29/10/2026
🔴 SIARAN LANGSUNG | BACAAN YASSIN & TAHLIL MINGGUAN
🌙 Malam Jumaat, Jom Makmurkan Musolla!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ayuh bersama-sama kita mengimarahkan Musolla RPBBM dengan bacaan Yassin dan Tahlil, sambil mengeratkan ukhuwah sesama jiran. 🤲🏻
🕌 Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Mingguan
📅 Khamis, 15 Oktober 2026
🕰️ Selepas Solat Maghrib
📍 Musolla Residensi PR1MA, Bandar Bukit Mahkota
🤲 Kirim Hajat & Nama Arwah
Bagi yang ingin menyampaikan hajat atau menyertakan nama arwah ahli keluarga dan kenalan untuk bacaan Tahlil, sila maklumkan kepada pihak pengurusan musolla sebelum majlis bermula.
🍽️ Jamuan Selepas Majlis
Jamuan disediakan untuk para jemaah. Sumbangan infaq makanan dan minuman amat dialu-alukan.
💚 Infaq & Sumbangan Musolla
Maybank: 5551-0837-0517
Nama Akaun: Musolla Residensi PR1MA Bandar Bukit Mahkota
📖 Semoga majlis ini menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan dan keampunan Allah SWT buat kita semua, serta menjadi pahala berterusan buat insan-insan yang telah pergi meninggalkan kita.
Jangan sekadar menonton, jom hadir bersama-sama! 🌙