Masjid Ubudiah Sg.Nerek مسجد عبودية فيلدا سوعاي نيريق

  • Home
  • Malaysia
  • Temerloh
  • Masjid Ubudiah Sg.Nerek مسجد عبودية فيلدا سوعاي نيريق
Call Website Contact the organization

Masjid Ubudiah Sg.Nerek مسجد عبودية فيلدا سوعاي نيريق Assalamualaikum wbt.
untuk makluman,Masjid Ubudiah Felda Sungai Nerek terletak di dalam Mukim Bukit Segumpal,Chenor Maran Pahang.

Masjid Ubudiah Felda Sungai Nerek telah dibina pada tahun 1972.

06/11/2026
𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗔𝗝𝗞 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗨𝗕𝗨𝗗𝗜𝗔𝗛 𝗙𝗘𝗟𝗗𝗔 𝗦𝗚 𝗡𝗘𝗥𝗘𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟲Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat AJK Khas Masjid Ubudiah ...
15/10/2026

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗔𝗝𝗞 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗨𝗕𝗨𝗗𝗜𝗔𝗛 𝗙𝗘𝗟𝗗𝗔 𝗦𝗚 𝗡𝗘𝗥𝗘𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟲

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat AJK Khas Masjid Ubudiah Felda Sg Nerek pada 15 Oktober 2026 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Falah.

Mesyuarat khas ini diadakan bagi membincangkan persiapan dan penyelarasan bagi menghadapi Penilaian Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) yang dijadualkan berlangsung pada 12 November 2026.

Semoga segala perancangan dan usaha yang dilaksanakan mendapat kerjasama semua pihak serta dipermudahkan oleh Allah SWT demi memastikan Masjid Ubudiah terus cemerlang dalam aspek pengurusan, pengimarahan, prasarana dan persekitaran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK dan pihak yang hadir atas komitmen, kerjasama serta kesungguhan dalam memajukan masjid yang kita cintai ini.

Semoga segala usaha ini menjadi amal jariah dan membawa manfaat kepada seluruh ahli kariah.

Melangkah Bersama Membina Ummah 🤝🕌




🌙 DAURAH TAHSIN SOLAT | MASJID UBUDIAH FELDA SG NEREK 🕌Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Dengan limpah kurnia d...
14/10/2026

🌙 DAURAH TAHSIN SOLAT | MASJID UBUDIAH FELDA SG NEREK 🕌

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Program Daurah Tahsin Solat telah berjaya dilaksanakan pada 14 Oktober 2026 (Rabu) bertempat di Masjid Ubudiah Felda Sungai Nerek.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman serta memperbaiki kualiti solat dalam kalangan jemaah agar ibadah solat dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan menepati tuntutan syariat Islam.

Program dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha, diikuti dengan Tahlil Perdana yang dipimpin oleh Al-Fadhil Tuan Qadhi. Seterusnya, program diteruskan dengan ceramah dan pengisian ilmu yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Jengka, Tuan Mohd Farik bin Jamaluddin Al-Hafiz.

Semoga segala ilmu dan pengisian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian, khususnya dalam usaha memperbaiki dan menyempurnakan ibadah solat kita. Mudah-mudahan usaha ini menjadi asbab untuk kita terus istiqamah dalam mendirikan solat dengan penuh khusyuk dan penghayatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua jemaah serta para hadirin yang telah meluangkan masa, memberikan sokongan dan bersama-sama menjayakan program pada pagi ini.

Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita dan mengurniakan ganjaran pahala kepada semua yang terlibat. Amin ya Rabbal ‘alamin. 🤲🏻

Masjid Ubudiah Felda Sungai Nerek
Mengimarahkan Masjid, Membina Ummah.







🌙 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗔𝗦𝗜𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 & 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗝𝗔𝗧🕌 Sempena Peperiksaan UPKK, MPT4 & SPM Tahun 2026Alhamdulillah, telah berlan...
01/10/2026

🌙 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗔𝗦𝗜𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 & 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗝𝗔𝗧🕌

Sempena Peperiksaan UPKK, MPT4 & SPM Tahun 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yaasin Perdana & Solat Hajat sempena menghadapi peperiksaan UPKK, MPT4 dan SPM Tahun 2026, pada:

📅 1 Oktober 2026 | Khamis
🕌 Bermula dengan Solat Maghrib, diikuti Solat Hajat dan seterusnya Bacaan Yaasin Perdana.

Majlis ini merupakan gabungan bersama:
• SAR KAFA Sungai Nerek
• SAR KAFA Kampung Awah
• SAR KAFA Jengka 19
~SK FELDA Sungai Nerek

Semoga segala usaha dan ikhtiar ini menjadi asbab dipermudahkan urusan para pelajar dalam menghadapi peperiksaan, dikurniakan ketenangan, kekuatan dan kefahaman yang baik serta memperoleh kejayaan yang cemerlang.

