Masjid Al Falahi Felda Lurah Bilut

Masjid Al Falahi Felda Lurah Bilut Masjid Al Falahi terletak di FELDA pertama di dunia.

Alhamdulillah, Majlis Meraikan Tetamu Allah SWT 1447H Masjid Al-Falahi Felda Lurah Bilut telah berlangsung dengan lancar...
24/04/2026

Alhamdulillah, Majlis Meraikan Tetamu Allah SWT 1447H Masjid Al-Falahi Felda Lurah Bilut telah berlangsung dengan lancar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung serta seluruh kariah yang hadir memeriahkan majlis.

Semoga segala usaha dan sumbangan kita semua diberkati dan dibalas dengan ganjaran yang baik oleh Allah SWT 🀲
Tidak lupa, kita doakan agar para tetamu Allah dipermudahkan urusan dan dikurniakan haji yang mabrur.

Terima kasih semua!

20/03/2026

Salam Aidilfitri,
Maaf zahir batin

Jom amalkan πŸ‘
20/03/2026

Jom amalkan πŸ‘

10 SUNNAH PAGI RAYA : EXTRAVAGANZA PAHALA! πŸ˜€

​Raya bukan setakat nak tayang OOTD kat Instagram je, jom kita "upgrade" pahala dengan cara Rasulullah SAW :

1. ​Takbir Raya: Jangan asyik layan lagu raya, zikir juga kena. Takbir bermula malam raya sampai imam angkat tangan solat raya.

2. ​Zakat Fitrah: Tolong jangan bayar masa imam dah nak Allahuakbar solat raya. Bayar awal sikit, mudahkan urusan orang.

3. ​Mandi Sunat: Nak pergi 'dating' dengan Allah ni, mandi biar bersih. Jangan "mandi kerbau" sebab nak kejar ketupat pagi-pagi.

4. ​Baju Terbaik: Tak perlu jenama mahal sampai berhutang. Yang penting bersih dan tutup aurat. Jangan pakai ketat sangat, takut nanti masa sujud kain terkoyak.

5. ​Wangian (Lelaki): Pakai perfume biar wangi, bukan bau peluh semalam masak rendang. Tapi jangan sembur sampai satu masjid pening kepala!

6. ​Alas Perut: Makan kurma bilangan ganjil (1, 3, atau 5) sebelum keluar. Jangan terus sebat 10 biji karipap, nanti masa solat asyik sendawa je.

7. ​Jalan Kaki: Kalau masjid sebelah rumah, jalan kaki je. Tak payah nak tunjuk kereta baru sangat, nanti susah nak cari parking.

8. ​Tukar Jalan: Pergi jalan A, balik jalan B. Sunnah tu. Mana tahu jumpa jiran yang nak bagi duit raya. Gurau πŸ˜…

9. ​Solat & Khutbah: Jangan lepas solat terus lari balik sebab takut rendang habis. Duduk j*p, dengar khutbah. Mana tahu ada nasihat yang menusuk kalbu.

10. ​Saling Mendoakan: Sebut "Taqabbalallahu minna wa minkum". Jangan asyik tanya "Bila nak kahwin?" atau "Mana duit raya?". Doa tu lagi mahal!

Infaq malam 29 Ramadan πŸŒ™Walau sekecil RM1, nilainya besar di sisi Allah.Jangan lepaskan peluang di penghujung Ramadan in...
18/03/2026

Infaq malam 29 Ramadan πŸŒ™

Walau sekecil RM1, nilainya besar di sisi Allah.
Jangan lepaskan peluang di penghujung Ramadan ini, moga setiap yang diberi menjadi asbab keberkatan dan ganjaran berlipat ganda 🀲

Assalamualaikum wbt.Pihak Masjid Al-Falahi Felda Lurah Bilut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima ka...
17/03/2026

Assalamualaikum wbt.

