KRT Taman Kasih Kajang

Directions Website

KRT Taman Kasih Kajang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KRT Taman Kasih Kajang, Community Center, Taman Kasih, Kajang.

Ditubuhkan pada 2023, merupakan satu pasukan peringkat lokaliti dibawah Program Sukarela, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), bertujuan untuk meningkatkan perpaduan dan keselamatan dikomuniti.

HMM4.0: PASUKAN SRS DENGAN TUGAS KHAS19 Sept 2025Pasukan SRS sekali lagi menjalankan tugas dengan penuh didekasi bagi me...
24/09/2026

HMM4.0: PASUKAN SRS DENGAN TUGAS KHAS

19 Sept 2025
Pasukan SRS sekali lagi menjalankan tugas dengan penuh didekasi bagi memastikan kelancaran perjalanan program Fiesta HMM4.0 pada kali ini.

Dua tugas utama pada Hari berbeza:
1. 12 Sept 2026 - Mengawal dan memantau pergerakan perjalanan setiap pasukan yang berkenderaan kereta dalam permainan Treasure Hunt bagi memastikan tahap keselamatan setiap peserta.

2. 19 Sept 2026 - Mengawal lalulintas dan kumpulan bermotorsikal dan berkuda dalam perarakan HMM4.0 sempena kemerdekaan serta memastikan perjalanan yang selamat.

Tahniah kepada semua ahli SRS dan petugas!

HMM4.0: DAY 1 HIGHLIGHTS - TREASURE HUNT12 Sept 2026Acara yang bermula pada jam 2.30 petang itu disertai oleh 21 pasukan...
22/09/2026

HMM4.0: DAY 1 HIGHLIGHTS - TREASURE HUNT

12 Sept 2026
Acara yang bermula pada jam 2.30 petang itu disertai oleh 21 pasukan terdiri dari 3 ahli keluarga bagi setiap pasukan. Treasure Hunt ini telah direka melangkaui kawasan lebih jauh sehingga ke kg sungai sekamat dengan menggunakan kenderaan kereta.

Setiap pasukan telah diberikan taklimat dan satu set soalan untuk dijawab dengan pelbagai petunjuk diberikan sepanjang laluan.

Acara Treasure Hunt ini turut dihadiri Ahli Majlis MPKj Zon 10, Madam Kim dan beliau berbesar hati untuk turut berada digarisan permulaan bagi melepaskan peserta.

Hadiah-hadiah utama berbentuk wang tunai dan pelbagai hadiah menarik yang lain untuk pelbagai kategori.

HMM4.0: DAY 112 Sept 2026Permulaan Fiesta HMM4.0 menyaksikan pertembungan 2 aktiviti yang telah dirancang - Perlawanan C...
22/09/2026

HMM4.0: DAY 1

12 Sept 2026
Permulaan Fiesta HMM4.0 menyaksikan pertembungan 2 aktiviti yang telah dirancang - Perlawanan Carom (Lelaki) dan Congkak (Perempuan).

Bermula jam 8.30 pagi, semua peserta dan penyokong telah berkumpul dilokasi perkarangan surau AnNur. Acara bermuda dengan sarapan pagi dan sesi perlawanan pada jam 9.15 pagi.

Perlawanan carom dan congkak berakhir pada jam 12.30 tengahari dan pemenang akan memerima hadiah berbentuk wang tunai.

Mesyuarat AJK: Perancangan Seterusnya2 Sept 2026Mesyuarat AJK bagi sesi 2026/2029 telah diadakan bagi membincangkan bebe...
14/09/2026

Mesyuarat AJK: Perancangan Seterusnya

2 Sept 2026
Mesyuarat AJK bagi sesi 2026/2029 telah diadakan bagi membincangkan beberapa agenda penting berkaitan pencapaian dan perancangan seterusnya.

