Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum: Yayasan QU

Call Directions Website Contact the organization

Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum: Yayasan QU Sebuah NGO Islam yg beriltizam utk membina falsafah kehidupan al Quran & as Sunnah. Qasimul Ulum Educ.Foundation (QUE Foundation) is an Islamic non-govern. org.

with a vision to develop a caring society according to the tenets of the Quran and Sunnah.

๐Ÿ“š BANTU KAMI MELUNASKAN BAKI ELAUN GURU PAKAR SPM ๐ŸคฒMaahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum sedang mengumpulkan dana sebanyak...
01/09/2026

๐Ÿ“š BANTU KAMI MELUNASKAN BAKI ELAUN GURU PAKAR SPM ๐Ÿคฒ

Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum sedang mengumpulkan dana sebanyak RM25,800 bagi membayar baki elaun guru-guru pakar SPM untuk empat bulan, dari September hingga Disember 2026. โณ

Guru-guru ini membimbing para pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Kimia, Fizik, Biologi dan Sejarah. ๐Ÿ“–

Sumbangan tuan/puan, walaupun kecil, amat bermakna untuk memastikan pembelajaran para pelajar dapat diteruskan dengan sempurna.

Allah SWT berfirman:
โ€œAllah melipatgandakan ganjaran bagi sesiapa yang Dia kehendaki.โ€
โ€” Surah al-Baqarah, ayat 261

๐Ÿคฒ Sumbangan boleh dibuat dengan mudah melalui Herepay:
๐Ÿ”— [https://app.herepay.org/mataqu/guru-pakar]

RM10, RM50, RM100 atau apa-apa jumlahโ€”setiap ringgit membantu seorang guru meneruskan amanah dan seorang pelajar memperoleh ilmu. ๐Ÿ’ก

Jika belum berkesempatan menyumbang, mohon bantu kongsikan rayuan ini kepada keluarga, sahabat dan kenalan korporat. ๐Ÿ“ข

Jejak Huffaz Profesional merupakan sebuah inisiatif Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum yang mengetengahkan kisah kejayaan p...
16/07/2026

Jejak Huffaz Profesional merupakan sebuah inisiatif Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum yang mengetengahkan kisah kejayaan para huffaz dalam pelbagai bidang profesional sebagai sumber inspirasi kepada masyarakat.

Melalui penerbitan video yang berkualiti, program ini memberi ruang kepada para profesional berlatarbelakangkan hafazan al-Quran untuk berkongsi pengalaman, nilai kepimpinan serta perjalanan kerjaya yang telah membentuk kejayaan mereka.

Yayasan mengalu-alukan penyertaan daripada individu yang berkhidmat dalam bidang perubatan, pendidikan, kejuruteraan, teknologi, penyelidikan, korporat, penerbangan serta bidang profesional lain.

Sekiranya anda mengenali calon yang sesuai, kami mengalu-alukan pencalonan melalui kod QR yang disediakan atau hubungi 017-200 5453 untuk maklumat lanjut.

Pendaftaran boleh dilakukan di : https://forms.gle/g6eZDHJX2MHjSLcq5

Bersama merakam kisah, menyebarkan inspirasi dan membina legasi huffaz profesional untuk generasi akan datang.

08/07/2026
08/07/2026

Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum bersama Kembara Masjid MADANI berpeluang menziarahi Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur bagi mengetengahkan usaha penambahbaikan masjid demi keselesaan para jemaah.

Masjid yang dibina pada tahun 2005 ini memerlukan kerja-kerja naik taraf termasuk pemasangan sistem penyaman udara berpusat, penambahbaikan mihrab serta mengecat semula bangunan. Bagi merealisasikan usaha ini, dana sebanyak RM1.3 juta diperlukan melalui wakaf tunai.

๐Ÿฆ Bank Muamalat: 1408-0001-1057-10
Nama Akaun: Masjid Al-Muqarrabin
๐Ÿ“Œ Rujukan: Infak Naiktaraf Masjid

Setiap sumbangan anda adalah pelaburan akhirat yang memberi manfaat berpanjangan kepada rumah Allah dan seluruh komuniti.

"Bersama Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum dan Kembara Masjid MADANI, kita menghidupkan masjid dan membina ummah."

08/07/2026

Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum bersama Kembara Masjid MADANI berkesempatan menziarahi Masjid Al-Mubarakah, Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur bagi mengetengahkan usaha pembangunan semula masjid demi keselesaan lebih 4,500 ahli kariah.

Bagi merealisasikan projek ini, dana sebanyak RM14.1 juta diperlukan bagi membina bangunan masjid baharu, kuarters imam dan bilal serta Tadika Islam MAIWP yang lebih moden dan berkapasiti tinggi.

Ayuh bersama menghulurkan infak dan menyokong pembangunan Masjid Al-Mubarakah.

๐Ÿ”— Sumbangan:
https://payment.wakafwilayah.com.my/referralmaiwp/14/P83092

"Bersama Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum dan Kembara Masjid MADANI, kita menghidupkan masjid dan membina ummah."

