KRT Taman Tasek Gelugor Utama Lily 1

Directions

KRT Taman Tasek Gelugor Utama Lily 1 Kawasan Rukun Tetangga Taman Tasek Gelugor Utama Lily 1
Daerah Seberang Perai Utara
Tasek Gelugor

🎳🔥 PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP KRT LILY 1 🔥🎳Alhamdulillah, Pertandingan Bowling Tertutup KRT Taman Tasek Gelugor Utama...
04/10/2026

🎳🔥 PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP KRT LILY 1 🔥🎳

Alhamdulillah, Pertandingan Bowling Tertutup KRT Taman Tasek Gelugor Utama Lily 1 telah berlangsung dengan begitu meriah pada 3 Oktober 2026 di Bowling Superbowl Sunshine. 🎳✨

Seramai 54 peserta telah mengambil bahagian, menjadikan pertandingan kali ini cukup meriah dengan semangat kesukanan, persaingan sihat dan gelak tawa sepanjang perlawanan. 💪🏻😄

Program dimulakan dengan gimik perasmian oleh Pengerusi KRT Lily 1, sebelum peserta berentap dalam kategori berkumpulan lelaki, berkumpulan wanita, Highest Scorer Lelaki dan Highest Scorer Wanita.

🏆 Hadiah yang disediakan termasuk RM200, RM150, RM100 serta hamper bagi kategori-kategori yang dipertandingkan.

Pertandingan bermula sekitar 11.00 pagi dan berakhir pada 1.00 petang, meninggalkan pelbagai momen menarik untuk dikenang bersama. 📸🎳

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, urusetia serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Kehadiran dan sokongan semua menjadikan aktiviti ini bukan sahaja medan beriadah, tetapi turut mengeratkan ukhuwah dan semangat kejiranan dalam komuniti KRT Lily 1. ❤️🤝🏻

Bersama Kita Hebat, Komuniti Kita Kuat! 🎳🔥

🎳🔥 PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP KRT LILY 1 🔥🎳Setelah sekian lama dirancang, kini semakin dekat ke hari pertandingan! 😎🎳...
29/09/2026

🎳🔥 PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP KRT LILY 1 🔥🎳

Setelah sekian lama dirancang, kini semakin dekat ke hari pertandingan! 😎🎳

Pertandingan Bowling Tertutup KRT Taman Tasek Gelugor Utama Lily 1 akan berlangsung pada:

📅 3 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 10.00 pagi
📍 Bowling Superbowl Sunshine

Alhamdulillah, seramai 54 peserta telah berdaftar untuk bersama-sama memeriahkan pertandingan kali ini. Terima kasih atas sambutan dan sokongan yang diberikan! 🙌🏻

📢 MAKLUMAN CABUTAN UNDIAN KUMPULAN

Cabutan undian kumpulan akan dibuat secara langsung (live) pada:

📅 30 September 2026 (Rabu)
⏰ 9.00 malam
📱 Facebook KRT Taman Tasek Gelugor Utama Lily 1

Kesemua 54 peserta yang telah berdaftar dijemput untuk menyaksikan sendiri proses cabutan undian kumpulan secara langsung di Facebook KRT. 🎥🎳

Jangan lupa set reminder dan sama-sama kita saksikan siapa bakal berada dalam kumpulan masing-masing! 🔥

Bersama Kita Hebat, Komuniti Kita Kuat! 💪🏻🎳

🌙✨ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H pada 12 ...
14/09/2026

🌙✨ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H pada 12 September 2026 bertempat di Surau Uwais Al-Qarni, Taman Tasek Gelugor Utama, dengan kerjasama Surau Uwais Al-Qarni dan KRT Lily 1. 🤲🏻

Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk perarakan Maulidur Rasul, gotong-royong memasak, pemeriksaan kesihatan percuma serta pertandingan mewarna dan bercerita. 🕌🌿

Turut hadir memeriahkan majlis ialah En. Asrul daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Kehadiran dan sokongan beliau amat dihargai. 🤝🏻

Terima kasih kepada semua urusetia, peserta dan penduduk setempat yang bersama-sama menjayakan program ini. ❤️

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan sunnah Rasulullah ﷺ, serta menjadikan kecintaan kepada Baginda sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Semoga penghayatan ini terus menyuburkan ukhuwah, kasih sayang dan semangat kejiranan dalam komuniti kita. 🌙🤲🏻

Salam Maulidur Rasul 1448H. 🌙

🎯 SUAQ MINI CARROM LEAGUE (SMCL) 2026 🎯Alhamdulillah, SUAQ Mini Carrom League (SMCL) 2026 telah berlangsung dengan cukup...
14/09/2026

🎯 SUAQ MINI CARROM LEAGUE (SMCL) 2026 🎯

Alhamdulillah, SUAQ Mini Carrom League (SMCL) 2026 telah berlangsung dengan cukup meriah pada 5 September 2026, bermula seawal 8.30 pagi, dengan penyertaan sebanyak 10 regu yang turun berentap dalam suasana penuh semangat kesukanan dan persahabatan. 🔥

Setiap perlawanan berlangsung dengan penuh debaran, strategi dan semangat juang. Walaupun masing-masing ingin mengejar kemenangan, semangat kesukanan dan ukhuwah tetap menjadi perkara utama sepanjang pertandingan. 🤝🎯

Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang berjaya menempatkan diri sehingga tempat keempat. Hadiah utama yang disediakan turut memeriahkan lagi saingan, antaranya hamper, sepasang jam tangan, miniature plane dan wang tunai. 🏆🎁⌚✈️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta serta urusetia yang telah memberikan komitmen dan kerjasama bagi memastikan SMCL 2026 berjalan dengan lancar.

