24/08/2026
πΉ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H πΉ
Ψ¨ΩΨ³ΩΩ
Ω Ψ§ΩΩΩΩ°ΩΩ Ψ§ΩΨ±ΩΩΨΩΩ
Ω°ΩΩ Ψ§ΩΨ±ΩΩΨΩΩΩΩ
Ω
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut dan menghayati bulan kelahiran insan paling mulia, junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Salam Maulidur Rasul 1448H buat seluruh umat Islam yang sentiasa menyimpan cinta dan rindu kepada Baginda Rasulullah SAW.
Baginda bukan sekadar seorang Nabi dan Rasul, bahkan insan agung yang membawa cahaya hidayah, mengajar kita erti kasih sayang, pengorbanan, kesabaran dan perjuangan. Cinta kepada Rasulullah SAW bukan hanya diungkapkan dengan kata-kata, tetapi dibuktikan dengan menghidupkan sunnah Baginda, memperbanyakkan selawat dan meneruskan perjuangan dakwah dengan penuh keikhlasan.
Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyuburkan kembali rasa cinta yang mendalam dalam hati kita kepada Habibullah, Nabi Muhammad SAW, serta menguatkan azam untuk menjadikan Baginda sebagai qudwah terbaik dalam setiap langkah kehidupan.
Ψ§ΩΩΩΩΩΩΩ
ΩΩ Ψ΅ΩΩΩΩ ΨΉΩΩΩΩ Ψ³ΩΩΩΩΨ―ΩΩΩΨ§ Ω
ΩΨΩΩ
ΩΩΨ―Ω ΩΩΨΉΩΩΩΩ Ψ’ΩΩ Ψ³ΩΩΩΩΨ―ΩΩΩΨ§ Ω
ΩΨΩΩ
ΩΩΨ―Ω
«Ya Rasulullah⦠kami mungkin tidak pernah melihatmu, namun hati kami sentiasa merinduimu. Kami mungkin hidup jauh dari zamanmu, namun kami berharap dapat bersama-sama denganmu di akhirat kelak.»
πΉ Salam Maulidur Rasul 1448H πΉ
Semoga cinta kepada Rasulullah SAW terus mekar di dalam jiwa, menjadi cahaya dalam kehidupan dan membawa kita memperolehi syafaat Baginda di akhirat nanti.
Dengan penuh kasih dan kecintaan kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW,
USTAZ MOHD FAKHRUDDIN ARRAZI BIN ABDULLAH
Pengerusi Pertubuhan Gagasan Arrazi Perlis (PGAP)