Jkkkp Kg. Simpang 3, Gombak

Jkkkp Kg. Simpang 3, Gombak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)

Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (Persekutuan) atau JKKK(P) merupakan jawatankuasa peringkat kampung yang dilantik oleh pihak kerajaan persekutuan bagi mentadbir, mengurus dan memajukan setiap kampung. JKKK(P) adalah ejen pembangunan di peringkat akar umbi di dalam sistem pentadbiran kerajaan, yang juga bertindak sebagai penghubung di antara agensi-agensi kerajaan dengan rakyat dan bert

anggungjawab menyebarkan maklumat berkaitan program-program kerajaan yang dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat. JKKK(P) merupakan unit pelaksana dasar-dasar kerajaan di peringkat yang paling hampir dengan rakyat, di samping menjadi ejen menyalurkan aspirasi rakyat kepada peringkat yang lebih tinggi. Sebagai kumpulan yang paling hampir dengan masyarakat kampung, JKKK(P) bertanggungjawab di dalam mentabdir dan memajukan sesebuah kampung dan menjadi badan penggerak utama di dalam menggembleng sumber tenaga, pembangunan dan perubahan sikap masyarakat kampung ke arah membentuk warga desa yang berdaya maju serta inovatif. JKKK(P) Online merupakan satu platform berasaskan web yang dibangunkan khusus bagi menyelaraskan JKKK(P) seluruh negara di bawah satu bumbung bagi memudahkan interaksi dan penyaluran maklumat secara di dalam talian, di antara rakyat dengan pihak kerajaan. ICT akan dimanfaatkan sepenuhnya di dalam pentadbiran JKKK(P) dan usaha ini akan menjadikan JKKK(P) sebagai organisasi yang lebih menyerlah, berfungsi semaksimum mungkin serta dekat di hati rakyat.

Address

Lot 15, Jalan Dewan, Simpang 3, Batu 6 3/4
Kuala Lumpur
53100

Telephone

60123890754

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jkkkp Kg. Simpang 3, Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Featured

Share