Malaysian Mental Care Association - MeCare

Call Website Contact the organization

Malaysian Mental Care Association - MeCare Laman utama untuk Persatuan Cakna Mental Malaysia (Malaysian Mental Care Association) - MeCare.
(1)

17/10/2026
🚨 LAST CALL! CCKM26 BERLANGSUNG ESOK! 🚨Pendaftaran masih dibuka! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Chit Chat Kesih...
16/10/2026

🚨 LAST CALL! CCKM26 BERLANGSUNG ESOK! 🚨

Pendaftaran masih dibuka! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Chit Chat Kesihatan Mental 2026 (CCKM26) bersama panel-panel hebat dalam bidang kesihatan mental! 💙

✨ Apa yang anda akan peroleh?
📚 Ilmu dan perspektif baharu
📜 E-Sijil Penyertaan
🏅 Mata MyCPD bagi jawatan yang layak

📅 17 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8.15 pagi – 1.15 tengah hari
💻 Secara dalam talian (Zoom)

🎁 Cabutan bertuah turut disediakan!

⏳ Masih belum mendaftar? Inilah peluang anda!

📲 Daftar sekarang:
🔗 https://mecare.my/cckm26

Jumpa anda ESOK! 💙

📣 ESOK HARI KITA! DAH DAFTAR KE BELUM? 💚Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! ✨Esok, 17 Oktober 2026 (Sabtu), kita a...
16/10/2026

📣 ESOK HARI KITA! DAH DAFTAR KE BELUM? 💚

Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! ✨

Esok, 17 Oktober 2026 (Sabtu), kita akan bersama-sama dalam Webinar Chit Chat Kesihatan Mental 2026 (CCKM 2026) bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia dengan tema:

💙 PENGALAMAN HIDUP DIDENGARI: SUARA NYATA, PERUBAHAN DIREALISASI

🎙️ Bersama panel jemputan:
✨ Dr. Alizi Alias
✨ Dr. Pau Kee

Dikendalikan oleh hos kita, Psikologis Klinikal Aiman Amri.

Jom luangkan pagi esok untuk mendengar, memahami dan belajar bagaimana pengalaman hidup dalam kesihatan mental boleh membawa kepada perubahan yang bermakna. Kerana setiap suara berhak didengari dan setiap pengalaman mempunyai nilai tersendiri. 💙

📅 Tarikh: 17 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.15 pagi – 1.15 tengah hari
💻 Platform: Zoom (dalam talian)

🎟️ Yuran penyertaan serendah RM29!
📌 RM39 termasuk rakaman webinar.

🚨 JANGAN TANGGUH LAGI! Daftar sekarang sebelum terlambat!

🔗 https://mecare.my/cckm26

🌻 Jumpa esok pagi! Jangan lupa set alarm dan ajak rakan-rakan anda sekali. Kita jumpa di CCKM 2026!

📢 BERITA BAIK UNTUK PENJAWAT AWAM! 🎉Kini ada lebih sebab untuk anda menyertai Chit Chat Kesihatan Mental 2026 (CCKM26)! ...
14/10/2026

📢 BERITA BAIK UNTUK PENJAWAT AWAM! 🎉

Kini ada lebih sebab untuk anda menyertai Chit Chat Kesihatan Mental 2026 (CCKM26)! 💙

✨ Mata MyCPD turut disediakan kepada penjawat awam daripada kategori jawatan yang layak!

Bukan sekadar menambah ilmu dan memperkukuh kefahaman tentang kesihatan mental, penyertaan anda juga berpeluang menyumbang kepada pembangunan profesional berterusan.

Bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026, jom sertai CCKM26 yang membawakan tema:

💙 PENGALAMAN HIDUP DIDENGARI: SUARA NYATA, PERUBAHAN DIREALISASI

Bersama dua panel berpengalaman, Dr. Alizi Alias dan Dr. Pau Kee, kita akan meneroka bagaimana sokongan rakan sebaya, pengalaman hidup dan tindakan bermakna mampu membawa perubahan dalam kesihatan mental.

📅 17 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8.15 pagi – 1.15 tengah hari
💻 Secara dalam talian melalui Zoom

🎟️ Yuran penyertaan bermula RM29 sahaja!
🎁 Cabutan bertuah turut disediakan!
💚 Diskaun RM10 untuk ahli MeCare dan rakan kerjasama!

📌 Senarai jawatan yang layak serta mata MyCPD yang diberikan boleh disemak melalui laman web pendaftaran.

⏳ Pendaftaran ditutup pada 16 Oktober 2026!

🔗 DAFTAR SEKARANG:
https://mecare.my/cckm26

Kerana setiap pengalaman wajar didengari, dan setiap suara mampu mencetuskan perubahan.