Terima kasih juga kepada semua yang hadir memberikan sokongan dan memeriahkan suasana sepanjang pertandingan.

📸 Jom kita imbas kembali suasana sekitar perlawanan SMCL 2026.

Play Smart. Play Fair. Play Together. 🎯

Jumpa lagi di pentas karom yang akan datang! 🔥








25/08/2026
🇲🇾 AYUH PENDUDUK KRT LILY 1! KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANGJom kita sama-sama kibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-ma...
19/08/2026

🇲🇾 AYUH PENDUDUK KRT LILY 1! KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG

Jom kita sama-sama kibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing sempena Bulan Kebangsaan. ❤️🇲🇾

Biar kawasan Taman Tasek Gelugor Utama (TTGU) kita meriah dengan warna Jalur Gemilang!

Satu jiwa, satu bendera, satu Malaysia!

🔥 Kibarkan dengan jiwa, semarakkan semangat merdeka!

SEMARAK BULAN KEBANGSAAN 2026Alhamdulillah, sejurus selesai Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KRT , barisan AJK KRT Taman Tase...
01/08/2026

SEMARAK BULAN KEBANGSAAN 2026

Alhamdulillah, sejurus selesai Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KRT , barisan AJK KRT Taman Tasek Gelugor Utama Lily 1 meneruskan aktiviti dengan bergotong-royong memasang Jalur Gemilang di sekitar kawasan TTGU sebagai tanda menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2026.

Semangat kebersamaan yang ditunjukkan bukan sahaja mencerminkan kerjasama dalam kalangan jawatankuasa, malah menjadi simbol rasa cinta kepada negara serta usaha memupuk semangat patriotisme dalam komuniti.

Pihak KRT turut menyeru seluruh penduduk TTGU untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing sepanjang Bulan Kebangsaan sebagai tanda penghormatan kepada negara dan menghargai jasa para pejuang yang telah mempertahankan kemerdekaan tanah air.

Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah meluangkan masa dan tenaga menjayakan aktiviti ini.

"Dirgahayu Malaysia. Jiwa Merdeka, Komuniti Bersatu."









📋 MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KRT Alhamdulillah, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KRT Taman Tasek Gelugor Utama Lily 1 telah ...
01/08/2026

📋 MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KRT

Alhamdulillah, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KRT Taman Tasek Gelugor Utama Lily 1 telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Julai 2026 (Jumaat) di Dewan Komuniti Lily 1.

Mesyuarat kali ini memberi fokus kepada pemantapan pengurusan KRT serta perancangan pelbagai program dan aktiviti komuniti yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Turut dibincangkan beberapa perkara berkaitan pengukuhan organisasi, pengurusan pentadbiran, aspek keselamatan kejiranan serta perancangan aktiviti yang melibatkan semua lapisan masyarakat.

Insya-Allah, beberapa program menarik sedang dalam perancangan dan akan diumumkan dari semasa ke semasa. Semoga segala usaha yang dirancang dapat memberi manfaat kepada seluruh warga TTGU serta terus mengeratkan hubungan silaturahim dalam komuniti kita.

Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang hadir atas komitmen, pandangan dan kerjasama dalam memastikan KRT TTGU terus aktif, progresif dan memberi impak positif kepada masyarakat.

"Jiran Sepakat, Komuniti Selamat."







📢 HEBAHAN KOMUNITI🛒 PEMBUKAAN RASMI PASAR AWAM TAMAN TASEK GELUGOR UTAMA (TTGU)Berita baik buat seluruh penduduk Taman T...
31/07/2026

📢 HEBAHAN KOMUNITI

🛒 PEMBUKAAN RASMI PASAR AWAM TAMAN TASEK GELUGOR UTAMA (TTGU)

Berita baik buat seluruh penduduk Taman Tasek Gelugor Utama dan kawasan sekitar!

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Pembukaan Rasmi Pasar Awam Taman Tasek Gelugor Utama yang bakal menawarkan pelbagai pilihan barangan segar, makanan serta keperluan harian dalam suasana yang lebih selesa dan teratur.

📅 Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)
📍 Lokasi: Pasar Awam Taman Tasek Gelugor Utama (TTGU)

Antara yang menanti anda:
🥥 Santan segar
🐟 Ikan segar
🍗 Ayam & daging
🥬 Sayur-sayuran segar
🪴 Pokok hiasan
🍛 Pelbagai makanan dan barangan pasar 100% Muslim

⏰ Waktu operasi barangan basah:
6.00 pagi – 12.00 tengah hari

Ayuh bersama-sama memeriahkan pembukaan pasar awam ini dan menyokong peniaga tempatan. Semoga kemudahan ini memberi manfaat kepada seluruh komuniti serta menjadi pilihan utama penduduk untuk mendapatkan keperluan harian.

Address

Taman Tasek Gelugor Utama
Tasek Gelugor
13300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Taman Tasek Gelugor Utama Lily 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby non profit organizations