan melalui imbasan kod QR DuitNow yang tertera pada poster. 📱

​Sebarang Pertanyaan & Maklumat Lanjut:
​📲 012-406 5115 (Ustaz Mohd Rizal)
​📲 013-635 0250 (Ustaz Amin)

​Mohon kerjasama daripada semua pihak untuk menyebarkan poster ini demi kebaikan bersama. 🤲






SALURKAN INFAQ PRIHATIN ✨️​Alhamdulillah, pihak Pertubuhan Kebajikan Prihatin Perlis terus aktif menjalankan pelbagai in...
31/07/2026

SALURKAN INFAQ PRIHATIN ✨️

​Alhamdulillah, pihak Pertubuhan Kebajikan Prihatin Perlis terus aktif menjalankan pelbagai inisiatif kebajikan demi membantu golongan yang memerlukan. Antara program utama kami termasuklah:

1. ​Program Santuni Asnaf
2. ​Tajaan Makanan
3. ​Misi Bantuan Bencana
4. ​Program Kemanusiaan
5. ​Program Pendidikan

​Jom sama-sama kita hulurkan tangan, ringankan beban mereka yang diuji. Sedikit sumbangan anda membawa erti yang besar buat kelangsungan hidup golongan sasar. 🤲

​Salurkan sumbangan anda dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster di atas. 📲

​Sebarang Pertanyaan & Maklumat Lanjut:
​012-406 5115 (Ustaz Mohd Rizal)
​013-635 0250 (Ustaz Amin)

​Mohon sebarkan poster ini untuk kebaikan bersama.

Setiap sumbangan anda amat berharga dalam membawa perubahan yang bermakna. Jom bersama-sama kami dalam membantu mereka yang memerlukan hari ini.







PEMERIKSAAN BERKALA & PERBINCANGAN KERJASAMA📅 26 Jun 2026 (Jumaat)🕙 10.00 pagiAlhamdulillah, telah berlangsung sesi Peme...
26/06/2026

PEMERIKSAAN BERKALA & PERBINCANGAN KERJASAMA

📅 26 Jun 2026 (Jumaat)
🕙 10.00 pagi

Alhamdulillah, telah berlangsung sesi Pemeriksaan Berkala Pertubuhan Kebajikan Prihatin Perlis bersama pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Negeri Perlis.

Sesi ini bertujuan memastikan urus tadbir pertubuhan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan, di samping mengadakan perbincangan kerjasama berkaitan urus tadbir dan pengurusan pertubuhan bagi memperkukuhkan pentadbiran, meningkatkan keberkesanan pengurusan serta memperluaskan jaringan kerjasama demi manfaat masyarakat.

Semoga segala perancangan dan usaha yang dibincangkan dapat dipermudahkan serta memberi impak positif kepada pembangunan Pertubuhan Kebajikan Prihatin Perlis.

"Ikhlas Berbakti, Prihatin Di Hati"

Mesyuarat Jawatankuasa Bil.2/2026 🗓 Rabu, 24 Jun 2026⏰️ 9.30 Malam📍 Bilik Mesyuarat Masjid Alwi, KangarTerima kasih kepa...
25/06/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Bil.2/2026

🗓 Rabu, 24 Jun 2026
⏰️ 9.30 Malam
📍 Bilik Mesyuarat Masjid Alwi, Kangar

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir dan memberikan komitmen dalam merancang serta memperkasakan aktiviti kebajikan untuk manfaat masyarakat.

"Ikhlas Berbakti, Prihatin Di Hati"

PROGRAM PRIHATIN KOMUNITIPada 24 Jun 2026 (Rabu) jam 10.00 malam, Pertubuhan Kebajikan Prihatin Perlis (PRIHATIN) telah ...
25/06/2026

PROGRAM PRIHATIN KOMUNITI

Pada 24 Jun 2026 (Rabu) jam 10.00 malam, Pertubuhan Kebajikan Prihatin Perlis (PRIHATIN) telah melaksanakan satu program kebajikan dengan mengagihkan nasi lemak kepada para petugas yang sedang bertugas di Jabatan Kecemasan, Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Program ini merupakan tanda penghargaan dan sokongan kepada warga kerja kesihatan yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat tanpa mengira masa, khususnya ketika bertugas pada waktu malam. Diharapkan sumbangan kecil ini dapat menceriakan mereka serta menyuntik semangat dalam menjalankan amanah yang dipikul.

PRIHATIN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas kesihatan atas jasa dan pengorbanan mereka demi kesejahteraan rakyat.

"Ikhlas Berbakti, Prihatin Di Hati"

𝗧𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗝𝗔𝗠𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗕𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗡𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘-𝟭𝟭_________✨✨ ________📅 24-26 April 2026Jumaat-Ahad🕌 Masjid...
22/04/2026

𝗧𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡
𝗝𝗔𝗠𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗕𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗡𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘-𝟭𝟭
_________✨✨ ________
📅 24-26 April 2026
Jumaat-Ahad
🕌 Masjid Alwi, Kangar

𝘑𝘰𝘮 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘚𝘶𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨, 𝘚𝘶𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘚𝘦𝘪𝘬𝘩𝘭𝘢𝘴 𝘏𝘢𝘵𝘪 𝘚𝘦𝘵𝘶𝘭𝘶𝘴 𝘑𝘪𝘸𝘢...

Address

PERSIARAN JUBLI EMAS
Kangar
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Prihatin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share