🤲🏻 Ya Allah, permudahkanlah urusan anak-anak kami, terangilah hati dan fikiran mereka, kuatkan ingatan mereka serta kurniakanlah kejayaan yang terbaik buat mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para pelajar,guru-guru, ibu bapa/penjaga serta seluruh pihak pengurusan masjid atas kehadiran, sokongan dan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.

Semoga usaha kecil ini menjadi sebahagian daripada doa dan ikhtiar kita bersama untuk kejayaan generasi yang akan datang.

“Berilmu, Beramal, Berjaya” 🤲🏻📖









MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH MASJID UBUDIAH FELDA SG NEREK 2026Alhamdulillah, telah selesai Mesyuarat Agung Ahli Kariah M...
25/09/2026

MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH MASJID UBUDIAH FELDA SG NEREK 2026

Alhamdulillah, telah selesai Mesyuarat Agung Ahli Kariah Masjid Ubudiah Felda Sungai Nerek bagi tahun 2026 yang telah berlangsung pada hari ini, 25 September 2026 (Jumaat), bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 3.45 petang.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Masjid Ubudiah Felda Sungai Nerek,En. Anuar bin A. Latif diikuti ucapan daripada Pengurus FELDA Sungai Nerek, En. Muhammad Anis bin Zainuddin, yang seterusnya telah diberi penghargaan untuk merasmikan Mesyuarat Agung Ahli Kariah Masjid Ubudiah Felda Sungai Nerek Tahun 2026.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Masjid yang baharu dilantik bagi sesi 2027–2029. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, ikhlas dan dedikasi demi kemakmuran serta kesejahteraan Masjid Ubudiah dan seluruh ahli kariah.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua ahli kariah, para jemputan serta semua pihak yang telah terlibat dan memberikan kerjasama dari awal hingga selesai mesyuarat.

Semoga segala usaha dan kebersamaan kita dalam mengimarahkan Masjid Ubudiah Felda Sungai Nerek terus mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.

Terima kasih atas sokongan dan kebersamaan semua.

"Melangkah Bersama Membina Ummah"

𝐈𝐍𝐓𝐈𝐏𝐀𝐓𝐈 𝐊𝐇𝐔𝐓𝐁𝐀𝐇 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 | 𝟏𝟖 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 🕌Alhamdulillah, khutbah Jumaat pada hari ini membawa tema “Kewajipan Menuntu...
18/09/2026

𝐈𝐍𝐓𝐈𝐏𝐀𝐓𝐈 𝐊𝐇𝐔𝐓𝐁𝐀𝐇 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 | 𝟏𝟖 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 🕌

Alhamdulillah, khutbah Jumaat pada hari ini membawa tema “Kewajipan Menuntut Ilmu”.

Antara intipati yang dikongsikan ialah: 📖 Menuntut ilmu merupakan satu kewajipan bagi setiap Muslim.

🎓 Ilmu memuliakan manusia dan membantu kita melaksanakan amanah sebagai khalifah di muka bumi.

🕌 Umat Islam perlu mendalami ilmu fardu ain seperti Tauhid, Fekah, Tasawuf dan bacaan al-Quran.

🔬 Ilmu sains dan teknologi juga penting sebagai fardu kifayah untuk kemajuan umat Islam.

Semoga ilmu yang dipelajari menjadi panduan dalam kehidupan, membawa keberkatan serta mendekatkan kita kepada Allah SWT. 🤲🏻

“Melangkah Bersama Membina Ummah”

Jom hadir menunaikan Solat Jumaat 🤲🏻Ayuh kita sama-sama hadir ke masjid. Jumaat, 18 September 2026 untuk menunaikan kewa...
17/09/2026

Jom hadir menunaikan Solat Jumaat 🤲🏻

Ayuh kita sama-sama hadir ke masjid.
Jumaat, 18 September 2026 untuk menunaikan kewajipan Solat Jumaat serta mendengar khutbah bertajuk “Kepentingan Menuntut Ilmu.”

🌿 Luangkan masa untuk beribadah, tambah ilmu dan eratkan ukhuwah.

Ayuh semua muslimin, hadir dan tunaikan kewajipan kita.

“Melangkah Bersama Membina Ummah"

Address

Sungai Nerek
Temerloh
28030

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Ubudiah Sg.Nerek مسجد عبودية فيلدا سوعاي نيريق posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Masjid Ubudiah Sg.Nerek مسجد عبودية فيلدا سوعاي نيريق:

Shortcuts

Share