16/01/2026
| Salam Israk Mikraj |
Israk Mikraj adalah perjalanan agung Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, dan seterusnya dinaikkan ke langit untuk menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah. Dalam peristiwa inilah umat Islam menerima perintah solat, satu anugerah yang menjadi penghubung antara hamba dan Pencipta.
Menerusi Israk Mikraj, kita diingatkan tentang pentingnya menjaga solat, memperbaiki hati, dan memperbaharui iman. Semoga peristiwa penuh hikmah ini menjadi asbab untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah dan meningkatkan kualiti ibadah.
“Y a Allah, ampunkanlah dosa kami, lembutkan hati kami, dan jadikan solat sebagai penenang jiwa serta cahaya kehidupan kami. Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus istiqamah dalam ketaatan dan jauhkan kami dari kelalaian. Aamiin.” 🤲🏼