Gec Community Sg.Terap

Gec Community Sg.Terap PROJEK PENGAWASAN KELESTARIAN LEMBANGAN SUNGAI KINTA MELALUI AMALAN HIDUP HIJAU 🌿

14/01/2026

Aktiviti Pemantauan Sungai dan Plogging Santai bersama Komuniti GEC Sungai Terap di Sungai Kinta, Batu Gajah, Perak.

Program ini memberi tumpuan kepada usaha memelihara sumber air selari dengan fokus Global Environment Centre (GEC) dalam memastikan sungai dipantau secara berkala, mengenal pasti punca pencemaran, serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam pengurusan lembangan sungai.

Komuniti telah menjalankan aktiviti pemantauan kualiti air, pemerhatian biodiversiti, serta rekod perubahan fizikal sungai. Aktiviti plogging turut dijalankan bagi membersihkan kawasan tebing sungai sambil memupuk rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Inisiatif ini bukan sahaja menyokong matlamat GEC dalam pemuliharaan sungai, malah mengukuhkan semangat komuniti untuk terus menjaga khazanah alam demi generasi akan datang.



Gec Community Sg Terap telah menganjurkan Program Pembelian Minyak Masak Terpakai di bawah Projek Geran Impak Komuniti G...
14/01/2026

Gec Community Sg Terap telah menganjurkan Program Pembelian Minyak Masak Terpakai di bawah Projek Geran Impak Komuniti Gec bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Seri Indah, Batu Gajah.

Program ini diadakan bagi menggalakkan komuniti dan penduduk setempat mengitar semula minyak masak yang telah digunakan dan tidak lagi dibuang ke longkang atau sungai sebaliknya dikumpul semula untuk dikitar menjadi biodiesel atau produk mesra alam. Ini membantu mengurangkan pencemaran air dan bau busuk di kawasan kediaman.

MANFAAT PADA KOMUNITI 👥

✅ Menjana pendapatan tambahan melalui jualan minyak masak terpakai
✅ Meningkatkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar
✅ Menggalakkan amalan kitar semula di rumah
✅ Mengeratkan hubungan kejiranan dan semangat gotong-royong
✅ Menyokong usaha komuniti hijau bebas pencemaran

💰Jumlah pembelian dan dibayar tunai kepada komuniti: 172.75Kg (Rm522.10)


14/01/2026

Majlis Penyerahan Cek Simbolik Geran Impak Zainudin Ismail oleh Global Environment Centre (GEC) di Pusat Informasi Sungai Penchala (Water Project) ,Petaling Jaya Selangor.

Gerak Impak ini telah diwujudkan sebagai tanda penghormatan kepada pengerusi dan pengasas Gec, Allahyarham Tuan Haji Zainudin Ismail yang telah kembali ke Rahmatullah pada 10Disember2023 bagi menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar serta memperkukuhkan kerjasama dengan komuniti setempat dalam menjayakan pelbagai inisiatif kelestarian alam sekitar selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sdg) yang digariskan oleh Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu.

Geran ini merupakan tanda sokongan padu GEC dalam memastikan usaha kelestarian yang dijalankan oleh Komuniti Rt Sg Terap dan Sahabat Hutan Bakau Kampung Datuk Hormat dapat diteruskan secara berterusan.

Tarikh : 2 Oktober 2025
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pusat Informasi Sungai Penchala,Petaling Jaya

Majlis ini telah dihadiri oleh:
-Dato’ Halimah Hassan (Pengerusi GEC)
-Dato’ Dr.Lim Chow Hock (Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Geran Impak Zainudin Ismail/ahli Majlis Panel Penasihat GEC)
-Puan Zalifah binti Ayob (Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai JPS Malaysia)
-Tuan Faizal Parish (Pengarah GEC)
-Barisan ahli Jawatankuasa Panel Penasihat Geran Impak Zainudin Ismail
-Barisan penerima Geran Impak Zainudin Ismail (Pertubuhan Sahabat Hutan Bakau Kampung Dato’ Hormat dan Kawasan Rukun Tetangga Kg Sg Terap)

Penerima Geran Pusingan Pertama:
•Krt Sg Terap (RCP)
•Sahabat Hutan Bakau Kampung Datuk Hormat (FCP)

Global Environment Centre Global Environment Centre Community Sustainable Peat Centre Pejabat Perpaduan Daerah Kinta

Program Terap Agrokomuniti Anjuran Pelajar Universiti Sains Malaysia bersama KRT Sungai Terap dengan kerjasama Jabatan P...
14/01/2026

Program Terap Agrokomuniti Anjuran Pelajar Universiti Sains Malaysia bersama KRT Sungai Terap dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Kinta telah berlangsung dengan jayanya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohd Azlan bin Abdullah, Timbalan Pegawai Perpaduan Daerah Kinta.

Antara pengisian utama program ialah demonstrasi dan pembelajaran pembuatan kompos menggunakan sisa kebun untuk dijadikan baja organik.

14/01/2026

Program menerokai Denai Alam Sungai Seno’oi & Sungai Telu (Sesi-3) di Kg Makmur, Ulu Kinta Perak.

Peserta dibimbing oleh Malim Gunung Perhutanan Orang Temiar Ulu Kinta (MGP OTUK), inisiatif yang diterajui komuniti Orang Asli Ulu Kinta, dan menikmati pemandangan yang menakjubkan, sungai yang bersih dan berhubung dengan alam semula jadi.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program penghidupan dan pemerkasaan komuniti oleh Global Environment Centre dan disokong oleh Yayasan Hasanah, untuk mempromosikan ekopelancongan mampan sambil mengekalkan warisan orang asli.

Dibawah Projek: Pemerkasaan Komuniti Bagi Menambahbaik Kehidupan Melalui Eko-Pelancongan Dan Sekuriti Makanan

"Jok Bepihoi Mabeg @ Kg Makmur”

Address

Batu Gajah
31000

Telephone

+601137856875

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gec Community Sg.Terap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Gec Community Sg.Terap:

Share