Persatuan Penduduk Seksyen 2&3 B.Bukit Mahkota

Call Directions Contact the organization

Persatuan Penduduk Seksyen 2&3 B.Bukit Mahkota Page ini adalah untuk warga penduduk Seksyen 2&3 Bandar Bukit Mahkota.

CAR BOOT SALE (CBS) TASIK SEKSYEN 2 BANDAR BUKIT MAHKOTA|11hb-Oktober-2026|⏱️ Masa 7.00 pagi - 12.30 t/hari📑 Setiap Hari...
11/10/2026

CAR BOOT SALE (CBS) TASIK SEKSYEN 2 BANDAR BUKIT MAHKOTA
|11hb-Oktober-2026|

⏱️ Masa 7.00 pagi - 12.30 t/hari
📑 Setiap Hari Ahad Sahaja

Jadual Bulan Oktober 2026
📆11.10.2026
▶️Minggu Ke-2

📆18.10.2026
▶️Minggu Ke-3

Kita dapat melihat suasana CBS Minggu ke-2 Oktober 2026 yang meriah.

Pelbagai barangan jualan samada baru atau terpakai boleh diperolehi.Jom kita memeriahkan CBS Tasik Seksyen 2 Bandar Bukit Mahkota.
Kepada peniaga baharu atau pelanggan boleh berhubung kepada urusetia CBS yang bertugas sekiranya ada sebarang pertanyaan.

RM15.00 SATU TAPAK
(FIRST COME,FIRST SERVE)

Terima kasih




MAKLUMAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGORAssalamualaikum dan salam sejahtera.YBhg. Datin/YBrs. Dr/...
08/10/2026

MAKLUMAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YBhg. Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DI NEGERI SELANGOR SUSULAN KEADAAN JEREBU

Untuk makluman semua, selaras dengan Kenyataan Media Kementerian Pendidikan (KPM) bertarikh 8 Oktober 2026, semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Selangor adalah DITUTUP SEPENUHNYA MULAI 9 Oktober 2026 susulan keadaan jerebu sehingga dimaklumkan semula oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Sehubungan itu:

Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah JPN Selangor ditutup mengikut tempoh yang ditetapkan.

Sekolah hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.

Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa.

Ibu bapa/penjaga dimohon mengikuti perkembangan dan makluman rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dari semasa ke semasa, khususnya berkaitan tarikh pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan.

Ibu bapa/penjaga juga dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berkaitan pembukaan sekolah dan hanya merujuk kepada makluman rasmi JPN Selangor/KPM.

Semua PPD dimohon memastikan makluman ini disampaikan kepada semua sekolah, institusi pendidikan, guru, AKP, ibu bapa/penjaga dan murid di daerah masing-masing.

Pihak sekolah hendaklah terus membuat pemantauan keadaan semasa dan mengutamakan keselamatan, kesihatan serta kebajikan murid dan warga pendidikan.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.
Datin Wan Nor Ashikin binti Abu Kassim

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

SARANG TEBUAN DI TAPAK CBS|06hb-Oktober-2026|Atas makluman kepada AJK Persatuan Penduduk tentang gangguan tebuan di TAPA...
08/10/2026

SARANG TEBUAN DI TAPAK CBS
|06hb-Oktober-2026|

Atas makluman kepada AJK Persatuan Penduduk tentang gangguan tebuan di TAPAK CBS (di kolam takungan Seksyen 2) dengan kerjasama Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia telah menghapuskan sarang di pokok terbabit.

"PROGRAM ZIARAH KOMUNITI" PENDUDUK SEKSYEN 2&3 BANDAR BUKIT MAHKOTA|29hb-September-2026|Perkara di atas dirujuk,semua AJ...
30/09/2026

"PROGRAM ZIARAH KOMUNITI" PENDUDUK SEKSYEN 2&3 BANDAR BUKIT MAHKOTA
|29hb-September-2026|

Perkara di atas dirujuk,semua AJK yang berkelapangan telah dijemput untuk menziarahi sahabat kita penduduk di Seksyen 2&3.