Dihadiri oleh seramai 16 orang AJK itu membincangkan antara lain perjalanan projek ekonomi dan status pembinaan kabin pasukan SRS yang masih dalam proses permohonan permit dari pihak MPKj.

Agenda lain ialah perancangan dan penglibatan KRT dalam program Fiesta HMM 4.0.

Fiesta HMM4.0Acara terbesar di Taman Kasih siri ke-4 akan bermula pada 12, 13 dan 19 September ini. Bertemakan Tradisi d...
07/09/2026

Fiesta HMM4.0

Acara terbesar di Taman Kasih siri ke-4 akan bermula pada 12, 13 dan 19 September ini. Bertemakan Tradisi dan Masa Hadapan, menguji pelbagai permainan tradisi melawan minda di zaman teknologi!

Acara ini adalah kolaborasi Persatuan Penduduk Taman Kasih, KRT dan Surau AnNur.

Pelbagai acara menarik untuk kita sama-sama sertai! Antaranya..

SRS: Rondaan Bulan Kemerdekaan30 Ogos 2026Pasukan SRS meneruskan siri pemantauan keselamatan pada malam Ambang Kemerdeka...
01/09/2026

SRS: Rondaan Bulan Kemerdekaan

30 Ogos 2026
Pasukan SRS meneruskan siri pemantauan keselamatan pada malam Ambang Kemerdekaan ke-69 dengan mengadakan sekatan jalan raya. Ini bagi meninjau gerakan keluar-masuk kenderaan dan memastikan tiada aktiviti negatif dikomuniti KRT.

Hasil pemantauan medapati ada kenderaan dan remaja-remaja dari luar yang memasuki kawasan kejiranan dengan alasan bersiar-siar tanpa sebab yang jelas. Pasukan SRS telah mengarahkan mereka untuk segera beredar dan terus memantau.

Tahniah kepada ahli-ahli yang sedia bertugas di malam Merdeka!

DEMI NEGARA TERCINTA
28/08/2026

DEMI NEGARA TERCINTA

Kini kembali.. Acara terbesar 2026!
27/08/2026

Kini kembali.. Acara terbesar 2026!

SRS: Rondaan Bulan Kemerdekaan23 Ogos 2026Rondaan mingguan oleh pasukan SRS diteruskan untuk memantau persekitaran KRT s...
25/08/2026

SRS: Rondaan Bulan Kemerdekaan

23 Ogos 2026
Rondaan mingguan oleh pasukan SRS diteruskan untuk memantau persekitaran KRT sambil meningkatkan ukhuwah sesama pasukan. Tumpuan tinjauan adalah disemua persekitaran yang terlindung termasuk kawasan parking kenderaan dan penghujung lorong dan jalan.

Tinjauan secara rawak tanpa menetapkan waktu tertentu telah diaktifkan bagi meningkatkan kawalan keselamatan di semua komuniti.

Tahniah kerana operasi telah mendapat sokongan yang baik
dari semua ahli dengan penglibatan jumlah peronda yang ramai.

PROGRAM RIADAH WANITA: CHAIROBIC - TEKNIK SENAMAN GAYA TERKINI23 Ogos 2026Jiran Wanita meneruskan aktiviti yang sangat s...
24/08/2026

PROGRAM RIADAH WANITA: CHAIROBIC - TEKNIK SENAMAN GAYA TERKINI

23 Ogos 2026
Jiran Wanita meneruskan aktiviti yang sangat sibuk minggu ini. Terkini, mereka telah mengendalikan aktiviti riadah terkini dinamakan Chairobic bersama Jurulatih Profesional bertujuan untuk membantu rutin Kesihatan terbaik dan menyeronokkan.

Aktiviti riadah berbentuk latihan gerakan khusus ini yang pertama kali diadakan telah berjaya mendapat sambutan yang begitu menggalakan dari warga KRT dań bakal diadakan secara mingguan di Arena Kasih.

Tahniah.

Address

Taman Kasih
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Taman Kasih Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share