Mutiara InfaQ

Mutiara InfaQ PERSATUAN MUTIARA INFAQ (0716-11-PPG) ALLAH MENAHAN DAN MELAPANGKAN (REZEKI) DAN KEPADANYALAH KAMU DIKEMBALIKAN.." Tentang Kami.. InsyaAllah.

"BARANGSIAPA YANG MEMINJAMI (MENGINFAQKAN HARTANYA DIJALAN ALLAH) ALLAH DENGAN PINJAMAN YANG BAIK MAKA ALLAH AKAN MELIPAT GANDAKAN GANTI KEPADANYA DENGAN BANYAK. (SURAH AL-BAQARAH : 245)

MUTIARA INFAQ MENYERU KEPADA SEMUA UNTUK MENGINFAQ SEDIKIT DARI KURNIAAN ALLAH KE JALAN YANG DIREDHAI NYA.. Mutiara InfaQ merupakan sebuah pertubuhan yang di daftarkan di bawah Akta Pertubuhan Malaysia, yang menu

mpukan usaha membantu anak-anak yatim serta menyeru kepada masyarakat amnya , dengan menghulurkan sumbangan wang dan barangan. Anak-anak yatim yang di pilih tanpa mengira bangsa dan agama. Terdiri dari mereka yang masih di jaga oleh waris mereka dan tinggal di rumah mereka. Ini bertujuan untuk mengekalkan serta berkongsi kasih sayang yang dilihat sebagai elemen utama pembesaran dan pendidikan asas bagi membentuk jiwa dan peribadi anak-anak ini. Keanggotaan Persatuan Mutiara InfaQ ini diangotai oleh beberapa usahawan Malaysia dalam pelbagai bidang, menjadikan diri mereka sebagai Komiti Anak Yatim bagi menyumbang bakti kepada anak-anak yatim yang masih tinggal dengan keluarga mereka,Sumbangan bakti yang diberikan Komiti Anak Yatim ini, melalui cara kemahiran serta pengalaman pengurusan dan perhubungan awam, yang disatu dan di padukan dalam Komiti Anak Yatim yang kini dikenali sebagai Mutiara InfaQ. Aktiviti yang di jalankan oleh Mutiara InfaQ, sekarang melalui Komiti Anak Yatim, bergerak melalui Pesta, Expo serta Karnival yang dianjurkan oleh Tetuan TUNAS INDAH NIAGA ENTERPRISE, bagi melobi usahawan usahawan agar lebih ramai melibatkan diri dengan kegiatan bantuan anak yatim ini juga dalam masa yang sama mengumpul data dan maklumat anak-anak ini. Kegiatan sumbangan anak yatim dijadikan gaya gerak dan teknik pengenalan kepada orang awam, selain dari teknik siber yang digunakan bagi mendapat sokongan secara langsung atau tidak langsung.Data mereka akan di himpun dan disenaraikan kelak melalui ruang siber, bagi mendapatkan keluarga angkat siber. Dimana Mutiara Infaq akan menjadi titik pertemuan orang awam dan anak-anak yatim ini kelak. Mutiara InfaQ, akan terus berusaha menjadi sebuah pertubuhan yang bergerak membantu anak yatim di Malaysia dan seluruh dunia serta menyeru kepada semua peringkat masyarakat tua dan muda kaya atau sederhana untuk melaksanakan ibadah yang sangat besar impaknya ini kepada diri dan masyarakat serta negara. Justeru itu dengan mengumpul data serta maklumat anak-anak yang malang ini serta dengan menggunakan ruangan siber, kelak maklumat dan bantuan dapat disalurkan secara telus, serta menjadikan ianya sebagai Rumah Anak Yatim siber. Sama-samalah kita menyumbang untuk pembangunan minda dan akhlak anak-anak ini. SUMBANGAN ANDA BOLEHLAH DI BUAT MELALUI AKAUN PERSATUAN MUTIARA INFAQ :

AKAUN MAYBANK :- 557410506948

MAKLUMAT LANJUT BOLEHLAH MENGHUBUNGI :

Tuan Haji Zolkifly Bin Md Lazim (012-4810074)
Tuan Haji Izham Bin Hashim (019-5745414)

Address

Kepala Batas

Telephone

+6045792533

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mutiara InfaQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Mutiara InfaQ:

Share