KRT Taman Gombak

Call Directions Contact the organization

KRT Taman Gombak Kawasan Rukun Tetangga Taman Gombak

16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026

16 September menjadi lambang penyatuan, kekuatan dan semangat kebersamaan sebuah negara bernama Malaysia. Berbeza negeri, budaya dan bahasa, namun kita berdiri megah di bawah satu Jalur Gemilang.

Semoga semangat Hari Malaysia terus menyatukan hati, menyuburkan rasa cinta kepada tanah air serta menggerakkan kita bersama-sama membina Malaysia yang aman, berilmu dan sejahtera.

Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾




Kementerian Perpaduan Negara
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Selangor - Rasmi
Rakan Perpaduan Gombak

15/09/2026

Kuiz kemerdekaan KRT Taman Gombak.

Kementerian Perpaduan Negara
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Rakan Perpaduan Gombak
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Selangor - Rasmi

14/09/2026

Apa erti merdeka buat kita? 🇲🇾

Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan. Erti kemerdekaan yang sebenar lebih luas. Minda yang bebas daripada kejahilan, jiwa yang bebas daripada belenggu yang melemahkan, serta keberanian menentukan masa depan berlandaskan nilai dan prinsip.

Kemerdekaan juga membawa tanggungjawab untuk terus menuntut ilmu, memelihara keharmonian, saling menghormati dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Kerana sebuah negara yang benar-benar merdeka lahir daripada rakyat yang merdeka pemikirannya, teguh jiwanya dan luhur tindakannya.

Hayati erti kemerdekaan. Hargai nikmat kebebasan. Teruskan membina Malaysia dengan ilmu, nilai dan kebersamaan. 🇲🇾





Rakan Perpaduan Gombak
Kementerian Perpaduan Negara
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Selangor - Rasmi

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Di bumi ini, pernah tumpah keringat dan darah pejuang negara. Di bumi ini juga...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Di bumi ini, pernah tumpah keringat dan darah pejuang negara.

Di bumi ini juga pernah berdiri mereka yang memilih untuk berjuang agar generasi selepasnya dapat hidup dalam sebuah negara yang bebas, berdaulat dan bermaruah.

Hari ini, masa depan tanah air ini berada di tangan kita. Kita yang akan menentukan nasib bangsa dan negara ini.

Jangan biarkan perbezaan memisahkan kita.

Selagi Jalur Gemilang berkibar megah, selagi lagu Negaraku terus bergema,
Selagi itu tanah bertuah ini akan terus kita pertahankan demi Malaysia 🇲🇾 tercinta!

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69.

Jawatankuasa KRT Taman Gombak Sesi 2026-2029



SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAHAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Kepada seluruh anak-anak pelaja...
11/01/2026

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Kepada seluruh anak-anak pelajar dan ibu bapa penduduk Taman Gombak, kami mengucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah bagi sesi persekolahan yang baharu.

Semoga anak-anak semua memulakan sesi ini dengan semangat yang tinggi, dipermudahkan urusan pembelajaran, serta dikurniakan kejayaan dalam akademik dan sahsiah.

Kami juga menyeru para ibu bapa agar sentiasa memantau keselamatan anak-anak, khususnya ketika pergi dan pulang dari sekolah.

Selamat maju jaya dan selamat menuntut ilmu.

Jawatankuasa KRT Taman Gombak

 Mesyuarat AJK KRT Taman Gombak kali Ketiga 2025Tarikh: *03/10/2025*Hari: *Jumaat*Masa: *9.00 malam*Tempat: Dewan Masyar...
15/12/2025



Mesyuarat AJK KRT Taman Gombak kali Ketiga 2025

Tarikh: *03/10/2025*
Hari: *Jumaat*
Masa: *9.00 malam*
Tempat: Dewan Masyarakat Taman Gombak.

*Agenda utama:*
1. ⁠Program OSCAR PDRM

*PROGRAM POLIS BERSAMA MASYARAKAT TAMAN GOMBAK*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,Sukacita d...
15/12/2025

*PROGRAM POLIS BERSAMA MASYARAKAT TAMAN GOMBAK*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa *Polis Diraja Malaysia (PDRM)* dengan kerjasama *Kawasan Rukun Tetangga Taman Gombak* akan menganjurkan:

📅 Jumaat, *10 Oktober 2025*
⏰ 9.00 malam
📍 Dewan Masyarakat Taman Gombak

Program Oscar PDRM merupakan sebuah inisiatif komuniti yang dijalankan oleh PDRM bagi mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat setempat, meningkatkan kesedaran keselamatan, serta membincangkan dan menangani isu jenayah termasuk jenayah siber dan komersial.

Untuk makluman, antara yang akan hadir ialah *Ketua Bahagian Trafik IPD Gombak*, *Ketua Polis Balai Gombak* serta anggota sektor.

Sehubungan itu, seluruh komuniti Taman Gombak dijemput hadir *bagi mengemukakan sebarang isu atau permasalahan yang berkaitan dengan keselamatan dan kes-kes di kawasan KRT Taman Gombak untuk disalurkan terus kepada pihak PDRM.*

Sekian, terima kasih.

KRT Taman Gombak

Address

Kampong Gombak

Telephone

+60145114634

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Taman Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT Taman Gombak:

Shortcuts

Share

Nearby non profit organizations