Jumpa anda di CCKM26! 💙

Kawan saya tiba tiba diam. Apa yang saya boleh buat?Kadang kadang kita nampak seseorang seperti biasa. Masih bekerja, ma...
11/10/2026

Kawan saya tiba tiba diam. Apa yang saya boleh buat?

Kadang kadang kita nampak seseorang seperti biasa. Masih bekerja, masih bergurau, masih tersenyum. Tetapi kita tidak pernah tahu apa yang sebenarnya sedang mereka simpan.

Sebagai rakan sebaya, rakan sekerja atau rakan seusrah, mungkin kita tidak mampu menyelesaikan semua masalah mereka.

Tetapi kita boleh mendengar. Kita boleh hadir. Kita boleh bersama.

Jom pelajari cara menjadi rakan yang lebih peka dan memberikan sokongan yang berkesan melalui perkongsian oleh Dr. Alizi dalam webinar ini:

✨ Peer Support: Daripada “Saya Faham” kepada “Saya Bersama Anda”

📅 17 Oktober 2026
⏰ 8.45 pagi hingga 10.45 pagi
💻 Zoom

🔗 Daftar sekarang: https://mecare.my/cckm26

Kerana kadang kadang, satu tindakan kecil daripada kita sudah cukup untuk membuat seseorang rasa:

‘’Saya tidak perlu hadap semua ini seorang diri.’’

💚 10 Oktober 2026. Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia! 💚Tahun ini, kita mengangkat tema “Pengalaman Hidup D...
10/10/2026

💚 10 Oktober 2026. Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia! 💚

Tahun ini, kita mengangkat tema “Pengalaman Hidup Didengari: Suara Nyata, Perubahan Direalisasi”.

Persoalannya:-

Ada apa pada pengalaman itu?
Kenapa kita perlu peduli tentang pengalaman seseorang?
Adakah wajar untuk kita mengangkat kisah jatuh bangun seseorang dalam ruang lingkup kesihatan mental?

Untuk apa??
.

Sahabat sekalian,
Setiap pengalaman mempunyai makna. Setiap suara wajar didengari. Kerana perubahan yang bermakna bermula apabila kita sudi mendengar, memahami dan menghargai pengalaman orang lain. 💙

✨ Sempena sambutan ini, kami menjemput anda untuk menyertai Chit Chat Kesihatan Mental 2026 (CCKM26) pada 17 Oktober 2026, sebuah ruang untuk kita mendengar, berkongsi dan belajar daripada pelbagai perspektif, dan pastinya, ia berkisarkan tema yang sama. Iaitu tentang pengalaman hidup, serta perubahan.

📌 Daftar sekarang: https://mecare.my/cckm26

⏳ Pendaftaran ditutup pada 16 Oktober 2026.

Dengar pengalaman. Hargai perspektif. Libatkan suara mereka.

Salam sayang,
MeCare.

[IMBAS KEMBALI]Pada 28 September 2026, MeCare telah berpeluang menyertai Majlis Sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedu...
07/10/2026

[IMBAS KEMBALI]

Pada 28 September 2026, MeCare telah berpeluang menyertai Majlis Sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Kolej Poly-Tech MARA Ipoh, Perak. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia.

Tema tahun ini, “Ubah Tanggapan, Bina Harapan”, mengingatkan kita bahawa pencegahan bunuh diri bukan tanggungjawab satu pihak sahaja. Ia bermula dengan cara kita memandang isu kesihatan mental, sama ada kita sedar akan tanda-tanda awal tekanan emosi dalam diri dan orang sekeliling, dan sama ada kita tahu ke mana untuk mendapatkan bantuan.

Program ini juga menekankan kepentingan kerjasama antara agensi kerajaan, NGO dan komuniti, terutamanya dalam menyokong golongan belia serta mengurangkan stigma supaya lebih ramai berani mendapatkan bantuan lebih awal.

Salah satu detik penting majlis ini ialah peluncuran Sistem National Su***de and Fatal Injury Registry Malaysia (NSFIRM) dan Garis Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Postvention.

Kedua-duanya merupakan langkah penting dalam memperkukuh usaha pencegahan, di samping memberi sokongan kepada keluarga dan komuniti yang terkesan akibat kehilangan orang tersayang.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut, berikut adalah dokumen yang dikongsikan semasa majlis:

🌸Fact Sheet WSPD 2026: https://drive.google.com/file/d/1_iuwlWUlsYi8JtGBnKhrSg50uok-HxaR/view?usp=sharing

🌸Garis Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Postvention: https://drive.google.com/file/d/1ZP0HVJF8ngJQsijqfEfB4KLt79Etr_qI/view?usp=sharing

🌸FAQ Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2026: https://drive.google.com/file/d/1UwALw0AGkIlkJTijLTVc3c0pmSuTa2HD/view?usp=sharing

Pernah tak kita terfikir, cukup ke sekadar mendengar?Bila seseorang berkongsi tentang pengalaman hidup mereka, mungkin p...
06/10/2026

Pernah tak kita terfikir, cukup ke sekadar mendengar?

Bila seseorang berkongsi tentang pengalaman hidup mereka, mungkin perkara pertama yang kita boleh lakukan adalah mendengar. Tapi penglibatan yang bermakna sebenarnya tak berhenti di situ.

Mereka bukan sekadar perlu didengari, tetapi diberi ruang untuk bersuara, dilibatkan dalam perbincangan, pandangan mereka dipertimbangkan dan yang paling penting, pengalaman mereka boleh menjadi sebahagian daripada perubahan yang ingin kita lakukan.

Sebab itu, **mendengar adalah permulaan.**

Kerana suara yang didengari seharusnya membawa kepada sesuatu yang lebih besar — **perubahan yang benar-benar mengambil kira pengalaman dan keperluan mereka.** 🤍

Ikuti https://t.me/CCKM2021 bagi info kesihatan mental.

Pernah tak kita terfikir, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan “pengalaman hidup” dalam konteks kesihatan mental?Penga...
03/10/2026

Pernah tak kita terfikir, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan “pengalaman hidup” dalam konteks kesihatan mental?

Pengalaman hidup atau lived experience merujuk kepada pengalaman yang dilalui sendiri oleh seseorang berkaitan kesihatan mental.

Ia boleh merangkumi pengalaman ketika berdepan dengan cabaran kesihatan mental, mencari bantuan dan sokongan, menerima rawatan, sehinggalah menghadapi pelbagai halangan untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.

Kenapa pengalaman ini penting?

Sebab pengalaman yang dilalui sendiri mampu memberikan perspektif, pengetahuan dan pemahaman yang mungkin tidak dapat diperoleh hanya melalui buku, latihan profesional atau penyelidikan.

Dan yang paling penting, setiap pengalaman adalah unik. 🤍

Apa yang dialami oleh seseorang mungkin tidak sama dengan apa yang dialami oleh orang lain. Sebab itu, apabila seseorang memilih untuk berkongsi pengalaman mereka, kita perlu belajar untuk mendengar dan menghargai perspektif tersebut.

Kerana perubahan yang bermakna juga bermula apabila suara mereka didengari.

🗣️ Dengar pengalaman. Hargai perspektif. Libatkan suara mereka.

Ikuti https://t.me/CCKM2021 bagi info kesihatan mental.

📢 PERHATIAN SEMUA PELAJAR UNIVERSITI DI MALAYSIA!Pernah tertanya-tanya tentang kesihatan mental tetapi tidak tahu di man...
22/07/2026

📢 PERHATIAN SEMUA PELAJAR UNIVERSITI DI MALAYSIA!

Pernah tertanya-tanya tentang kesihatan mental tetapi tidak tahu di mana hendak bermula? Atau ada persoalan yang ingin ditanyakan tetapi belum pernah berpeluang?

Jom sertai Breaking the Silence: Understanding Mental Health & Seeking Help, sebuah webinar PERCUMA khas untuk pelajar universiti bagi meningkatkan kefahaman tentang kesihatan mental, mengurangkan stigma, dan mengetahui cara mendapatkan bantuan yang sesuai.

✨ Apa yang anda akan pelajari:
- Memahami kesihatan mental dan isu-isu kesihatan mental yang biasa dialami.
- Menghapuskan stigma dan salah faham mengenai kesihatan mental.
- Mengetahui saluran bantuan serta langkah mendapatkan sokongan yang sesuai.

Sesi ini juga bersifat interaktif, jadi bawalah soalan anda! Kami akan mengadakan sesi Soal Jawab (Q&A) secara langsung bersama penceramah pada penghujung webinar.

📌 Penyertaan adalah PERCUMA. Daftar sekarang di: https://forms.gle/jGNSTwCcfXYtQ7VA9

Nota: Webinar ini dijalankan sebagai sebahagian daripada kajian penyelidikan universiti. Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar universiti di Malaysia yang bersetuju untuk melengkapkan soal selidik ringkas sebelum dan selepas webinar.
Anda dikehendaki masuk ke dalam Kumpulan WhatsApp selepas selesai menjawab borang soal selidik. Kumpulan WhatsApp ini hanya digunakan untuk berkongsi maklumat dan kemas kini berkaitan webinar sahaja. Tiada spam, mesej yang tidak berkaitan, atau kandungan promosi akan dihantar.

Terima kasih dan selamat mempelajari sesuatu! ❤️

Address

Conezion Commercial, Persiaran IRC 3, IOI Resort City
Sepang
62502

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60122254220

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Mental Care Association - MeCare posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysian Mental Care Association - MeCare:

Shortcuts

Share

Nearby non profit organizations