Pertubuhan Amal Sahabat Perak

Directions Website Contact the organization

Pertubuhan Amal Sahabat Perak Amal dan Kebajikan
(1)

31/10/2026

Cik Mail bukan nama asing dalam kalangan penerima manfaat dan waris penerima manfaat Wakaf Katil Hospital Bahtera Amal dan Pertubuhan Amal Sahabat Perak.

Sejak tahun 2016, Cik Mail telah menjadi antara sukarelawan yang banyak menyumbang tenaga dan bakti dalam perjalanan perjuangan ini. Bersama Syamil, beliau antara insan yang tidak pernah berkira untuk turun padang, menguruskan penghantaran katil, mengangkat peralatan, menyantuni pesakit serta membantu keluarga yang memerlukan.

Ada banyak kerja yang tidak terlihat oleh mata. Ada penat lelah yang tidak tercatat dalam mana-mana laporan. Namun, setiap perjalanan, setiap katil yang diangkat dan setiap rumah yang diziarahi menjadi sebahagian daripada sumbang bakti beliau kepada masyarakat.

Namun, sejak tahun lalu, Cik Mail sendiri diuji dengan dugaan kesihatan. Beberapa hari kebelakangan ini, keadaan kesihatannya semakin merosot.

Lewat petang tadi, saya berkesempatan menziarahi beliau di Hospital Batu Gajah.

Terus terang, tidak banyak yang mampu saya ungkapkan. Hanya doa yang dapat dititipkan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan, memberikan kekuatan dan mempermudahkan segala urusan beliau.

Cik Mail, jasa dan pengorbananmu tidak pernah kami lupakan.

Mudah-mudahan setiap keringat yang pernah dicurahkan, setiap katil yang pernah diangkat dan setiap insan yang pernah dibantu menjadi amal kebaikan yang berpanjangan.

Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan sumbang bakti Cik Mail dengan sebaik-baik ganjaran.

Kami mendoakan agar Cik Mail terus diberikan kekuatan. Daripada kami, keluarga besar Bahtera Amal dan Pertubuhan Amal Sahabat Perak.

Ada jasa yang tidak mampu dibayar dengan kata-kata. Hanya doa dan ingatan yang mampu kami titipkan.

SANTUNAN KASIH, MENYEMAI HARAPANPada 3 September 2026 yang lalu, Pertubuhan Amal Sahabat Perak telah menyantuni Saudara ...
30/10/2026

SANTUNAN KASIH, MENYEMAI HARAPAN

Pada 3 September 2026 yang lalu, Pertubuhan Amal Sahabat Perak telah menyantuni Saudara Khiri, penerima manfaat Program Wakaf Katil Hospital (PASP 0055) dari Kampung Tasek, Hulu Kinta.

Semoga kemudahan yang disalurkan ini dapat memberikan keselesaan dan meringankan beban beliau sekeluarga.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan pewakaf yang terus menyokong usaha kebajikan ini.

Setiap wakaf membawa manfaat, setiap sumbangan menyemai harapan.




30/10/2026

ALHAMDULILLAH, SATU LAGI AMANAH TERLAKSANA

30 Oktober 2026 | Jumaat

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, insya-Allah malam ini pasukan Pertubuhan Amal Sahabat Perak akan menyantuni satu lagi permohonan Wakaf Katil Hospital di Gelung Pepuyu.

Sementara itu, satu lagi kes di Batu Gajah terpaksa ditangguhkan atas permintaan waris yang memohon agar penghantaran katil dilakukan pada tarikh lain.

Bagi kami, setiap permohonan bukan sekadar angka dalam rekod, tetapi sebuah amanah dan harapan insan yang sedang diuji dengan kesakitan.

Selagi ada kemampuan, kami akan terus berusaha. Selagi ada kepercayaan dan sokongan para penyumbang, insya-Allah akan ada lebih banyak keluarga yang dapat kami bantu.

Doakan agar setiap urusan dipermudahkan dan setiap langkah kecil ini menjadi asbab meringankan beban mereka yang memerlukan.

Seluruh warga Pertubuhan Amal Sahabat Perak mendoakan agar Ketua Sukarelawan kami, Saudara Syamil, diberikan kesembuhan,...
25/10/2026

Seluruh warga Pertubuhan Amal Sahabat Perak mendoakan agar Ketua Sukarelawan kami, Saudara Syamil, diberikan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian kesihatan ini.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Penyembuh, angkatlah segala kesakitannya, permudahkanlah urusan rawatannya dan kurniakanlah kesembuhan yang sempurna. Kuatkanlah semangatnya dan tenangkanlah hati seluruh ahli keluarganya.

Jasa dan pengorbanannya dalam membantu insan yang memerlukan amat kami hargai. Semoga Allah membalas segala kebaikannya dan mengurniakan kesihatan agar beliau dapat kembali menjalankan amanah serta meneruskan perjuangan membantu masyarakat.

“Di sebalik insan yang sering menghulurkan tangan membantu orang lain, kini tiba giliran kita menghulurkan doa buat dirinya.”

Ya Allah, sembuhkanlah Syamil. Amin Ya Rabbal Alamin. 🤲

25/10/2026

– Wakaf Katil Hospital & Peralatan Perubatan

📅 23 Mac 2025 (Ahad)

Alhamdulillah, Pertubuhan Amal Sahabat Perak bersama Bahtera Amal telah menyantuni Saudara Mohd Asri, pesakit hypertensive crisis haemorrhagic stroke di Parit Buntar, Perak, dengan sumbangan wakaf katil hospital.

Sehingga hari ini, Saudara Mohd Asri masih menggunakan katil hospital wakaf tersebut. Semoga kemudahan ini terus memberikan keselesaan kepada beliau dan memudahkan urusan penjagaan oleh keluarga.

🤲 Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kesihatan yang lebih baik dan mempermudahkan segala urusan beliau sekeluarga. Aamiin.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus menyokong usaha kebajikan ini.

Kebajikan untuk semua, tanpa mengira kaum dan agama.

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha dan pengorbanan, melapangkan rezeki serta mempermudahkan urusan Pertubuhan Amal...
25/10/2026

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha dan pengorbanan, melapangkan rezeki serta mempermudahkan urusan Pertubuhan Amal Sahabat Perak dalam membantu insan yang memerlukan.

Semoga setiap katil hospital yang diwakafkan menjadi asbab keselesaan pesakit, meringankan beban keluarga dan mengalirkan pahala yang berpanjangan.

Khidmat dengan kasih, berbakti kerana Allah.

Aamiin Ya Rabbal Alamin. 🤲🏻❤️

Address

Batu Gajah
31000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Amal Sahabat Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Amal Sahabat Perak:

Shortcuts

Share