30/12/2025
PROGRAM AGIHAN KEPADA RIDER KAWASAN TEMERLOH
Alhamdulillah pada 25 Disember 2025 (Khamis) lepas, KBTJ Kelab Belia Temerloh Jaya dengan kerjasama KRT TAMAN Temerloh JAYA telah mengadakan program agihan bertempat di Pondok SRS KRT TJ. Agihan bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 1.30 petang.
Agihan makanan telah disampaikan oleh:
1. Nur Fathiah binti Mejlan (Naib Pengerusi 2 KBTJ)
2. Siti Hajar binti Basar (Bendahari KBTJ)
3. Encik Abdul Samad (Pengerusi KRT TJ)
.
Objektif program agihan ini adalah untuk mengeratkan hubungan komuniti, menghargai sumbangan tenaga para rider serta menyemai semangat empati dan sukarelawan. Semoga program ni dapat diteruskan pada masa akan datang.
Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat.