Persatuan Belia Dinamik Barat

Directions Website Contact the organization

Persatuan Belia Dinamik Barat Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Pertubuhan Negeri - (Naib Johan) = 2021
36. Pngurusan MYKD Pertubuhan Belia 5 BINTANG = 2020 ,2021 & 2022
37.

MEMASTIKAN MENJADI DIANTARA PERTUBUHAN BELIA YANG BERDAFTAR DI BAWAH AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN
PEMBANGUNAN BELIA 2007 BERGERAK SECARA LEBIH
DINAMIK, EFISYEN DAN EFEKTIF SEJAJAR DENGAN MATLAMAT
PEMBANGUNAN BELIA NEGARA SERTA PERUNTUKAN DALAM AKTA. LATAR BELAKANG PBDB

 DITUBUHKAN PADA TAHUN 2007
 LULUS PENDAFTARAN PADA 22 JANUARI 2009.
 BERMULA DENGAN HANYA 20 ORANG AHLI (2007) KINI MENINGKAT SEHINGGA 3800 ORANG AHLI BERDAFTAR DAN BAGI TAHUN 2019-2024 SERAMAI 350 AHLI BARU BERDAFTAR, JUMLAH AHLI AKTIF 150 ORANG SAHAJA
 DITAULIAH SEBAGAI BADAN OPERASI ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA OLEH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA.
 DIDAFTARKAN DIBAWAH KATEGORI KAWASAN YANG MERANGKUMI KAWASAN SEREMBAN BARAT DAN JUGA TERBUKA PADA BELIA-BELIA SEKITAR DAERAH SEREMBAN DAN NEGERI SEMBILAN UNTUK MENYERTAI PERSATUAN INI. VISI
MEMASTIKAN PENGURUSAN DAN KAWAL SELIAAN KE ATAS AHLI DILAKSANAKAN SECARA ADIL, TELUS, EFEKTIF
DAN MESRA BELIA

MISI
MENJADIKAN PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT SEBUAH ORGANISASI YANG CEKAP, BERKESAN, DINAMIK BERDEDIKASI DAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM MEMASTIKAN AHLINYA BERGERAK SECARA EFEKTIF, BERETIKA DAN BERDAYA SAING HINGGA KE PERINGKAT ANTARABANGSA

OBJEKTIF
MEMASTIKAN MENJADI DIANTARA PERTUBUHAN BELIA YANG BERDAFTAR DI BAWAH AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007 BERGERAK SECARA LEBIH DINAMIK, EFISYEN DAN EFEKTIF SEJAJAR DENGAN MATLAMAT PEMBANGUNAN BELIA NEGARA SERTA PERUNTUKAN DALAM AKTA. Pencapaian PBDB 2009-2024 :

1-Penyertaan Terbaik Hari Belia Negara Peringkat NS = 2010
2- Pertubuhan Belia Terbaik Peringkat Daerah Seremban = 2010 , 2011, 2014, 2018, 2020, 2022
3- Dewan Undangan Negeri Dun Belia NS Penggal Pertama = 3 Ahli ( Zaharruddin , Khairul Anuar & Sarah )
4- Ahli Parlimen Belia Malaysia Penggal Pertama = 1 Ahli ( Sucira Nai Soow )
5- Dewan Undangan Dun Belia NS Penggal ke 2 = 4 Ahli ( Mohd Redzuan Othaman , Suxron , Sarah & Hajar )
6- Anugerah Remaja Perdana " The Duke of Edinburgh's International Award ( Tahap Emas/ Gold Level) = 127 Ahli
7- Badan Operasi ARPRM Anugerah Remaja Perdana Malaysia Terbaik NS = 2015
8- The Ship South East Asia - Japan = 1 Ahli ( Mohd Khairul Annuar )
9- Malaysia - Korea Youth Exchange = 2011 & 2016
10- Malaysia - Singapore Youth exchange 2011 = 2 Ahli ( Raihana Jamal II & Suxron )
11- Malaysia - India Youth Exchange 2012 - 1 Ahli ( Nur Suwaibah Yahaya )
12- Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Persatuan Belia terbaik NS = 2014
13- Anugerah Pemimpin The Duke of Edinburghs NS Terbaik- 2015
14- Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Tokoh Belia Lelaki NS - 2016
15- Anugerah Perdana Menteri Malaysia ( Zaharruddin Abd Majid & Razwin ) - Malaysia Volunteer Award im4u ( Tahap Emas ) 2016
16- Penghargaan untuk im4u Outreach Center antara Aktif Di Malaysia - 2015
17- PBDB NGO Belia Malaysia Terpilih untuk "Validation Visit" dari Ibu Pejabat London dan Asia Pasific - 2015
18- Hong Kong Sea Cadets melawat PBDB - 2016
19- Gold International Network (GAIN) - PBDB BO Contoh untuk di Lawati = 2016
20- Ahli Parlimen Belia Malaysia penggal ke 2 = 1 Ahli ( Razwin Diny )
21- Malaysia Book of Record - The most mural in the wall = 2016
22- Malaysia Book of Record - The Most Numbers Skyrunner in An Event-2017
23- Anugerah Perdana Belia Negara- Persatuan Belia terbaik NS = 2018 (top 5 Kebangsaan )
24 - Malaysia Gold Award Association- 4 Ahli PBDB Memegang Jawatan di peringkat Kebangsaan - 2018 - 2021 ( Rasydan ,Batrisya, Redzuan , Hafiz Haziq dan Mizah)
25- Anugerah Perdana Belia Negara - Tokoh Pemimpin Lelaki NS ( Tempat ke 3 ) = 2019
26- Anugerah Perdana Belia Negara - Tokoh Pemimpin Wanita NS ( Tempat ke 3 ) = 2019
27 - Lawatan Khas Antarabangsa PBDB ke Dofe Korea Selatan = 2019
28- Perkembangan Sukan skyrunner PBDB Ke Temerloh , PAHANG = 2019
29- Perkembangan Sukan Skyrunner PBDB ke Kuching, Sarawak = 2019
30- Jemputan Khas PBDB Skyrunner Sambutan Hari Belia Negara Negeri Sarawak = 2019
31- Penghargaan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = 2020
32- Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Tokoh Pemimpin Wanita NS ( Johan) = 2020
33- APBNNS - Anugerah Khas MBNNS- Pertubuhan Belia Kategori Kesukarelaan = 2020
34- Projek Khas Mobilisasi Kit Cegah Covid-19 MBKCC19 Kebangsaan = 2020
35. Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Pertubuhan Negeri ( Johan ) = 2022
38. Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Pertubuhan Kebangsaan ( Ke 3 ) = 2022
39. Ahli Parlimen Belia Malaysia Penggal ke 4 -2023 = 1 Ahli ( Esther Ezhil )
40. The World Youth Festival – Russia = 1 Ahli ( Esther Ezhil ) = 2024

Jawatankuasa Kerja 2024-2026 terdiri daripada:

LEMBAGA PENASIHAT / 3 PEMEGANG AMANAH

LP1 ZAHARRUDDIN ABD MAJID
LP2 MUHD RASYDAN SHAHRUDDIN
LP3 MOHAMAD REDZUAN BIN OTHAMAN

Pengerusi
MUHAMMAD HAFIZ HAZIQ BIN GHARIF

Timbalan Pengerusi
SUCIRA NAI SOOW

Naib Pengerusi 1
MUHAMMAD HAIKAL BIN NORAHMAD

Naib Pengerusi 2
SITI NOR FATIN ATIKAH BINTI RUSLY

Setiausaha
ESTHER EZHIL NANGGAI A/P VENGADASALAM

TimbalanSetiausaha
MUHAMMAD RAIYAN HAKIM WOON BIN MUHAMMAD AFIF HAKIM WOON

Naib Setiausaha 1
NURAISYAH HAKIMAH BINTI MOHD ZAIDON

Naib Setiausaha 2
HARIZ HAZWAN BIN ABDUL AZIZ

Bendahari
MOHAMAD RAHIMI BIN MUHD RIDZUAN

Pen.Bendahari
NURHAZLINDA BINTI MOHAMAD HIZAR. Ahli Jawatankuasa
1- NUR HIDATUL HIKMAH BINTI MAHADI
2- MUHD KHAIRUL NAJMI BIN MOHD NASIR
3- NUR ERRIN ERISYA BINTI AHMAD BAROZZI
4- ABDUL ANIQ SYARAS BIN ABDUL RASHID
5- AIN HARYATI AMIRA BINTI AHMAD RIDZWAN
6- NAZHAN HARIS BIN NORAZMI
7- TUAN NAUFAL HULAIF BIN TUAN ISMAIL

Juru Audit
1- JACKY TIN GUO YAO
2- NURUL QISTINA JARIA SALSABILA BINTI EANDY

SEREMBAN, 28 OKTOBER 2026 – Pengurusan Badan Operasi Persatuan Belia Dinamik Barat (PBDB) telah mengadakan kunjungan ke ...
28/10/2026

SEREMBAN, 28 OKTOBER 2026 – Pengurusan Badan Operasi Persatuan Belia Dinamik Barat (PBDB) telah mengadakan kunjungan ke Jakoa Negeri Sembilan Melaka bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) The Duke of Edinburgh's International Award dengan kerjasama pihak JAKOA.

Kunjungan ini bertujuan mendapatkan panduan, nasihat serta penjelasan berhubung pengurusan dan tindakan yang perlu diambil bagi memastikan pelaksanaan program ARPRM bersama komuniti Orang Asli dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lancar serta berkesan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak kakitangan JAKOA Negeri Sembilan dan Melaka atas kesudian menerima kunjungan kami serta memberikan bantuan, panduan dan kerjasama kepada Persatuan Belia Dinamik Barat.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat diperkukuh bagi membuka lebih banyak peluang kepada golongan remaja Orang Asli untuk bersama dalam program pembangunan diri, membina keyakinan serta meningkatkan kemahiran dan potensi diri melalui ARPRM.

Bersama Membina Generasi Remaja Berdaya Saing dan Bersedia Menghadapi Dunia.

PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (PBDB)
Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
The Duke of Edinburgh’s International Award



JBS Negeri Sembilan
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban

27/10/2026

MPE 2026
Majlis Pentauliahan Emas ARPRM
Gold Award Ceremony 2026

26/10/2026

MPE 2026
MAJLIS PENTAULIAHAN EMAS 2026
GOLD AWARD CEREMONY 2026

23/10/2026

MPE 2026
MAJLIS PENTAULIAHAN EMAS/ GOLD AWARD CEREMONY

KAJIAN LAPANGAN PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) BERSAMA PERSATUAN BELIA DINAMIK BARATSEREMBAN, 23 OKTOBER 2...
23/10/2026

KAJIAN LAPANGAN PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) BERSAMA PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT

SEREMBAN, 23 OKTOBER 2026 – Satu kajian lapangan telah dilaksanakan oleh pelajar Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi kursus LMCR 1412 – Pengurusan Program Berimpak.

Persatuan Belia Dinamik Barat (PBDB) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pelajar UKM kerana telah memilih PBDB sebagai organisasi untuk sesi temu bual dan pelaksanaan kajian lapangan ini.

Pihak PBDB amat mengalu-alukan usaha seperti ini yang dapat membuka ruang perkongsian pengalaman, pertukaran idea serta pendedahan kepada pelajar mengenai pengurusan organisasi belia dan pelaksanaan program yang memberi impak kepada masyarakat.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan pengalaman berharga kepada para pelajar dalam menyiapkan tugasan akademik serta memperkukuh pemahaman mereka tentang pengurusan program berimpak.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada Persatuan Belia Dinamik Barat.

PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (PBDB)
Bersama Membina Generasi Belia Berdaya Saing dan Berimpak!

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban
JBS Negeri Sembilan

SEREMBAN, 23 OKTOBER 2026 | PENYERAHAN SIJIL MENTOR DAN PEMIMPIN TAHAP EMAS ARPRMSeremban, 23 Oktober 2026: Satu sesi pe...
23/10/2026

SEREMBAN, 23 OKTOBER 2026 | PENYERAHAN SIJIL MENTOR DAN PEMIMPIN TAHAP EMAS ARPRM

Seremban, 23 Oktober 2026: Satu sesi penyerahan Sijil Mentor dan Pemimpin Tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) – The Duke of Edinburgh's International Award telah diadakan kepada barisan pengurusan Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.

Badan Operasi Persatuan Belia Dinamik Barat (PBDB) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama dalam usaha melahirkan 38 orang penerima Anugerah Remaja Perdana Tahap Emas bagi Daerah Seremban pada tahun 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, kesungguhan dan kerjasama erat semua pihak dalam membimbing golongan remaja untuk membangunkan potensi diri, meningkatkan kemahiran serta membentuk jati diri dan kepimpinan yang berkualiti.

Semoga kerjasama strategik ini akan terus diperkukuh dan berterusan pada masa hadapan bagi melahirkan lebih ramai peserta ARPRM Tahap Emas yang berkualiti, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia.

Bersama kita membina generasi muda yang berpotensi, berkeyakinan dan bersedia untuk dunia!

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban
JBS Negeri Sembilan

22/10/2026

MPE 2026

📢 MAKLUMAN RASMIPENDAFTARAN EMAS ARPRM 2026/2027 DITUTUP!Pendaftaran Emas ARPRM di bawah Badan Operasi Persatuan Belia D...
21/10/2026

📢 MAKLUMAN RASMI
PENDAFTARAN EMAS ARPRM 2026/2027 DITUTUP!

Pendaftaran Emas ARPRM di bawah Badan Operasi Persatuan Belia Dinamik Barat (PBDB) bagi sesi 2026/2027 kini RASMI DITUTUP.

Pendaftaran bagi sesi 2027/2028 MASIH DIBUKA!

Terima kasih kepada semua peserta yang telah mendaftar. Semoga perjalanan anda dalam ARPRM menjadi langkah bermakna untuk membina jati diri dan mempersiapkan diri menghadapi dunia.


BADAN OPERASI PBDB |
Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
The Duke of Edinburgh's International Award

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban
JBS Negeri Sembilan

21/10/2026

🇲🇾
Majlis Pentauliahan Emas MPE 2026,
Gold Award Ceremony


.zenithtripletwosix

20/10/2026

Majlis Pentauliahan Emas @ Gold Award Ceremony 2026

Address

232 Jalan S2 E9 , GARDEN HOMES, SEREMBAN 2
Seremban
70300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Belia Dinamik Barat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Belia Dinamik Barat:

Shortcuts

Share

Nearby non profit organizations