Maklumat lanjut ziarah tersebut seperti di bawah :

📆 Tarikh : 29hb-September-2026
📑 Hari : Selasa
⏱️ Masa : 9.00 malam@Lepas Solat Isyak Berjemaah

🏠 Rumah 1
✅ Nama : En Murad Bin Adam
🔬 Perkara : Bell's Palsy
🏘️ Tempat : Jalan BM 3/5

🏠 Rumah 2
✅ Nama : Pn Aslinah Bt Adnan
🔬 Perkara : Minor strok
🏘️ Tempat : Jalan BM 3/16

Program ziarah bersama :
⏩ Persatuan Penduduk Seksyen 2&3 Bandar Bukit Mahkota
⏩ KRT Seksyen 3 Bandar Bukit Mahkota
⏩ KRT Seksyen 2 Bandar Bukit Mahkota
⏩ Surau Al-Muhajirin Seksyen 1,2,3 & 9 Bandar Bukit Mahkota






CERAMAH PERDANA|27hb-September-2026|“MENCARI REDA ALLAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN”Jom luangkan masa bersama-sama dalam ma...
28/09/2026

CERAMAH PERDANA
|27hb-September-2026|

“MENCARI REDA ALLAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN”
Jom luangkan masa bersama-sama dalam majlis ilmu yang penuh keberkatan bersama:

🎙️PENCERAMAH

Al-Fadil Ustaz Elyas Ismail

📅 27 September 2026 (Ahad)
🕰️ Selepas Solat Maghrib
📍 Surau Al-Muhajirin, Bandar Bukit Mahkota

Aktiviti sampingan :*
Pemeriksaan kesihatan mula jam 4.30 petang

✨ “Bila hidup mencari reda Allah, setiap langkah menjadi ibadah.” ✨
Ayuh hadir beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat. Semoga majlis ini menjadi asbab bertambahnya ilmu, iman dan kecintaan kita kepada Allah SWT. 🤲🏻

Anjuran:
✅Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Langat

Dengan kerjasama:
✅Surau Al-Muhajirin Seksyen 1,2,3 & 9
✅KRT Seksyen 3 Bandar Bukit Mahkota
✅KRT Seksyen 2 Bandar Bukit Mahkota
✅Persatuan Penduduk Seksyen 2 & 3 Bandar Bukit Mahkota

CAR BOOT SALE (CBS) TASIK SEKSYEN 2 BANDAR BUKIT MAHKOTA|20hb-September-2026|⏱️ Masa 7.00 pagi - 12.30 t/hari📑 Setiap Ha...
20/09/2026

CAR BOOT SALE (CBS) TASIK SEKSYEN 2 BANDAR BUKIT MAHKOTA
|20hb-September-2026|

⏱️ Masa 7.00 pagi - 12.30 t/hari
📑 Setiap Hari Ahad Sahaja

Jadual Bulan September 2026
📆13.09.2026
▶️Minggu Ke-2

📆20.09.2026
▶️Minggu Ke-3

Kita dapat melihat suasana CBS Minggu ke-3 September 2026 yang meriah.

Pelbagai barangan jualan samada baru atau terpakai boleh diperolehi.Jom kita memeriahkan CBS Tasik Seksyen 2 Bandar Bukit Mahkota.
Kepada peniaga baharu atau pelanggan,oleh berhubung kepada urusetia CBS sekiranya ada sebarang pertanyaan.

Terima kasih




PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026Anjuran:✅Persatuan Penduduk Seksyen 2&3 Bandar Bukit MahkotaDengan ...
14/09/2026

PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026

Anjuran:
✅Persatuan Penduduk Seksyen 2&3 Bandar Bukit Mahkota
Dengan kerjasama:
✅ KRT Seksyen 3 Bandar Bukit Mahkota
✅ KRT Seksyen 2 Bandar Bukit Mahkota

📝 Tarikh : 13-09-2026 [Ahad]
🕚 Masa : 8.00 pagi ~ 12.30 t/hari
🏠 Tempat : Kabin Komuniti Seksyen 2&3

Terima kasih atas Kehadiran semua penduduk serta yang menyertai pelbagai aktiviti & permainan yang disediakan.Tahniah atas komitmen semua AJK yang terlibat secara langsung @ tidak langsung untuk memastikan program sambutan berjalan lancar.Kehadiran MPP MPKj Ahli Majlis Zon 24 Encik Suhaidy Bin Shuib menceriakan suasana.



SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026PROGRAM ANJURAN:✅ PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 2&3 BANDAR BUKIT MAHKOTABERSAM...
11/09/2026

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026

PROGRAM ANJURAN:
✅ PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 2&3 BANDAR BUKIT MAHKOTA
BERSAMA :
✅ KRT SEKSYEN 3 BANDAR BUKIT MAHKOTA
✅ KRT SEKSYEN 2 BANDAR BUKIT MAHKOTA

SEMUA PENDUDUK SEKSYEN 2&3 BANDAR BUKIT MAHKOTA DIJEMPUT KE PROGRAM MENGIKUT KETETAPAN SEPERTI BERIKUT :

📅 TARIKH : 13 SEPTEMBER 2026
📝 HARI : AHAD
⏰ MASA : 8.00 PAGI – 12.30 TENGAH HARI
📍TEMPAT : KABIN KOMUNITI SEKSYEN 2&3 BANDAR BUKIT MAHKOTA

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA! 🇲🇾
🚲 1. HIASAN BASIKAL MERDEKA KANAK²
⏩ PIC: En. Firdaus

👕 2. PERTANDINGAN PAKAIAN MERDEKA KANAK² & IBU/BAPA
⏩ PIC: Pn. Lyn

🎨 3. PERTANDINGAN MEWARNA KANAK² – 2 KATEGORI
⏩ PIC: Pn. Zarina

🍠 4. PERTANDINGAN MEMASAK IBU – TEMA UBI KAYU
⏩ PIC: Pn. Saniah

🗺️ 5. TREASURE HUNT BERKUMPULAN DEWASA (5 org/kumpulan)
⏩ PIC: Pn. Rohaida

🛍️ 6. GERAI JUALAN KOMUNITI (max 6 gerai, rm15/tapak)
⏩ PIC: Pn. Rosniza

💃 7. SENAMROBIK MERDEKA CAMPURAN
⏩ PIC: Pn. Lyn

🎁 CABUTAN BERTUAH JUGA TIDAK KETINGGALAN 🎁

Jangan lupa hadir dan rebut peluang memenangi hadiah menarik!

🚨 PERHATIAN! 🚨
⚠️ PENYERTAAN BAGI SETIAP AKTIVITI ADALAH TERHAD!

🏃‍♀️💨 JANGAN TUNGGU LAST MINUTE!
📲 DAFTAR SEGERA DENGAN PIC AKTIVITI MASING-MASING

🔥SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!🔥
Tempat terhad & pendaftaran akan ditutup apabila kuota penuh.

JOM SAMA-SAMA MEMERIAHKAN SAMBUTAN MERDEKA BERSAMA KOMUNITI KITA

SEMUA PENDUDUK SEKSYEN 2&3 DIJEMPUT HADIR

"KESEJAHTERAAN DINIKMATI"



MESYUARAT AJK PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 2&3 BANDAR BUKIT MAHKOTA BIL:05/2026|27hb-Ogos2026|Mengikut ketetapan seperti b...
28/08/2026

MESYUARAT AJK PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 2&3 BANDAR BUKIT MAHKOTA BIL:05/2026
|27hb-Ogos2026|

Mengikut ketetapan seperti berikut,semua AJK telah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut:

📆 Tarikh : 27hb-Ogos-2026|Khamis|
⏱️ Masa : 9.15 malam
🏠 Tempat : Kabin Persatuan Penduduk, Seksyen 2 & 3 Bandar Bukit Mahkota

Agenda Mesyuarat:

01. Kata Aluan Pengerusi PPS23BBM
02. Perbincangan ikut perbahagian Tugasan Program Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia
03. Lain-lain hal
04. Penangguhan mesyuarat

Terima kasih kepada semua AJK yang hadir ke mesyuarat tersebut.Semoga semua perancangan yang dibentang akan tercapai.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448HSemoga Allah SWT memberikan kita kekuatan untuk mengikuti jalan yang telah diajark...
24/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H

Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan untuk mengikuti jalan yang telah diajarkan Rasulullah SAW dan menjauhkan kita dari segala keburukan.

"Madani Dihayati,Ummah Diberkati"

Salam Maulidur Rasul

Ikhlas Dari:
Seluruh Ahli Jawatankuasa
Persatuan Penduduk Seksyen 2&3
Bandar Bukit Mahkota

Address

KABIN KOMUNITI SEKSYEN 2 & 3 BANDAR BUKIT MAHKOTA, KAJANG
Kajang
43000

Telephone

+60183800259

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Seksyen 2&3 B.Bukit Mahkota posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Penduduk Seksyen 2&3 B.Bukit Mahkota:

Shortcuts

Share