Pihak Masjid Al-Falahi Felda Lurah Bilut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Imam Jemputan atas kesudian serta komitmen beliau dalam memimpin solat sunat tarawih sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Segala jasa, pengorbanan dan keikhlasan beliau amat kami hargai dan hanya Allah SWT yang mampu membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Semoga beliau sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus istiqamah dalam menyebarkan ilmu serta memimpin ummah.

Terima kasih sekali lagi daripada seluruh jemaah.

17/03/2026

𝐏𝐄𝐍𝐄𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 π–π€πŠπ“π” π’πŽπ‹π€π“ 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang mengampuni perkenan Waktu Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 1447H / 2026M bagi seluruh Negeri Pahang Darul Makmur ditetapkan pada jam 8.45 pagi pada yang diputuskan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

π—œπ—žπ—¨π—§π—œ π—žπ—”π— π—œ :

https://mufti.pahang.gov.my/aktiviti/penetapan-waktu-solat-hari-raya-aidilfitri-2026m-1447h

𝗠𝗨𝗔𝗧 𝗧𝗨π—₯𝗨𝗑 π—žπ—›π—¨π—§π—•π—”π—› 𝗛𝗔π—₯π—œ π—₯𝗔𝗬𝗔 π—”π—œπ——π—œπ—Ÿπ—™π—œπ—§π—₯π—œ πŸ­πŸ°πŸ°πŸ³π—›

https://mufti.pahang.gov.my/khutbah/raya/khutbah-hari-raya-aidilfitri-1446h-2025m





Dimaklumkan kepada para jemaah, Infaq Jumaat Masjid Al-Falahi amat dialu-alukan bagi menyokong pengurusan dan aktiviti m...
06/03/2026

Dimaklumkan kepada para jemaah, Infaq Jumaat Masjid Al-Falahi amat dialu-alukan bagi menyokong pengurusan dan aktiviti masjid.

Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah dan diberkati Allah SWT.
Jazakumullahu khairan.

Dimaklumkan bahawa pihak Masjid Al-Falahi Felda Lurah Bilut turut mengadakan majlis tahlil sebelum waktu berbuka puasa.T...
04/03/2026

Dimaklumkan bahawa pihak Masjid Al-Falahi Felda Lurah Bilut turut mengadakan majlis tahlil sebelum waktu berbuka puasa.

Tahlil ini diadakan khas sebagai tanda penghargaan dan doa buat keluarga para penyumbang infaq Ramadan, serta dihadiahkan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat yang telah kembali ke rahmatullah.

Alhamdulillah, anak-anak KAFA turut berseri-seri dan gembira menerima bubur lambuk yang menjadi tradisi indah di bulan R...
02/03/2026

Alhamdulillah, anak-anak KAFA turut berseri-seri dan gembira menerima bubur lambuk yang menjadi tradisi indah di bulan Ramadan ini.

InsyaAllah, edaran bubur lambuk akan diadakan selepas solat Asar di Dewan Makan Masjid Al-Falahi, Felda Lurah Bilut.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang yang ikhlas berkongsi rezeki. Semoga setiap suapan yang dinikmati menjadi asbab pahala berpanjangan dan diberkati Allah SWT.

12/11/2025

Assalamualaikum wbt

Solat Sunat Hajat Perdana untuk calon Peperiksaan UPKK dan calon SPM 2025 akan diadakan pada ketetapan berikut :

TARIKH :13 NOVEMBER 2025 (Khamis malam Jumaat)
TEMPAT : MASJID AL - FALAHI FELDA LURAH BILUT
MASA : BERMULA SOLAT MAGHRIB

* Semua muslimin muslimat dijemput hadir.
* Jamuan disediakan selepas Solat Isyak.
* Semoga usaha, doa dan hajat kita semua diperkenankan dan mendapat keredhaan Allah SWT. InshaAllah..

πŸ‘
15/10/2025

πŸ‘

Address

Masjid Al Falahi Lurah Bilut, Lurah Bilut
Bentong
28800

Telephone

+60179357187

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al Falahi Felda Lurah Bilut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share