Nabi Shallallahu Alaihi raa Sallam bersabda,ู„ุง ูŠูŽุญูู„ู‘ู ู„ุงู…ุฑุฃุฉู ุชูŽุตููˆู…ู ูˆุฒูŽูˆู’ุฌูู‡ุง ุดูŽุงู‡ูุฏูŒ ุฅู„ู‘ูŽุง ุจูุฅูุฐู’ู†ูู‡ู ุŒ ูˆ ู„ุง ุชูŽุฃู’ุฐูŽู†...
21/06/2026

Nabi Shallallahu Alaihi raa Sallam bersabda,

ู„ุง ูŠูŽุญูู„ู‘ู ู„ุงู…ุฑุฃุฉู ุชูŽุตููˆู…ู ูˆุฒูŽูˆู’ุฌูู‡ุง ุดูŽุงู‡ูุฏูŒ ุฅู„ู‘ูŽุง ุจูุฅูุฐู’ู†ูู‡ู ุŒ ูˆ ู„ุง ุชูŽุฃู’ุฐูŽู†ูŽ ููŠ ุจูŽูŠุชูู‡ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุจูุฅูุฐู’ู†ูู‡ู

"Tidak halal seorang berpuasa (puasa sunnah) sementara sang suami sedang bersamanya kecuali dengan seidzinnya, dan tidak halal baginya memberi izin (mempersilakan seseorang masuk) ke rumah suaminya kecuali dengan seizinnya."

(HR. Al-Bukhari).

Nota:
Syarah hadith dalam kitab al-Kabair (dosa-dosa besar), Imam Az-Zahabi bab 42 Isteri Derhaka:

Permasalahan pertama berkaitan dengan puasa. Puasa terbahagi kepada dua jenis, iaitu puasa wajib dan puasa sunat.

Bagi puasa wajib, seorang isteri wajib melaksanakannya walaupun tanpa keizinan suami. Contohnya, jika seorang isteri mempunyai hutang puasa Ramadan yang perlu diganti, maka dia wajib menunaikannya apabila tiba masanya.

Manakala bagi puasa sunat, seorang isteri tidak dibenarkan berpuasa ketika suaminya berada di rumah melainkan dengan keizinan suaminya. Jika suami tiada di rumah, maka isteri bebas untuk berpuasa sunat. Namun, apabila suami berada di rumah, isteri tidak boleh berpuasa sunat tanpa izinnya kerana suami mungkin memerlukan layanan atau ingin bersama isterinya pada waktu tersebut.

Sekiranya puasa yang ditunaikan ialah puasa wajib, seperti puasa ganti Ramadan, dan masa yang tinggal sebelum Ramadan berikutnya hanya beberapa hari sahaja, maka isteri wajib menyelesaikan hutang puasanya sama ada suami mengizinkannya atau tidak. Sebagai contoh, jika seorang isteri mempunyai hutang puasa selama sepuluh hari dan hanya berbaki sepuluh hari sebelum masuk Ramadan yang berikutnya, maka dia wajib berpuasa untuk menggantikannya. Walaupun suami melarangnya, kewajipan tersebut tetap perlu dilaksanakan kerana ia merupakan tuntutan syarak.

Sebaliknya, jika isteri masih mempunyai tempoh yang panjang sebelum Ramadan berikutnya, seperti satu atau dua bulan atau lebih, maka suami berhak meminta isterinya menangguhkan puasa ganti tersebut. Dalam keadaan ini, isteri tidak boleh berpuasa tanpa keizinan suami kerana masih terdapat ruang dan masa yang mencukupi untuk melunaskan hutang puasa tersebut.

Apabila suami telah mengizinkan isterinya berpuasa wajib, maka haram bagi suami membatalkan puasa isterinya semata-mata kerana ingin melakukan hubungan suami isteri. Ini kerana suami telah memberikan keizinan dan puasa wajib hendaklah disempurnakan sehingga selesai.

Namun, jika puasa yang dilakukan ialah puasa sunat, maka suami dibenarkan meminta isterinya berbuka atau bersama dengannya walaupun menyebabkan puasa sunat tersebut terbatal. Hal ini kerana puasa sunat tidak wajib disempurnakan sehingga waktu berbuka.

Sekiranya isteri berkata, โ€œWahai suamiku, engkau telah mengizinkan aku berpuasa dan berjanji tidak akan membatalkan puasaku,โ€ maka wajib bagi suami menunaikan janjinya dan tidak membatalkan puasa isterinya.

Selain itu, Rasulullah SAW bersabda bahawa seorang isteri tidak boleh mengizinkan sesiapa memasuki rumah suaminya tanpa keizinannya. Maksudnya, isteri tidak boleh membenarkan seseorang masuk ke dalam rumah kecuali setelah mendapat izin daripada suami.

Sekiranya suami secara khusus melarang seseorang daripada memasuki rumahnya, contohnya dengan berkata, โ€œSi fulan tidak boleh masuk ke rumahku,โ€ maka haram bagi isteri membenarkan orang tersebut masuk. Ini kerana rumah tersebut berada di bawah hak dan tanggungjawab suami, dan isteri hendaklah menghormati keputusan suaminya dalam perkara tersebut.

21/06/2026

Aisyah r.ha. berkata, โ€œWahai kaum wanita, seandainya kamu mengetahui hak-hak suami kamu, nescaya setiap wanita di antara kamu akan mengusap debu di kaki suaminya dengan pipinyaโ€.

Address

68-1 Jalan Prima SG 3/1, Taman Prima Seri Gombak
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum: Yayasan QU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum: Yayasan QU:

Shortcuts

Share