25/08/2026
🌙✨ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M ✨🌙
“LURAH BILUT BERSELAWAT”
Alhamdulillah, selesai sudah Program Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M – “Lurah Bilut Berselawat” yang telah berlangsung dengan penuh meriah, harmoni dan keberkatan di Padang Juang, Felda Lurah Bilut pada 24 Ogos 2026 bersamaan 11 Rabiul Awal 1448H.
Pada sebelah petang, KRT Felda Lurah Bilut turut mengambil bahagian dalam Pertandingan Sepanduk Komuniti. Penyertaan ini bukan sekadar untuk bersaing, tetapi menjadi ruang untuk warga KRT bersama-sama mencurahkan idea, kreativiti dan tenaga dalam menghasilkan sepanduk yang membawa mesej kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW ﷺ.
🤍 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada AJK KRT Felda Lurah Bilut serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini. Setiap masa, tenaga, idea dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.
🌿 Pada sebelah malam p**a, program diteruskan dengan pelbagai pengisian yang penuh bermakna, antaranya:
🎙️ Persembahan Nasyid
Oleh SAR Felda Lurah Bilut
🌿 Persembahan Qasidah
Oleh Pondok Al-Abrar, Bentong
🕌 Tausiah Maulidur Rasul
Disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nor Azfarizam bin Mohd Anuar,
Penolong Pegawai, Bahagian Fatwa, Jabatan M***i Negeri Pahang.
Majlis kemudiannya diserikan dengan Selawat dan Mahallul Qiyam, yang berlangsung dalam suasana penuh syahdu dan kecintaan kepada Rasulullah SAW ﷺ, diikuti dengan edaran bunga telur kepada para hadirin.
🏆 Sebagai kemuncak, turut berlangsung penyampaian hadiah Pertandingan Sepanduk Komuniti kepada para peserta yang telah menunjukkan kreativiti, kerjasama dan semangat komuniti dalam memeriahkan sambutan Maulidur Rasul.
KRT Felda Lurah Bilut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur, para pengisi acara, urus setia, peserta, sukarelawan serta seluruh warga Felda Lurah Bilut dan muslimin muslimat yang hadir bersama-sama memeriahkan program ini.
Semoga program seperti ini terus menyatukan komuniti, mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan rasa cinta dan kasih kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW ﷺ.
🌹 Berselawat, Berkasih, Berkat Bersama Rasulullah ﷺ 🌹
🤍 Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.
KRT FELDA LURAH BILUT
Bersama Membina Komuniti Harmoni, Prihatin & Bersatu